November 12

Flea Dirt – Tahi Kutu

fleadirt

Pernahkah anda melihat bintik-bintik atau serbuk hitam (seperti dalam gambar) pada bulu kucing anda?
– Ini bukan habuk
– Ini bukan kotoran akibat kucing anda berguling di atas jalan raya
– Ini bukan telur kutu

Habis apa benda ni?
Ini adalah kotoran dari kutu atau juga di kenali dengan istilah “FLEA DIRT” warna sebenarnya adalah merah atau dark brown.
Tak percaya, dapatkan kotoran ini anda cuba larutan pada air atau gosok kan pada kapas yang beralkohol (alcohol swab). Pasti air tadi bertukar menjadi merah atau coklat pekat, dan kapas atau swab tadi ada meninggalkan kesan merah.

FLEA DIRT ini adalah najis kutu/sengkenit/flea. Dah tu kenapa warna merah? Sebab kutu hisap darah, darah warna merah ….. sebab itulah najisnya berwarna merah
Like & Share dengan rakan-rakan

September 20

FLEA

10599297_1497790987158406_3638687807028895853_n

Situasi 1
Pemilik : Kucing saya dalam rumah sahaja tak keluar rumah
DrLynn: Ada tak contact dengan kucing luar?
Pemilik : Ada la sekor kucing tu suka masuk rumah, kadang dia main kat luar pintu rumah
====================
Situasi 2
Pemilik : Kucing saya duk dalam sangkar je…tak campur dengan kucing lain
DrLynn : Sangkar dalam rumah ke luar?
Pemilik : Kat luar.

Ketahuilah selagi kucing anda boleh berhubung atau ada contact dengan kucing luar
Kucing anda sentiasa terdedah untuk dijangkiti oleh FLEA
English kata FLEA
Bahasa Malaysia terjemah “SENGKENIT”
Orang awam mengistilahkannya sebagai “KUTU”

Boleh dilihat dengan mata kasar, bergerak pantas dan laju di badan kucing. Menghisap darah dan boleh membawa penyakit kepada kucing anda!

November 10

Video Klip Tips & Cara Penggunaan Ubat Kutu Kucing

Tahukah anda ubat kutu kucing boleh di beli di kaunter, dan anda boleh mengaplikasikan atau menggunakannya sendiri di rumah.

Mungkin ada di antara anda yang kurang jelas, atau tidak tahu cara menggunakan ubat kutu jenis “spot on”. Ia amat mudah semudah 1,2 dan 3

Apa yang perlu anda buat adalah,
– baca label atau kotak bungkusan ubat kutu kucing yang anda beli
– pastikan ia selamat digunakan pada kucing anda
– pastikan anda membelinya dari penjual yang sah dan di akui seperti klinik haiwan. Saya tidak pasti berkaitan kedai haiwan, ini kerana ada sesetengah ubat kutu hanya boleh di jual oleh Veterinar Berlesen sahaja.
– pastikan tarikh luput

Syaratnya agak mudah , pastikan kucing anda tidak dimandikan 3 hari sebelum atau selepas penggunaan ubat kutu. Macam mana tu?
Maksudnya katakanlah anda baru mandikan kucing anda semalam iaitu hari AHAD 9/11/2014, jadi anda kena tunggu 3 hari iaitu pada hari RABU 12/11/2014 untuk meletakkan ubat kutu.
Atau sekiranya anda telah letak ubat kutu pada hari Ahad, so sekiranya anda ingin mandikan kucing anda (tidak wajib mandi, hanya jika anda ingin mandikan), anda boleh mandikan kucing anda pada hari RABU 12/11/2014

Apply ubat kutu dibelakang badan , di bahagian bahu. Untuk lebih tepat di “shoulder blade”.
Huh? jangan risau , mudah je …. bila anda usap belakang kucing anda, anda dapat rasakan ada lekuk di antara tulang bahu kanan dan kiri, di situ tempatnya.

Kalau kurang jelas, saksikan video klip ini…..

August 29

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Ingat lagi tak pada cerita kutu atau flea yang ada pada badan kucing?
Mengawal kutu atau memasatikan kucing anda BEBAS KUTU adalah sangat penting.

Selain daripada untuk memastikan kesihatan bulu kucing, tahukah anda kutu/flea kucing boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain?

Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.

Selain itu kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu. Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.

Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing. Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

10385391_1497866013817570_1499354778243184563_n

July 18

WARNA BULU : TORTOISESHELL

BULU KUCING : TORTOISESHELL
Warna Tortoiseshell merujuk kepada bulu kucing yang bertompok-tompok
hitam dan oren. Warna asas bagi Tortoiseshell adalah hitam. Coraknya yang
bertompok tidak kemas membuatkan 
ia kelihatan comot.
Nama Tortoiseshell diambil dari kura kura tortoisehell. Nama
singkat bagi tortoisehell adalah tortie. Kucing-kucing yang berwarna Tortoiseshell sering di pandang sebagai
buruk dan comot. Malah kebanyakkan kucing diberi nama “comot”


Izzy




        
Tahukah anda  kesemua
kucing tortie adalah betina?
Ini kerana gene yang menghasilkan warna oren dan hitam
terletak pada kromosom X, oleh kerana kromosom jantan adalah XY dan betina XX
maka kebiasaanya kucing berwarna hitam dan oren adalah betina
Antara kombinasi TORTOISESHELL

Black Tortie
Black Tortie merujuk kepada kucing tortie yang mempunyai warna hitam
yang lebih banyak berbanding oren. Disebabkan warna utama bagi kucing tortie adalah hitam, jadi jarang
dilihat kucing tortie yang lebih berwarna oren dari hitam, jika ada ia dikenali
sebagai “reverse tortie”

Lucycat



Diluted Tortie
“Diluted Tortie” merujuk kepada warna kucing tortoise yang
pudar dimana warna hitam digantikan dengan warna blue.  Ini berlaku dengan kehadiran “diluted gene” menyebabkan warna hitam kelihatan pudar atau kelabu.

Dracula Talks To Me






Torbie
Torbie adalah nama singkatan bagi tortoiseshell tabby,
dimana kucing berwarna tortoiseshell tetapi memiliki jalur seperti kucing tabby

Untitled

Calico
Calico adalah nama yang diberikan bagi kucing  BiClour (dwi warna),
dimana warna asasnya adalah tortoishell yang bercampur dengan putih

Felice
July 17

WARNA BULU KUCING : BI COLOUR

WARNA KUCING : Bi Colour


Bi colour (dwi-warna) merujuk kepada kucing yang mempunyai 2 warna, dan salah satu warna tersebut adalah mestilah berwarna PUTIH
Sebagai contoh; PUTIH dan HITAM


Bi colour (dwi-warna) hadir dalam pelbagai bentuk dan corak, antaranya 

  •      hanya calit putih di bahagian leher, diman kucing kelihatan seolah-olah memakai loket
  •      keluruhannya berwarna putih, hanya dibahagian tertentu terdapat calitan putih
  •      mempunyai tompokan warna yang sekata seluruh badan
  •      dan berbulu gelap di muka, hujung telinga , hujung kaki dan ekor

Bi colour (dwi-warna) hadir dalam pelbagai kombinasi corak. 




Ada di antara corak-corak ini mempunyai ISTILAH tersendiri. Antaranya;

  •       TUXEDO
    •      kesemua badan berwarna solid kecuali bahagian hujung tangan, perut dagu dan bahagian hujung ekor berwarna putih
    •      biasanya warna hitam atau tabby
    •      karektor kartun “Sylvester of Looney Tunes” adalah contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan TUXEDO CAT
    •      Atau juga kucing saya si Felix seperti didalam gambar
Felix Felicia a.k.a tatam – my cats
Baka : Domestic Long Hair
Warna : BiColour Hitam&Putih
Corak : Tuxedo
  •      HARLEQUIN or MAGPIE
    •      merujuk kepada kucing yang mempunyai pattern berbulu putih dan tompokan warna di bahagian belakang badan dan kepala
    •      juga dikenali sebagai “moo cats” atau “cow cats”. Kucing Lembu? kenapa?… ini disebabkan corak tompokan warna pada badan kucing menyerupai corak tompokan warna lembu tenusu berbaka Holstein
    •      kebiasaannya berwarna hitam dan putih
  •      VAN 
    •      kucing yang mempunyai corak “VAN”, hampir keseluruhan badannya berwarna putih
    •      tompokan warna hanya kelihatan di kepala dan ekor
    •      menjadi warna trade mark bagi kucing berbaka “Turkish Van”   
  •      COLOR POINT 
    •      merujuk kepada kucing yang mempunyai bulu yang berwarna lebih gelap di bahagian muka , hujung telinga , hujung kaki dan ekor.
    •      warna bulu di bahagian tersebut lebih gelap berbanding bulu dibahagian badan
    •      terdapat juga diaman bulu badannya berwarna putih atau cream
    •      istilah yang sering digunakan
      •      color point
      •      tortoie point
      •      tabby point
      •      seal point
      •      red    
    •      warna yang dinyatakan mewakili warna asas mereka
    •      kod atau corak warna ini sering dikaitkan dengan kucing berbaka Siam atau Siamese Cat
Schrödinger is home!
contoh colour point 



Warna solid pada “bi colour” tidak hanya murujuk kepada warna solid seperti yang dinyatakan sebelumnya ia juga merujuk kepada tabby  dan tortoiseshell dimana kombinasinya sering dipanggil sebagai“tabby white” bagi kombinasi dwiwarna antara putih dan tabby

Wednesday
CONTOH TABBY WHITE

“calico” bagi kombinasi dwi warna antara putih dengan tortoiseshell

Two Calico Generations!
CONTOH CALICO



Secara kesimpulan Bi Colour adalah kombinasi warna, mana-mana warna dengan warna PUTIH

July 16

BULU KUCING : TABBY

BULU KUCING TABBY

Perkataan TABBY pastinya tidak asing bagi penggemar kucing.  Malah ada sesetengah daripada pemilik kucing menamakan kucing mereka dengan panggilan “TABBY“.


Apakah yang dimaksudkan dengan TABBY?
Secara amnya, TABBY merujuk kepada warna atau corak bulu kucing yang berjalur. Warna TABBY sering dikaitkan dengan kucing terutamanya kucing domestik. 


TABBY adalah warna atau corak bulu kucing, ia bukan merujuk atau mewakili baka kucing tersebut. 
Sebagai contoh;

  • kucing yang bercorak TABBY MACKERAL sering dirujuk sebagai Domestic Cat, Kucing Kampung, Kucing Biasa dan Kucing Jalanan.
    KENAPA? ini kerana kebanyakkan kucing dijalan berwarna TABBY, malah ada laporan yang mengatakan lebih dari 50% kucing berwarna TABBY.
  • Kucing yang bercorak TABBY CLASSIC / MARBLE  pula sering dilabel sebagai kucing hutan atau bengal. Tapi jangan terpedaya TIDAK semua kucing yang bercorak TABBY CLASSIC atau MARBLE adalah kucing BENGAL.
    Tidak dinafikan Kucing Hutan atau Bengal sering mempunyai corak Classic Tabby, tapi tidak bermakna semua kucing Classic Tabby adalah kucing Hutan atau Bengal.


Di Malaysia, kucing TABBY dianggap biasa, tetapi tahukah anda sebenarnya di beberapa buah negara di eropah,
kucing tabby dianggap sebagai istimewa. Ini kerana warna dan coraknya, TABBY dikatakan sebagai warna asal kucing sejak turun temurun.


Apakah FAKTA yang menarik tentang TABBY?

Salah satu tanda yang unik pada kucing tabby adalah huruf
“M”
yang terletk ditengah dahi kucing tersebut

Chihiro the tabby

Apakah yang unik tentang “M” ini? 

Terdapat pelbagai
pendapat mengenai huruf 
“M” yang menjadi trademark kucing tabby ,
antaranya ia dikatakan membawa maksud  ;

  • sempena
    nama rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadikan kucing adalah
    haiwan kesayangan baginda
  • “M” bererti  “magnificent” , anggun , cantik dan menawan
  •  sempana
    nama “mau”, nama yang dipanggil sebagai ganti diri kucing di zaman purba mesir
    (seperti meow)
  • “meow”
    panggilan manja atau ganti yang sering digunakan
  • Mariam
    “Virgin Mary” bagi penganut kristian

Tak percaya? 

Ok cuba anda perhatikan gambar di bawah, nampak tak huruf M yang dimaksudkan pada dahi kucing berwarna tabby tersebut?



kurang yakin? … mungkin anda beranggapan ini satu kebetulan.
Senang sahaja kalau anda ada kucing tabby cuba tengok dahi mereka

TABBYdiklasifikasikan kepada beberapa kategori mengikut
corak yang dihasilkan.

Terdapat 4 jenis TABBY iaitu

  1. Mackerel Tabby
  2. Classic Tabby
  3. Ticked Tabby
  4. Spotted Tabby



Mackerel Tabby
•    Mempunyai jalur yang lurus dan menegak, dan biasanya agak
melengkung dibahagian badan
•    Jaluran agak halus dan semakin mengecil dan putus putus
dibaghagian rusuk  dan abdomen
•    Selalunya mempunyai bentuk “M” di dahi
•    Mempunyai batang hidung yang lebar dan berbintik hitam atau
gelap di bahagian bawah hidung
•    Ada juga yang menggelarnya sebagai “fishbone tabby”
disebabkan jaluran seperti isi ikan tambahan pula dinamakan sempena ikan
tengiri (mackerel)
•    Tabby jenis ini palaing banyak didapati



Classic Tabby
•    Ia dipanggil “classics” kerana bentuknya yang klasik dan elegan
•    Juga dikenali sebagai “marble” atau “blotched” . Kelihatan seperti corak marmar atau kek marble
•    Ia cenderung mempunyai warna yang gelap dan hitam
•    Juga mempunyai huruf “M” di dahi seperti mackerel tabby
•    Bezanya , classic tabby mempunyai pusar dibadan, dan ia bercorak berpusar atau berputar
•    Jalurannya lebih lebar berbanding mackerel
•    Mempunyai corak seperti “butterfly di bahagian bahu” dan “bullseye” atau “oyster” di bahagian rusuk.





Spotted Tabby

  • Spotted tabby bukanlah corak yang sebenar ia tebentuk dari pecahan mackerel tabby    
  • Perubahan pada jalur mackerel yang berpecah  menghasilkan corak berbintik dan tompok 
  • Ia kelihatan seperti berbintik-bintik atau bertompok-tompok dibahagian badan
  • Terdapat juga yang mempunyai tompok besar yang dipercayai terhasil dari pecahan corak “classic tabby”













Salah seekor kucing yang boarding di klinik saya, lupa namanya
Baka : Bengal
Corak Bulu : Spotted Tabby

Ticked Tabby 

  • corak ini terhasil bukan disebakan oleh jaluranya , tetapi
    terhasil kerana bulunya yang mempunyai warna berbeza. 
  • Pemecahan warna pada bulu menyebakan warna kelihatan
    seperti campuran taburan garam dan lada hitam
  • Kesan jaluran tabby yang masih teringgal boleh kelihatan di
    bahagian muka, bawah kaki, perut dan hujung ekor



Torbie
•    Kombinasi antara warna antara tabby dan tortoiseshell
sering dipanggil sebagai “torbie”







July 14

WARNA BULU KUCING : SOLID COLOUR

SOLID COLOUR 





SOLID COLOUR, merujuk kepada kucing yang bulunya hanya SATU WARNA SAHAJA sebagai contoh hitam.  Kerana itu ia di panggil “SOLID”.

Sekiranya kucing itu dikatakan berwarna BLACK SOLID atau SOLID BLACK , ini bermakna keseluruhan badan kucing tersebut berwarna hitam, dan TIDAK mempunyai sebarang tanda, jalur, corak atau calit di badannya
 

Salah seekor kucing saya yang bernama Burn
Baka : Domestic Long Hair ,
Warna : Solid Black

Secara genetik, terdapat dua warna asas utama bagi bulu kucing iaitu ;

  • “black”  mewakili warna hitam
  • “red” mewakili warna oren

Ada juga artikel yang mengatakan terdapat empat(4) warna asas iaitu 

  • black / hitam
  • red / oren
  • chocolate / coklat
  • cinnamon

Pasti anda tertanya bagaimana pula dengan kucing berwarna kelabu atau cream. Warna-warna ini terhasila apabila kucing mewarisi  genetik “dilute genes”, dimana warna asas asal bulu tersebut akan di “dilute” atau dicairkan, sebagai contoh…..

  • warna bulu yang asalnya berwarna hitam akan kelihatan kelabu atau dikenali sebagai “blue
    Didalam mengkelaskan warna kucing tiada istilah warna kelabu(grey), ini kerana warna kelabu dirujuk sebagai “blue
Salah seekor kucing saya yang bernama BabyBlue
Baka : Domestic Long Hair ,
Warna : Solid Blue
  • manakala warna bulu yang asalnya  oren “red” akan menjadi “cream”  atau “cameo
    Didalam mengkelaskan warna kucing tiada istilah oren atau orange, warna ini dirujuk sebagai “red” 

Bagaimana pula dengan warna putih?

Putih terbentuk apabila kucing mewarisi “masking gene” dimana warna yang diwarisi akan ditutupi atau dilindungi oleh warna putih.

Oleh itu kucing akan kelihatan berwarna putih.






July 13

MENGENALI WARNA DAN CORAK BULU KUCING

MENGENALI WARNA, CORAK DAN
 JENIS-JENIS BULU KUCING ANDA





Nak kenal pasti warna, corak dan jenis bulu kucing? 
Pasti anda tertanya penting ke nak tahu atau kenal?
Jawapannya bergantung kepada keperluan dan siapa anda. Tapi yang pasti saya boleh katakan mengenali warna, corak dan jenis bulu kucing adalah suatu pengalaman yang menarik! Tak percaya? jom teruskan membaca.


Dalam entri ini saya akan lebih menyentuh berkaitan warna dan corak bulu kucing, ini kerana dalam entri yang terdahulu saya telah bercerita tentang jenis bulu kucing. Masihkah anda ingat lagi? Takpe kita recall semula ok….
Jenis bulu kucing terbahagi kepada beberapa kategori iaitu …

  • kucing berbulu panjang  contoh seperti Persian, Maine Coon
  • kucing berbulu pendek contoh seperti British Short Hair, Korat
  • kucing berbulu separa panjang
  • kucing berbulu ikal contoh seperti Kucing Rex ; Devon Rex
  • jenis bulu yang lain contoh seperti Sphnyx , American Wirehair

Tidak dinafikan ramai yang tertarik dengan kucing kerana sifatnya yang manja, tapi tidak dinafikan juga kebanyakkan pemilik kucing tertarik dan terpersona dengan warna dan corak bulu kucing. Malah sesetengah baka warna dan corak pada bulunya membuat harganya mencecah ribuan ringgit.


Sebagai permulaan saya akan berkongsi kepentingan mengenali warna dan corak bulu kucing.


Perkara penting yang perlu anda tahu! 


Sebagai penggermar kucing anda FAHAM apa yang di maksudkan dengan istilah ini;

  • jenis baka kucing
  • jenis bulu kucing
  • warna bulu kucing
  • corak bulu kucing

Anda perlu faham keempat-empat elemen ini adalah berbeza namun saling berhubung kait. Dalam entri terdahulu saya telah bercerita tentang jenis-jenis baka dan juga jenis jenis bulu kucing. Kini saya akan cerita mengenai warna dan corak.
Apakah kepentingan mengenali warna dan corak bulu kucing ini? 

Dengan mengetahui warna dan corak bulu kucing  ia akan membantu anda mengenali baka-baka tertentu dan juga jantina kucing tersebut. Menarik bukan, mengenali jantina? macam mana tu… takpe jom baca lagi.

Kaitan antara WARNA dan CORAK BULU dengan BAKA KUCING.

  1. Sesetengah baka kucing mempunyai warna tersendiri, di mana baka kucing tersebut hanya mempunyai satu warna.
    Sebagai contoh baka Russian Blue,semua kucing berbaka ini berwarna BLUE (kelabu)
    TETAPI ini tidak bererti semua kucing yang berwarna BLUE (kelabu) adalah Russian Blue
  2. Ada juga baka kucing mempunyai corak warna tersendiri, di mana baka kucing tersebut mempunyai corak warna sendiri.
    Sebagai contoh baka Bengal, semua kucing berbaka ini mempunyai corak bulu tabby sama ade spotted, marble atau “rosseted”.

Kaitan antara WARNA BULU dengan JANTINA KUCING.



  1. Semua kucing yang mempunyai 3 warna , iaitu putih, oren dan hitam adalah kucing BETINA. Tidak kira sama ada mereka mempunyai warna CALICO atau TORTOISESHELL kucing tersebut adalah betina.
  2. Ini kerana ia berkait rapat dengan gene yang terdapat pada kucing tersebut




Disebabkan keunikan corak dan warna bulu kucing , pelbagai kajian genetic telah dijalankan bagi memahaminya.  Ia memakan masa yang bertahun lamanya sebelum para pengkaji memahami bagaimana kombinasi warna dan corak yang menaik ini terhasil. 


Di dalam entri ini saya tidak akan merungkai persoalan kompleks tersebut kerana ia perlu dibincangkan secara terperinci.Walaubagaimanapun jangan kecewa, saya akan membincangkan warna dan corak asas kucinganda. Saya pasti setelah habis topic ini anda pasti terpersona dengan keindahan corak dan warna si comel.

        • SOLID COLOUR
        • TABBY
        • BI COLOUR 
        • TORTIE & CALICO