Apa itu Vaksin?

APA ITU VAKSIN?
==============
Secara ILMIAH atau BAHASA nya , VAKSIN merupakan salah satu kaedah yang tepat dan terbaik bagi mencegah penyakit.
VAKSIN juga dikenali sebagai imunisasi, ini kerana VAKSIN memberi kekebalan dan imuniti kepada badan untuk melawan serangan penyakit yang disebabkan virus atau bakteria.

Secara FIZIKAL dan REALITI nya , VAKSIN merupakan substance/cecair yang dimasukkan ke dalam tubuh, dengan tujuan menghasilkan kekebalan terhadap sesuatu penyakit.
VAKSIN ini mengandungi bahan antigenik yang akan digunakan untuk menghasilkan kekebalan terhadap penyakit yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

Apa pulak ANTIGENIK ni???
ANTIGENIK atau ANTIGEN adalah zat atau protein yg meransang tindakbalas imun dalam badan, dan kemudiannya sistem pertahanan badan akan menghasilkan antibodi.

Apa pulak ANTIBODI?? busy body ke ? lebih kurangla haha …..
ANTIBODI adalah protein yang bertanggungjawab untuk melawan serangan penyakit dengan cara memusnahkan antigen.

Macam mana ANTIBODI musnahkan ANTIGEN?? adalah mekanisma dia …
nanti kalau story kat sini dah rasa macam cerita subjek imunologi plak… saya bukanlah orang yang arif untuk huraikan …. senang cerita untuk kita orang orang awam ni …. ANTIBODI akan mengikat ANTIGEN dan dismusnahkan.

ok …..sy dah bagitahu
– apa itu VAKSIN dari segi istilah dan bahasa
– apa itu VAKSIN dari segi fizikal dan realiti

sekarang saya nak bagi tahu apa itu VAKSIN secara yang senang nak faham untuk kita kita orang awam ni …
ini jugalah cara saya terangkan pada team saya … sbb cara ni senang nak faham …. so para ilmiah dan cendikiawan harap jangan kecam… saya dah tulis secara ilmiah kat atas tu , kalau ada yg tersalah konsep harap dapat di perbetulkan dan tegur secara ilmiah juga ๐Ÿ™‚ tq

kat bawah ni nak tulis secara simple untuk mudah bagi faham.

jadi VAKSIN ADALAH …….

VAKSIN ni boleh la kita kata macam serangan percubaan/tryal atau ala ala macam “trial exam” gitew……
contoh waktu Trial SPM kita amik trial spm tu macam real SPM jugakan?
trial tu dibuat untuk pelajar get use dengan situasi SPM sebenar, supaya tak panik dan familiar dengan bentuk soalan SPM nanti. so bila SPM kita macam confident je dah tak nerbes dah ha kurang lebih camtu la

so lebih kurang macam tu la fungsi VAKSIN ni, dia ala ala “tryal serangan penyakit” yang membolehkan badan bersedia untuk menghadapi serangan penyakit yg sebenar.

Macam mana tu?
Ok sebagai contoh kita ambil VAKSIN A.
VAKSIN A mengandungi bahan antigen VIRUS A yang menyebabkan penyakit A

so apabila tubuh kita di vaksin dengan VAKSIN A
1– bahan ANTIGEN A akan masuk ke dalam sistem tubuh badan
2– kemudian sistem pertahanan badan akan mengenal pasti ANTIGEN A sebagai bahan asing yang merbahaya.
3– sistem imunisasi badan akan menghasilkan ANTIBODI terhadap ANTIGEN A melalui mekanisma tertentu
4 — dan akhirnya dalam badan kita kini mempunyai ANTIBODI A
5 — ANTIBODI A yg terhasil akan dikerah ke lokasi serangan untuk musnahkan ANTIGEN A dan menutralkan serangan
6 — selepas semua ANTIGEN A dimusanahkan — tubuh badan kita bebas dari penyakit — ala ala FBI kata “ALL CLEAR”
7 — walaupun antigen all clear TAPI ANTIBODI A kekal dalam badan
8 — dan sekirannya berlaku serangan PENYAKIT A sekali lagi
9 — sistem badan akan mengenalpasti , dan ANTIBODI A akan terus
dikerah ke lokasi pencerobohan dan dalam masa yang sama badan akan terus menghasilkan ANTIBODI A
10 — langkah 5&6 berulang begitu lah seterusnya

Jadi nampak tak kepentingan dan keperluan VAKSIN?

NAMPAK…. Allhamdulillah
sbb tu saya kata tak kenal maka tak cinta ๐Ÿ™‚

TAK NAMPAK…… erk takpe
maksudnya sekiranya berlaku SERANGAN PENYAKIT A

Individu YANG TELAH DIVAKSIN ; hanya perlu melalui step 9 & 10 sahaja kerana badan telah mempunyai ANTIBODI terhadap VIRUS A
ala-ala awak tinggal tekan suit cetak/produce – berbondong bondong antibodi A keluar melawan penyakit A

TAPI…
Bagi YANG TIDAK VAKSIN; individu tersebut perlu melalui step 1 hingga 10
dan ia mungkin mengambil masa yang lama, dan serangan yang agak teruk biasanya turut menjejaskan kondisi badan, ini memburukkan lagi keadaan.

harapan saya dengan artikal ini anda dapatla jelaskan yang mana keruh tentang vaksin

plan asal nak tulis apa itu vaksin dan bagaimana ia bertindak
tapi cerita fasal vaksin je dah panjang cenggini….
eh tapi sikit sebanyak dah cerita gak camne vaksin buat kerja dia kan

ok guys
thanks for reading
kalau anda rasa ia bermanfaat please share jangan segan segan
orang kata sharing is caring,
tapi ilmuan kata kalau ilmu kita share ilmu takkan mati
mudah mudahan memberi manfaat kepada yang membaca
owh feel free to ask
innshaAllah ada kelapangan saya jawab
have nice day

*nota kaki*
Saya rasa post ni sesuai untuk semua orang, semua insan yang mementingkan kesihatan, yang ingin melindungi diri dari penyakit.
Tidak semestinya mereka yang bergelar ibu bapa kepada anak berbulus, malah ibubapa yg sebenar.
Ini kerana isu VAKSIN bukan sahaja hangat diperkatakan dikalangan pemilik kucing , malah diantara ibubapa diluar sana.

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *