FUNGAL/FUNGUS vs KURAP/MANGE

Harap post ni dapat membantu papa/mama anak berbulus untuk membezakan antara FUNGUS dan KURAP.

FUNGAL/FUNGUS vs KURAP/MANGE
===============================

FUNGUS/FUNGAL – berpunca dari fungus atau bahasa melayu kulat (rasa betul dah tu kulat)… kalau nak saintifik sikit dia panggil fungi

Manakala
KURAP/MANGE – berpunca dari ektoparasit/hama/tungau

Jadi ia adalah 2 benda yg berbeza

Walaupun kedua-duanya menyebabkan masalah kulit, TETAPI agen/penyebab/punca nya adalah BERBEZA.

Oleh yg demikian BENTUK jangkitan, KESAN pada kulit kucing juga berbeza!
DAN yang PALING PENTING RAWTAN JUGA BERBEZA

Fungus

FUNGUS
========
Kulit akan kelihatan berkeruping (biasanya bulat) dan bulu senang tertanggal apabila di tarik(atau cuba ditanggalkan). Bila keruping tertanggal berwarna merah. Biasanya di badan kucing… kalau anak kucing biasanya kat muka and hujung kaki … sbb dia orang ni tak pandai nak bersihkan muka/kaki sendiri berbanding dewasa

Manakala…

KURAP
=======
Kulit akan kelihatan berkeruping dan mengerutu. Selalunya pada tepi/hujung cuping telinga kucing. Kalau tidak dirawat akan mula merebak ke muka. Keruping yg mengerutu sukar ditanggal- kalau ditanggal mungkin akan berdarah.

Kurap atau Mange

Jadi bila NAMA – PUNCA – BENTUK dah berbeza maka cara RAWATAN pun berbeza.

FUNGUS – boleh dirawat dengan shampoo mandian, ubat spray & cream anti fungal

Manakala …..
KURAP/MANGE – boleh dirawat dengan ubat antiparasit

Jadi bila kucing anda kena FUNGUS ….
STOP duk kalut nak amik injection! jangan terpesona dengan satu injection hilang semua parasit….. tak dak 
cara untuk merawat fungus adalah dengan kombinasi cream, spray fungus, makan ubat dan shampu

dan bila kucing anda kena KURAP…… 
STOP duk sibuk beli shampu/spray/cream antifungal pastu mandikan/spray/sapu kat kucing kurap dengan harapan ia akan sembuh sempenuhnya. 
Pastu bila tak berkesan salahkan produk tak efektif

so please papa & mama kucing diluar sana … jom jadi pengguna bijak 
jangan sewenang-wenangnya buat rawatan sendiri pada anak berbulus anda……nanti bila tak ok baru nak pergi jumpa VET tentulah kos dah jadi tinggi …… 
so kalau taknak bil rawatan tu pelik pelik sangat…jalan terbaik adalah bawa kucing anda berjumpa dengan VET BERTAULIAH yg berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang betul.

#sharingiscaring

Di sini saya sertakan gambar untuk membezakan antara fungus kes vs mange kes.

Apapun adakalanya gambar susah untuk menyampaikan apa yg ingin disampaikan
Nasihat saya berjumpalah dgn VET untuk kepastian.

Gambar taken from google image

Gambar atas (pertama) : 
Gambar anak kucing yg kena fungus
Gambar tu ada caption “A kitten with ringworm”, 
ha jangan confuse plak na…
ni nak bg tahu “ringworm” tu masalah fungus ye (nanti sy tulis lagi bila ada kelapangan)
jangan dok pikir masalah cacing plak
siapa yang agak konpius cacing ke fungus , boleh baca entri semalam k

Gambar bawah (kedua) 
Gambar anak kucing kena kurap/mange

Penafian:
========
1.Post ini sekadar berkongsi ilmu/info yg saya ada bersama dengan pemilik kucing diluar sana. 
2. Tiada kena mengena dengan mana2 pihak untuk tujuan promosi atau mempromosikan.
3. Untuk keterangan lebih lanjut sila kunjungi VET BERTAULIAH berhampiran anda.

sekiranya anda rasa penulisan ini membantu 
jangan lupa untuk like page saya
dan kalau rasa penulisan ini memberi manfaat pada pemilik kucing 
jangan segan segan share k

Sharing is caring #sharingiscaring
Jadilah pengguna bijak #jadilahpenggunabijak

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *