July 20

Ada apa dengan Rabies?

Hi cat lovers apa khabar semua
masih mood raya ke?
lama saya tak berkongsi info dgn uols..innsyaAllah segala pertanyaan saya akan cuba jawab
moga Allah berikan kelapangan dan kesihatan kepada saya dan anda semua serta anak2 berbulus kita semua.

Baru2 ni negara kita sekali lagi digemparkan dengan isu Penyakit Rabies.
Kalau sebelum ini ia tidak menarik perhatian uols sebab hanya melibatkan anjing,
tapi kali ni agak berbeza, sebab ada kes yang melibatkan kucing.
Ini menyebabkan ada sesetengah pemilik si comel jadi panik, dan bertanya pelbagai soalan kepada saya.

Memandangkan isu ini adalah isu semasa dan nasional, saya terpanggil untuk berkongsi sedikit info kepada rakan2 pemilik & pencinta kucing di luar sana.
Saya bukanlah “pakar”, sekadar berkongsi ilmu dan pengetahuan berkaitan dengan penyakit Rabies ini.
Saya berharap klip video ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada kalian.

p/s: seandainya anda merasakan klip video ini berguna dan membantu , harap dapat share pada teman2 yg lain. Feel free to share and tag your frens… org kata sharing is caring

December 1

Susu Punca Cirit Birit! Betulke?

10422320_1502017010069137_4517453228363347017_n

Susu Punca Cirit Birit! Betulke?
=======================
Kucing sering dikaitkan dengan susu..
Seolah-olah kucing suka minum susu? Betulke?

Pendapat saya, kucing domestik(belaan) sahaja yg suka susu mungkin pada awalnya susu diberikan sebagai sumber protein (mungkin juga kalsium) tambahan pada kucing, ini kerana sifat semulajadinya sebagai haiwan karnivor (haiwan pedaging).

Sebab kalau ikut logik kalau kucing liar atau kucing terbiar, mana pulak dia nak dapat susu betul tak? Tapi untuk “big cat” atau “wild cat” di luar sana mereka dapat sumber protein tambahan dari tulang temulang mangsa mereka, tambahan pula mereka memang makan daging sahaja.

Tapi katakan lah sebagai pemilik kucing anda tetap ingin memberikan susu kepada kucing anda. Tak menjadi masalah tetapi anda perlu tahu bahawa pemilihan susu kucing yang betul amat penting!

JANGAN berikan susu full cream , susu pekat dan yang sewaktu denganya (yang manusia punya) kepada kucing anda
JANGAN berikan susu kucing dewasa kepada anak kucing yang baru lahir (sekurang kurangnya yang berumur kurang dari 6 minggu)
Kenapa? Nanti saya akan terangakan.

Jika anda ingin memberikan susu kepada kucing anda pastikan ia adalah khas untuk kucing atau yang tertulis (atau dilebelkan) “free lactose” ini kerana kucing (sama seperti manusia) kadang-kadang mempunyai masalah “lactose intolerance”.

Apa maknanya tu?
Macamni, “lactose intolerance” ni maksudnya kucing tidak boleh bertolak ansur atau tidak boleh menerima kandungan lactose. Ini disebabkan ketidakhadiran (tiada) enzim untuk mencernakan lactose dalam badan kucing. Akibatnya kucing akan cirit birit!

Sama juga dengan manusia, saya pasti ada di antara anda yang tidak boleh minum susu, di mana kalau anda minum susu anda akan mengalami cirit birit, dan Doktor menasihatkan agar anda tidak “consume any dairy product”.

Tidak dinafikan ada di antara anda akan berkata, kucing saya minum “Full Cream” ok je … tak cirit pun dah bertahun.. Betul tak dinafikan. Alhamdulillah lah kalau kucing anda tidak sensitif. Kerana ini bersifat individu. Tapi tidak mustahil ia akan meninggalkan kesan sampingan di masa akan datang.

Sebab tu di dalam bilik konsultasi saya, saya tidak menggalakkan pemilik memberi susu kepada anak kucing atau kucing yang sedang sakit, kerana ini mungkin memudaratkan lagi keadaan kucing yang sedang sakit.

Bagi anak kucing terutama yang kematian ibu atau ditinggalkan ibunya, berikan susu khas untuk anak kucing. Lebik baik kalau di beri susu yang mengandungi kolustrum ibu. Biasanya akan dilabel sebagai “Milk Replacer”. Kalau saya, saya sering menggunakan susu “Milkodog”.

Memberi susu kucing dewasa kepada nak kucing, samalah juga seperti anda memberi susu yang anda minum kepada bayi anda. Tentulah ia tidak sesuai dan memudaratkan bayi anda bukan? Sama juga dalam kes kucing.

Jadi berhati-hatilah dalam memberi susu kepada kucing anda.

Di sini saya sharekan gambar susu whiskas ni …. cool kan packaging nye ? Saya pun tak sure sama ada di Malaysia dah ada ke tidak susu ni. Gambar ni diambil semasa di London

November 12

Flea Dirt – Tahi Kutu

fleadirt

Pernahkah anda melihat bintik-bintik atau serbuk hitam (seperti dalam gambar) pada bulu kucing anda?
– Ini bukan habuk
– Ini bukan kotoran akibat kucing anda berguling di atas jalan raya
– Ini bukan telur kutu

Habis apa benda ni?
Ini adalah kotoran dari kutu atau juga di kenali dengan istilah “FLEA DIRT” warna sebenarnya adalah merah atau dark brown.
Tak percaya, dapatkan kotoran ini anda cuba larutan pada air atau gosok kan pada kapas yang beralkohol (alcohol swab). Pasti air tadi bertukar menjadi merah atau coklat pekat, dan kapas atau swab tadi ada meninggalkan kesan merah.

FLEA DIRT ini adalah najis kutu/sengkenit/flea. Dah tu kenapa warna merah? Sebab kutu hisap darah, darah warna merah ….. sebab itulah najisnya berwarna merah
Like & Share dengan rakan-rakan

December 15

Tanda-tanda awal Kucing anda ada masalah kencing

Apakah tanda-tanda awal kucing anda ada menghadapi masalah tidak boleh kencing?

Biasanya kucing akan kelihatan murung dan tidak bermaya serta tidak selesa.

Bagaimana perasaan anda apabila terpaksa tahan kencing/buang air kecil? pastinya sakit dan tidak selesa bukan? Sama jugalah seperti kucing, bezanya mereak tidak menahan untuk kencing tetapi mereka cuba kencing tapi saluran kencing tersumbat menyebabkan mereka tidak boleh kencing.

Kucing akan berasa lemah terutama lemah kaki belakang, ini kerana kucing cuba sedaya upaya mereka untuk meneran agar air kencing keluar tetapi tidak berjaya. Oleh kerana kucing meneran menggunakan kaki belakang maka kaki belakang mereka keletihan dan menjadi lemah, dalam sesetengah kes, kucing tidak lagi bermaya untuk berdiri.

So kepada #pemilikkucing terutama anda yang mempunyai kucing jantan please…please and please… jangan terlepas pandang tanda tanda awal kucing yg berpotensi untuk berhadapan dengan masalah batu karang / tak boleh kencing.

kucing anda mungkin berisiko apabila….
1. kerap masuk dan keluar “litter box” atau kerap ke tandas
2. suka menjilat penis/organ jantan/tempat keluar air kencing
3. kucing anda meneran setiap kali ingin membuang
4. kelihatan air kencing yang pekat dan kemerah-merahan
5. mengiau seperti kesakitan bila nak kencing

ingat lebih dari 3 hari kucing tidak kencing ia boleh membawa kepada kematian.

10542880_1493733064230865_8751415166304564373_n

November 10

Video Klip Tips & Cara Penggunaan Ubat Kutu Kucing

Tahukah anda ubat kutu kucing boleh di beli di kaunter, dan anda boleh mengaplikasikan atau menggunakannya sendiri di rumah.

Mungkin ada di antara anda yang kurang jelas, atau tidak tahu cara menggunakan ubat kutu jenis “spot on”. Ia amat mudah semudah 1,2 dan 3

Apa yang perlu anda buat adalah,
– baca label atau kotak bungkusan ubat kutu kucing yang anda beli
– pastikan ia selamat digunakan pada kucing anda
– pastikan anda membelinya dari penjual yang sah dan di akui seperti klinik haiwan. Saya tidak pasti berkaitan kedai haiwan, ini kerana ada sesetengah ubat kutu hanya boleh di jual oleh Veterinar Berlesen sahaja.
– pastikan tarikh luput

Syaratnya agak mudah , pastikan kucing anda tidak dimandikan 3 hari sebelum atau selepas penggunaan ubat kutu. Macam mana tu?
Maksudnya katakanlah anda baru mandikan kucing anda semalam iaitu hari AHAD 9/11/2014, jadi anda kena tunggu 3 hari iaitu pada hari RABU 12/11/2014 untuk meletakkan ubat kutu.
Atau sekiranya anda telah letak ubat kutu pada hari Ahad, so sekiranya anda ingin mandikan kucing anda (tidak wajib mandi, hanya jika anda ingin mandikan), anda boleh mandikan kucing anda pada hari RABU 12/11/2014

Apply ubat kutu dibelakang badan , di bahagian bahu. Untuk lebih tepat di “shoulder blade”.
Huh? jangan risau , mudah je …. bila anda usap belakang kucing anda, anda dapat rasakan ada lekuk di antara tulang bahu kanan dan kiri, di situ tempatnya.

Kalau kurang jelas, saksikan video klip ini…..

November 1

BAHAYA Panadol kepada kucing

Tak percaya ada orang beri kucing panadol!?

Setuju tak kalau saya katakan hampir setiap rumah di Malaysia ada menyimpan Pandol yang digunakan ketika pening kepala atau demam. Malah saya sendiri ada menyimpannya di rumah, di klinik malah di dalam beg saya, untuk kegunaan masa kecemasan.

Sesungguhnya di kala kita tengah banyak kerja, atau sedang mengejar “due date” untuk menghantar tugasan, masa tu pulak kepala terasa pening dan badan rasa nak demam, tatkala itu kehadiran Panadol sangatlah bermakna. Seolah-olah Panadol penyelamat untuk kita berjuang menyiapkan tugasan tersebut.
Tapi berbeza pula halnya dengan KUCING, Panadol merupakan malapetaka kepada haiwan comel ini, malah ia boleh meragut nyawa kucing anda. Oleh itu jangan sesekali memberikan Panadol kepada kucing anda.

Saya sebagai seorang veterinar sering mendapat kes sebegini di klinik saya di Shah Alam. Baru-baru ini, saya menerima satu kes, di mana muka SiComel(bukan nama sebenar) kelihatan agak bengkak, kemudian air liur meleleh dengan banyak, SiComel kelihatan pucat dan lemah. Menurut pemiliknya, SiComel dikatakan sudah tidak sihat 2-3 hari. Selepas melakukan pemeriksaan, terdetik dihati macam termakan Panadol je. Belum pun sempat saya bertanya, pemiliknya telah memaklumkan bahawa beliau telah memberikan Panadol kepada SiComel pada hari sebelumnya.
Ketahuilah kucing sangat sensitif pada panadol sehingga boleh membawa kepada kematian. Ini kerana, hati kucing tidak mempunyai enzim yang bertanggungjawab untuk mencerna bahan yang dinamakan acetaminophen.

Acetaminophen adalah bahan yang terkandung dalam Panadol. Sebenarnya bukan sahaja Panadol, malah mana-mana ubat yang mengandungi bahan acetaminophen adalah merbahaya kepada kucing. Tahap keracunan kucing terhadap bahan ini adalah serendah 10mg/kg berat badan.

Sebagai contoh, sekiranya berat seekor kucing dewasa adalah 5kg, ini bererti kucing tersebut boleh bertolak ansur dengan bahan tersebut maksimum 50mg,sedangkan sebiji Panadol yang biasa adalah 500mg. Walaupun hanya 1/4biji (125mg) diberi kepada kucing, ia boleh membawa kematian! Apatah lagi kalau diberi 1biji.

Namun saya pasti, ada diantara anda akan berkata “saya bagi kucing saya Panadol, elok je sihat je.. takde apa-apa pun!”. Percayalah bukan anda sorang, malah saya sering dilontarkan persoalan itu. Saya tidak menafikan atau mengatakan anda tipu, namun saya tidak menjumpai mana-mana fakta atau penulisan yang mengatakan kini kucing selamat memakan Panadol.
Namun persoalan itu mungkin terjawab dalam penerangan yang diberikan oleh BPFK (Badan Pengawalan Farmaseutikel Kebangsaan). Suatu pagi, dalam perjalan ke tempat kerja, saya medengar siaran radio yang membincangkan perihal ubat tiruan. Terperanjat saya selepas mendengar penjelasan pegawai tersebut.

Saya menyangka ubat tiruan hanya dijual di kaki lima, dan menggunakan nama yang pelik dan sangat berbeza dengan produk asal. Tetapi sebenarnya ubat tiruan turut dijual dipremis, dan hampir menyerupai produk asal sehingga 90%. Tanpa penilitian kita hampir tidak boleh membezakannya.

Berbalik semula pada cerita Panadol dan Kucing, berkemungkinan Panadol yang diberikan bukan yang asli, kerana itulah ia tidak memberi kesan kepada kucing.
Walau apapun kemungkinannya, rasanya tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa kucing anda. Untuk berada di zon selamat adalah lebih baik untuk TIDAK memberi Panadol kepada kucing anda. Memberi kucing panadol seumpama memberi ubat batuk dewasa kepada bayi. Pastinya anda tidak akan melakukannya bukan?

Adakalanya niat yang baik, kalau tersalah langkah boleh membawa malapetaka. Kesian pada kucing anda, dari demam biasa yang boleh dirawat, anda bagi Panadol, tak fasal-fasal kucing anda diambang maut. Sebaiknya bawalah kucing anda berjumpa Vet yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Kongsikan bersama rakan-rakan anda yang memiliki kucing, jika anda tidak mampu merawat kucing mereka, sekurang-kurangnya anda mampu menyelamatkan nyawa kucing mereka. Mencegah lebih baik dari merawat.

Panadol Ubat atau Racun pada Kucing

October 22

Susu Punca Kucing Cirit Birit!

Susu Punca Kucing Cirit Birit! Betulke?
=======================================

Kucing sering dikaitkan dengan susu..
Seolah-olah kucing suka minum susu? Betulke?

Pendapat saya, kucing domestik(belaan) sahaja yg suka susu mungkin pada awalnya susu diberikan sebagai sumber protein (mungkin juga kalsium) tambahan pada kucing, ini kerana sifat semulajadinya sebagai haiwan karnivor (haiwan pedaging).

Sebab kalau ikut logik kalau kucing liar atau kucing terbiar, mana pulak dia nak dapat susu betul tak? Tapi untuk “big cat” atau “wild cat” di luar sana mereka dapat sumber protein tambahan dari tulang temulang mangsa mereka, tambahan pula mereka memang makan daging sahaja.

Tapi katakan lah sebagai pemilik kucing anda tetap ingin memberikan susu kepada kucing anda. Tak menjadi masalah tetapi anda perlu tahu bahawa pemilihan susu kucing yang betul amat penting!

JANGAN berikan susu full cream , susu pekat dan yang sewaktu denganya (yang manusia punya) kepada kucing anda
JANGAN berikan susu kucing dewasa kepada anak kucing yang baru lahir (sekurang kurangnya yang berumur kurang dari 6 minggu)
Kenapa? Nanti saya akan terangakan.

Jika anda ingin memberikan susu kepada kucing anda pastikan ia adalah khas untuk kucing atau yang tertulis (atau dilebelkan) “free lactose” ini kerana kucing (sama seperti manusia) kadang-kadang mempunyai masalah “lactose intolerance”.

Apa maknanya tu?
Macamni, “lactose intolerance” ni maksudnya kucing tidak boleh bertolak ansur atau tidak boleh menerima kandungan lactose. Ini disebabkan ketidakhadiran (tiada) enzim untuk mencernakan lactose dalam badan kucing. Akibatnya kucing akan cirit birit!

Sama juga dengan manusia, saya pasti ada di antara anda yang tidak boleh minum susu, di mana kalau anda minum susu anda akan mengalami cirit birit, dan Doktor menasihatkan agar anda tidak “consume any dairy product”.

Tidak dinafikan ada di antara anda akan berkata, kucing saya minum “Full Cream” ok je … tak cirit pun dah bertahun.. Betul tak dinafikan. Alhamdulillah lah kalau kucing anda tidak sensitif. Kerana ini bersifat individu. Tapi tidak mustahil ia akan meninggalkan kesan sampingan di masa akan datang.

Sebab tu di dalam bilik konsultasi saya, saya tidak menggalakkan pemilik memberi susu kepada anak kucing atau kucing yang sedang sakit, kerana ini mungkin memudaratkan lagi keadaan kucing yang sedang sakit.

Bagi anak kucing terutama yang kematian ibu atau ditinggalkan ibunya, berikan susu khas untuk anak kucing. Lebik baik kalau di beri susu yang mengandungi kolustrum ibu. Biasanya akan dilabel sebagai “Milk Replacer”. Kalau saya, saya sering menggunakan susu “Milkodog”.

Memberi susu kucing dewasa kepada nak kucing, samalah juga seperti anda memberi susu yang anda minum kepada bayi anda. Tentulah ia tidak sesuai dan memudaratkan bayi anda bukan? Sama juga dalam kes kucing.

Jadi berhati-hatilah dalam memberi susu kepada kucing anda.

Di sini saya sharekan gambar susu whiskas ni …. cool kan packaging nye ? Saya pun tak sure sama ada di Malaysia dah ada ke tidak susu ni. Gambar ni diambil semasa di London

10422320_1502017010069137_4517453228363347017_n

September 4

Hukum Pengkasian Haiwan Kesayangan Dalam Islam

Hukum Pengkasian Haiwan Kesayangan Dalam Islam

“Tak berdosa ke?”
“Tak haram ke?”

Persoalan yang seing ditanya dan menjadi persoalan bagi pemilik haiwan terutama yang beragama Islam.
Di sini saya berbesar hati untuk berkongsi bersama anda bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ia diharuskan (Sila rujuk pada poster yang disediakan).

Ramai yang beranggapan “kesian” jika dimandulkan, tetapi ramai yang tidak sedar jika tidak dimandulkan lagi “kesian”.
Kenapa? Ini kerana

akan berlaku lambakan anak kucing yang tidak diingin, dan apabila terlalu banyak kucing, kos akan bertambah ini akan berakhir dengan pembuangan kucing atau penjagaan kesihatan kucing terabai.

berlaku pembuangan anak kucing di merata tempat, anak kucing dibuang seawal umur sebulan. Keadaan anak kucing ini lebih tragis apabila berakhir sama ada dimakan anjing, mati dilanggar kereta atau terjatuh ke dalam longkang.

Hukum Pengkasian Haiwan Kesayangan dalam Islam
Hukum Pengkasian Haiwan Kesayangan dalam Islam