June 23

Abyssinian

Abyssinian

Baka ini berasal dari negara Abyssinia yang kini dikenali sebagai Ethiopia, kemudian dieksport ke UK.
Saiz, rupa dan bentuk kucing ini menyerupai kucing mumia yang dijumpai di
makam-makam di Mesir yang mewujudkan teori yang baka ini ada pertalian dengan
kucing yang ada pada zaman mesir purba.

Kucing Abyssinian ini cerdik dan mesra.
Mereka tidak suka ditinggalkan bersendirian dan akan merajuk.  Walaupun baka ini mempunyai bulu seperti
kucing liar, ia sungguh penyayang dan sukakan manusia.
abyssinian cat with kittens

Kepala: 
Kepalanya sedikit tirus. Mukanya bulat dan hidungnya sedikit mancung. Telinganya tegak dan tirus dengan pangkal yang lebar. Kebiasaannya, mereka mempunyai helaian bulu di dalam cuping telinganya. Mata mereka besar dan bujur dengan mata bewarna kuning, hijau atau hazel.
Bulu: 
Bulunya pendek dan dekat dengan kulit. Bulu baka ini jenis ticked di mana mereka mempunyai bulu yang mempunyai dua warna.
Badan: 
badannya sederhana besar dan tegap. Ekornya agak panjang, lurus dan tirus di hujungnya.

Abyssinian cat Pippi - on white
Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
June 21

Siamese

Siamese

Seperti namanya, baka ini berasal dari Siam dan dianggap sebagai kucing Di-Raja.
Satu ketika dulu membawa keluar kucing berbaka ini dari Siam adalah jenayah berat, walaubagaimanapun ia tetap berjaya di bawa ke Negara-negara barat.
Sekarang mereka adalah antara baka pedigree yang digemari.
Ciri-ciri: 
  • Gemar membuat bising dan sungguh mesra. 
  • Kucing Siamese perlukan banyak perhatian.
  • Gemar dianggap sebagai ahli keluarga pemiliknya. 
  • Ia tidak gemar bersendirian dan memerlukan teman bermain. 

Siamese_Cat2


Kepala: 
  • Mempunyai muka yang panjang dan tirus seperti segi tiga
  • Mempunyai leher yang jinjang. 
  • Hidungnya lurus ke bawah. 
  • Bertelinga besar, tirus dan jauh dari satu sama lain. 
  • Bentuk matanya bujur dan bewarna biru nilam.

Bulu: 
  • Pendek, licin dan halus. 
  • Warna bulu di muka, telinga, ekor dan kaki mempunyai warna yang gelap.
  • Siamese yang hidup di persekitaran yang panas mempunyai warna bulu yang lebih cair.

Badan: 
  • Badannya kurus dan panjang dengan kaki yang panjang dan elegan. 
  • Ekornya panjang, lurus dan tirus di hujungnya.

mathilda siamese cat

Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
June 15

British Short Hair

British Short hair           

Baka ini berasal dari Britain. Suatu ketika dahulu baka ini dibela di rumah untuk menangkap tikus. Kini baka ini dianggap baka tempatan Britain.
Ciri-ciri:

  • Walaupun saiz baka ini besar, ia sungguh jinak.
  • Bersikap sungguh penyayang dan manja.
  • Suka berdiam dan tidak memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik. 
  • Sesuai untuk dibela di dalam apartmen kerana mereka kurang merayau.

Info: 

  • British Shorthair lebih kecil 
  • Mempunyai badan yang lebih pendek berbanding American Shorthair. 
  • Mereka juga mempunyai warna bulu yang kurang berbanding American Shorthair.



049.

Kepala: 

  • Mempunyai muka yang lebar dan pipi yang tembam. 
  • Hidungnya sedikit mancung kerana mempunyai ‘stop’. 
  • Telinga kecil dan jauh dari satu sama lain. 
  • Matanya besar dan bulat
Bulu:

  • Mmempunyai bulu yang pendek tetapi tebal.
  • Warna yang biasa blue (keseluruhan berwarna kelabu) atau silver tabby

Badan:
  • Mempunyai badan yang pendek dan gebu. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan pangkal ekor yang lebih tebal dari hujungnya.

039