Mongrel atau Kucing Tempatan

Seperti yang dijanjikan hari ini saya akan menulis tentang kucing tempatan atau istilah tepatnya MONGREL , jadi hentikanlah memanggil kucing anda kucing kampung hehe

BAKA MONGREL 

Apa itu MONGREL  mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apatah lagi kalau ini adalah kali pertama anda mendengar perkataan MONGREL. 

MONGREL bermaksud kacukan atau campuran baka yang tidak dapat dikenalpasti (MONGREL)
Kucing MONGREL sebenarnya merujuk kepada kucing “local” atau kucing “domestic” atau lebih dikenali di kalangan oleh orang kita di Malaysia sebagai “KUCING KAMPUNG“.

Walaupun kucing ini bukan berbaka tulen dan sering dipanggil sebagai “kucing kampung”, ini tidak bererti penjagaan kucing Mongrelboleh dipandang ringan. Mereka juga perlu dijaga, dan mempunyai keperluan yang sama seperti kucing berbaka tulen dan berbaka kacukan,

Tapi sayangnya, masyarakat kita sering mengabaikan mereka, sering kedengaran ayat seperti;
Soalan : Kucing ni pernah vaksin?
Jawapan : Alah kucing saya kucing kampung je tidak perlu vaksin
Soalan: Bagi kucing makan apa ye?
Jawapan: “Yang ni (merujuk pada kucing persian) saya bagi dia makan Royal Canin, yang tu (merujuk pada kucing Mongrel ) saya bagi ikan dengan nasi je)
Soalan: Hantar Boarding seekor je ke ?
Jawapan: Ya, yang lagi satu kucing kampung je.

Hurmm…. sedih bukan?? Betapa manusia sering “double standard” dalam kehidupan seharian mereka.

Tahukah anda?

Kucing Mongrel, jika dijaga dengan baik mereka juga boleh kelihatan cantik, comel, manja dan aktif.
Hakikatnya kucing Mongrel lebih mudah untuk dijaga. Kenapa? Ini keran kucing Mongrel adalah baka tempatan, ini bererti genetiknya telah mengadaptasi dengan persekitaran di negara kita. Ini termasuklah cuaca, pemakanan dan
imuniti terhadap penyakit.
Tidak semua kucing Mongrel berbulu pendek, ada juga yang berbulu panjang

Tabby Cat – Koleksi dari Lynn Veterinary Cinic

Gambar di ambil dari iPhone Apps

jangan lupa share, sebab sharing is caring :)

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin