PERBEZAAN ANTARA SPESIS DAN BAKA

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIS?
 DAN APA PULA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAKA?
PERBEZAAN DI ANTARA SPESIS DAN BAKA

SPESIS? BAKA? pastinya anda sering bertembung dengan perkataan-perkataan ini.
Berdasarkan pengalaman saya, masih ramai di luar sana yang keliru dengan istilah “SPESIS” dan “BAKA“, sering kali saya di tanya ” Apa spesis kucing saya ni Doktor? 
Soalan yang sepatutnya adalah ” Apa baka kucing saya ni Doktor? “

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, adalah lebih baik saya jelaskan apakah yang dimaksudkan tentang SPESIS dan BAKA. 

Untuk makluman anda;

Spesis (Species)  merujuk kepada jenis, dan secara saintifiknya specis mewakili pecahan yang lebih kecil dari kumpulan genus yang sama.

Dalam perubatan veterinar kumpulan haiwan di bahagikan mengikut spesis sebagai contoh;

    • Kuda                        Equine 
    • Lembu                      Bovine 
    • Kambing Biri-biri      Ovine
    • Kambing                  Caprine
    • Anjing                      Canine
    • Kucing                     Feline
    • Arnab                      Laprine

Baka ( breed ) pula merjuk kepada spesifik kumpulan haiwan (atau tumbuhan) dari spesis yang sama dan mempunyai persamaan homogenes dari segi fizikal, bentuk, rupa , warna, tingkah laku, dan ciri-ciri tertentu yang sama.

Sebagai contoh;

    • Baka Parsian (Parsi)  berbulu panjang dan bemuka pesek
    • Baka American Curl mempunyai ciri telinga yang bergulung 
    • Baka Sphnx mempunyai bulu yang sangat halus hampir tidak nampak

Saya harap kini anda dapat nampak perbezaan antara spesis dan baka.
**Bagi yang kurang jelas,  saya bagi contoh kenderaan, anda boleh anggap jenis kenderaan seperti lori, kereta atau van sebagai spesis dan model setiap kenderaan tersebut adalah baka. 

Kini penggemar kucing di Malaysia mula didedahkan dengan pelbagai baka kucing, berbanding 10 tahun dahulu. Kalau dahulu kita sering mendengar nama baka seperti Persian dan Siamese, kini masyarakat mula familiar dengan baka-baka seperti British Short Hair, Maine Coone, dan Bengal.

 Walaupun telah dijelaskan baka merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai persamaan dari segi fizikal, bentuk, rupa dan warna, namun tidak bererti penentuan baka di tentukan dari segi warna atau ciri fizikal semata-mata.
Penentuan baka ditentukan oleh genetik yang di pindahkan daripada induk kepada anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan dari induk dari baka yang sama di kenali baka tulen.

Berdasarkan pengalaman saya, ramai pemilik kucing yang masih keliru dalam penentuan baka. Mereka menentukan baka kucing mereka berdasarakan ciri fizikal semata-mata.
Secara mudahnya tidak semua kucing berbulu panjang adalah “Persian” dan tidak semua yang berbulu pendek itu “kucing kampung atau domestik”.
Yang lebih menyedihkan apabila ada di antara penggemar kucing terutama yang baru ingin membela haiwan berbulu ini menjadi mangsa penipuan. Seringkali saya berhadapan dengan situasi begini, pemilik begitu teruja menceritakan baka kucing yang baru dibeli, tetapi apabila saya memeriksa ia bukanlah dari baka yang dimaksudkan .

Sebagai contoh;

    • Kucing bewarna Blue (Kelabu) 
      • Walaupun ciri-ciri kucing berbaka Korat  adalah Solid Blue tetapi ini TIDAK bererti semua kucing bewarna Solid Blue adalah Korat. Perlu dipertimbangkan ciri-ciri lain, bentuk muka, bulu mata dan sebagainya.
    • Kucing berbulu panjang 
      • Walaupun kucing Persian adalah kucing yang berbulu panjang, tetapi tidak bererti semua kucing yang berbulu panjang adalah persian, mereka mungkin Domesting Long Hair, Birman, Ragdoll

Harapnya kini anda lebih jelas, apakah yang dimaksudkan dengan baka dan penentuan baka.
**Bagi yang kurang jelas,  saya bagi contoh kenderaan, kalau tadi saya katakan spesis merujuk kepada kereta, dan model kereta merujuk kepada baka. Perumpamaanya seperti  2 kereta nampak sama dari segi warna, bentuk dan saiz tidak semestinya dari model yang sama.

TIPS & NASIHAT Sebagai penggemar haiwan berbulu ini, sama ada anda adalah pemilik atau bakal pemilik, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui baka kucing anda.

Bagi yang telah menjadi pemilik, mengetahui baka kucing anda membantu anda lebih memahami keperluan serta kehendak kucing anda. Anda akan memahami sifat dan sikap peribadi kucing anda ini kerana setiap baka mempunyai ciri dan sifat tersendiri.
Sebagai contoh kucing Persian lebih suka dipegang dan dibelai berbanding kucing Bengal.

Bagi mereka yang baru ingin membeli kucing, mengetahui baka kucing membantu anda membuat pilihan baka apakah yang sesuai dengan anda. Bukan itu sahaja ia mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan.

Saya menegaskan hal ini kerana, saya sedih apabila melihat sesetengah penjual kucing atau “breeder” yang tidak bertanggungjawab, dengan mudah mengambil kesempatan di atas kekeliruan ini. Mereka dengan mudah meletakkan harga tinggi dengan alasan kononnya kucing tersebut berbaka “A” sedangkan kucing tersebut berbaka biasa atau yang telah dikacukkan.

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *