Perlukah untuk mandikan kucing?

As salam & Salam Sejahtera buat Papa & Mama kucing semua

Sering saya ditanya soalan berikut…..
1- Perluke nak mandikan kucing?
2- Berapa kerap plak nak mandikan kucing?

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan saya ; perlu dan tak perlu

PERLU sekiranya….

  1. Kucing anda mempunyai masalah kulit sebagai contoh rawatan untuk merawat penyakit kulit kucing anda adalah dengan menggunakan shampoo berubat, jadi tentulah nak tak nak kena mandikan kucing, kalau tak mandi macam mana pula nak guna shampu tersebut. Contoh penyakit kulit yang memerlukan anda memandikan kucing adalah masalah fungus.
  2. Kucing anda mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya berbau busuk. Sebagai contoh kucing yang mengalami masalah saraf, yang gagal mengawal proses pembuangan air kecil (kencing) dan pembuangan air besar (berak), ini menyebabkan kucing berbau busuk kerana terkena najis.
  3. Kucing anda dalam keadaan kotor, contohnya baru jumpa, atau mungkin kucing anda bermain di luar badannya dipenuhi kotoron. 
  4. Kucing dalam keadaan kotor , berbau dan tidak selesa, senang kata bila kucing anda kotor & berbau dan bila bila yang di rasakan perlu lah

TAK PERLU sekiranya…….

Kucing anda berada sepenuhnya di dalam rumah, bebas dari sebarang kotoran, serta kucing anda dalam keadaan sihat dan bersih.
Tambah pula bulu kucing anda dalam keadaan baik dan sihat, dan kucing anda tiada masalah mulut berbau.

Sebagai contoh kucing saya Felix tu, setahun adalah 2-3 kali je mandi hehe nama je kucing vet 😛 tapi kalau tak perlu mandi buat apa nak mandi ye tak?

SOALAN 2 : BERAPA KERAP NAK MANDIKAN KUCING?

Kalau tanya saya — Bagi saya mandikan kucing SEBULAN SEKALI tanpa keperluan kesihatan dah kira KERAP apatah lagi kalau mandikan kucing setiap minggu.
Yang mandikan setiap hari tu … Wow saya tabik pada anda gigihnya.

Bila saya kata MANDI ni – maksudnya mandikan kucing , iaitu basahkan badan kucing dengan air, shampoo kan & keringkan — bukan setakat jirus jirus gitu je atau lap lap dengan wet towel la apa la ye
ini termasuk juga anda hantar “GROOMING” ke pusat kecantikan kucing, atau groomer atau klinik

Saya secara peribadi tidak menyokong & tidak menggalakkan aktiviti memandikan kucing setiap minggu (apatah lagi setiap hari ) ini kerana perbuatan anda ni bukan sahaja menyebabkan kucing anda STRESS, malah boleh menjadikan BULU TIDAK SIHAT.

Tahukah anda dibawah permukaan kulit kucing ada minyak yang memelihara bulu kucing.
Setiap kali anda mandikan kucing, tanpa sengaja anda flush out/singkirkan minyak tersebut dan tak silap saya ia mengambil tempoh 24-48jam untuk terbentuk semula. So u do the math la kalau mandikan once a week 🙂

sebabtu kalau anda perasan, kebanyakkan ubat kutu (yang mendapat kebenaran) yang jenis spot-on tu, syarat dia kucing tak boleh mandi 2 hari sebelum dan selepas?
Perasan tak?
haa kalau tak perasan … tak pernah guna la tu…. hehe gurau je
Actually ini lah logiknya disebalik arahan tersebut,
ingat tak kalau dlm bilik consultation, bila VET anda letak ubat kutu, anda akan tanya “Dr letak kat situ je ke?” atau ” Camne dia bunuh kutu kalau letak kat tengkuk je”
pastu VET jawab (atleast sy lah jawab camni , Vet lain maybe ada cara and ayat lain la) “nanti dia tranlocate sendiri guna cecair bawah kulit ke seluruh badan dlm tempoh 24-48 hrs”

so inilah cerita belakang tabir 🙂 , opps dah cerita fasal ubat kutu plak.

ok back to the point semula
Kebanyakkan Feline Expert beranggapan if your cat healty and fully indoor no reason untuk mandikan – if nak mandikan 2 tahun sekali pun dah ok.
Kenapa ek?
sebab selain tidur 2/3 dari aktiviti seharian , aktiviti ke dua yang kucing suka buat ialah GROOMING

GROOMING – apa itu grooming ?

Si Cally sedang grooming 🙂 

Grooming adalah aktiviti dimana kucing membersihkan badan mereka dengan cara menjilat. Kucing yg normal meluangkan separuh masanya untuk grooming – bagun tidur grooming, nak tidur grooming dulu, lepas makan grooming, duk saja saja grooming pendek kata dia orang ni duk grooming je la- jadi kalau kucing anda sihat – and fully in house kenapa kita nak bersihkan lagi.

Ada yang kata dia MANDIKAN kucing dia sebab…..

a) Kutu..
Tahukah anda MANDIKAN KUCING TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH KUTU ? sebaiknya guna lah ubat kutu. Lepas dah apply ubat kutu (guna yang dapat kebenaran ye jangan guna yg fake plak) – kutu kat badan dah mati , nak mandikan boleh lah sbb nak buang kotoran2 tu semua

b) Badan Kucing Busuk
Ok takde masalah – silalah mandikan , tapi kalau dah every week /every day mestilah ada sesuatu yang tak kena. Cuba chek mulut kucing anda bersih ke tak , berbau ke tak … KALAU MULUT KUCING BERBAU, SAKIT dan MENGELUARKAN AIR LIUR YANG PEKAT DAN BUSUK ….. MANDI TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH BADAN BERBAU …. anda kena berjumpa Vet untuk buat pemeriksaan mulut kucing anda.
kalau air liur dia busuk sebab sakit gigi , awak mandikan setiap hari pun tetap busuk juga sebab kucing tetap akan jilat bulu.

Kesimpulannya kucing yang SIHAT & BERSIH apatah lagi yang INDOOR tidak perlu mandikan dengan kerap, dan saya secara peribadi beranggapan sebulan kali tu dah kerap, so kalau boleh elakkan lah mandikan kucing seminggu sekali ataupun setiap hari. Yang tak mandikan kucing langsung pun takpe.
Mandikan bila perlu dan jika ada keperluan.

sebarang soalan boleh ajukan di ruangan komen
saya cuma akan jawab soalan yang berkaitan dengan penjagaan & kesihatan secara general
bab penyakit , rawatan atau harga sila kunjungi VET BERTAULIAH BERHAMPIRAN TEMPAT ANDA

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *