Perlukah untuk mandikan kucing?

As salam & Salam Sejahtera buat Papa & Mama kucing semua

Sering saya ditanya soalan berikut…..
1- Perluke nak mandikan kucing?
2- Berapa kerap plak nak mandikan kucing?

SOALAN 1: PERLU KE NAK MANDIKAN KUCING?

Jawapan saya ; perlu dan tak perlu

PERLU sekiranya….

  1. Kucing anda mempunyai masalah kulit sebagai contoh rawatan untuk merawat penyakit kulit kucing anda adalah dengan menggunakan shampoo berubat, jadi tentulah nak tak nak kena mandikan kucing, kalau tak mandi macam mana pula nak guna shampu tersebut. Contoh penyakit kulit yang memerlukan anda memandikan kucing adalah masalah fungus.
  2. Kucing anda mempunyai penyakit lain yang menyebabkan badannya berbau busuk. Sebagai contoh kucing yang mengalami masalah saraf, yang gagal mengawal proses pembuangan air kecil (kencing) dan pembuangan air besar (berak), ini menyebabkan kucing berbau busuk kerana terkena najis.
  3. Kucing anda dalam keadaan kotor, contohnya baru jumpa, atau mungkin kucing anda bermain di luar badannya dipenuhi kotoron. 
  4. Kucing dalam keadaan kotor , berbau dan tidak selesa, senang kata bila kucing anda kotor & berbau dan bila bila yang di rasakan perlu lah

TAK PERLU sekiranya…….

Kucing anda berada sepenuhnya di dalam rumah, bebas dari sebarang kotoran, serta kucing anda dalam keadaan sihat dan bersih.
Tambah pula bulu kucing anda dalam keadaan baik dan sihat, dan kucing anda tiada masalah mulut berbau.

Sebagai contoh kucing saya Felix tu, setahun adalah 2-3 kali je mandi hehe nama je kucing vet 😛 tapi kalau tak perlu mandi buat apa nak mandi ye tak?

SOALAN 2 : BERAPA KERAP NAK MANDIKAN KUCING?

Kalau tanya saya — Bagi saya mandikan kucing SEBULAN SEKALI tanpa keperluan kesihatan dah kira KERAP apatah lagi kalau mandikan kucing setiap minggu.
Yang mandikan setiap hari tu … Wow saya tabik pada anda gigihnya.

Bila saya kata MANDI ni – maksudnya mandikan kucing , iaitu basahkan badan kucing dengan air, shampoo kan & keringkan — bukan setakat jirus jirus gitu je atau lap lap dengan wet towel la apa la ye
ini termasuk juga anda hantar “GROOMING” ke pusat kecantikan kucing, atau groomer atau klinik

Saya secara peribadi tidak menyokong & tidak menggalakkan aktiviti memandikan kucing setiap minggu (apatah lagi setiap hari ) ini kerana perbuatan anda ni bukan sahaja menyebabkan kucing anda STRESS, malah boleh menjadikan BULU TIDAK SIHAT.

Tahukah anda dibawah permukaan kulit kucing ada minyak yang memelihara bulu kucing.
Setiap kali anda mandikan kucing, tanpa sengaja anda flush out/singkirkan minyak tersebut dan tak silap saya ia mengambil tempoh 24-48jam untuk terbentuk semula. So u do the math la kalau mandikan once a week 🙂

sebabtu kalau anda perasan, kebanyakkan ubat kutu (yang mendapat kebenaran) yang jenis spot-on tu, syarat dia kucing tak boleh mandi 2 hari sebelum dan selepas?
Perasan tak?
haa kalau tak perasan … tak pernah guna la tu…. hehe gurau je
Actually ini lah logiknya disebalik arahan tersebut,
ingat tak kalau dlm bilik consultation, bila VET anda letak ubat kutu, anda akan tanya “Dr letak kat situ je ke?” atau ” Camne dia bunuh kutu kalau letak kat tengkuk je”
pastu VET jawab (atleast sy lah jawab camni , Vet lain maybe ada cara and ayat lain la) “nanti dia tranlocate sendiri guna cecair bawah kulit ke seluruh badan dlm tempoh 24-48 hrs”

so inilah cerita belakang tabir 🙂 , opps dah cerita fasal ubat kutu plak.

ok back to the point semula
Kebanyakkan Feline Expert beranggapan if your cat healty and fully indoor no reason untuk mandikan – if nak mandikan 2 tahun sekali pun dah ok.
Kenapa ek?
sebab selain tidur 2/3 dari aktiviti seharian , aktiviti ke dua yang kucing suka buat ialah GROOMING

GROOMING – apa itu grooming ?

Si Cally sedang grooming 🙂 

Grooming adalah aktiviti dimana kucing membersihkan badan mereka dengan cara menjilat. Kucing yg normal meluangkan separuh masanya untuk grooming – bagun tidur grooming, nak tidur grooming dulu, lepas makan grooming, duk saja saja grooming pendek kata dia orang ni duk grooming je la- jadi kalau kucing anda sihat – and fully in house kenapa kita nak bersihkan lagi.

Ada yang kata dia MANDIKAN kucing dia sebab…..

a) Kutu..
Tahukah anda MANDIKAN KUCING TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH KUTU ? sebaiknya guna lah ubat kutu. Lepas dah apply ubat kutu (guna yang dapat kebenaran ye jangan guna yg fake plak) – kutu kat badan dah mati , nak mandikan boleh lah sbb nak buang kotoran2 tu semua

b) Badan Kucing Busuk
Ok takde masalah – silalah mandikan , tapi kalau dah every week /every day mestilah ada sesuatu yang tak kena. Cuba chek mulut kucing anda bersih ke tak , berbau ke tak … KALAU MULUT KUCING BERBAU, SAKIT dan MENGELUARKAN AIR LIUR YANG PEKAT DAN BUSUK ….. MANDI TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH BADAN BERBAU …. anda kena berjumpa Vet untuk buat pemeriksaan mulut kucing anda.
kalau air liur dia busuk sebab sakit gigi , awak mandikan setiap hari pun tetap busuk juga sebab kucing tetap akan jilat bulu.

Kesimpulannya kucing yang SIHAT & BERSIH apatah lagi yang INDOOR tidak perlu mandikan dengan kerap, dan saya secara peribadi beranggapan sebulan kali tu dah kerap, so kalau boleh elakkan lah mandikan kucing seminggu sekali ataupun setiap hari. Yang tak mandikan kucing langsung pun takpe.
Mandikan bila perlu dan jika ada keperluan.

sebarang soalan boleh ajukan di ruangan komen
saya cuma akan jawab soalan yang berkaitan dengan penjagaan & kesihatan secara general
bab penyakit , rawatan atau harga sila kunjungi VET BERTAULIAH BERHAMPIRAN TEMPAT ANDA

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

36 Comments

  1. Dr,kucing saya sangat suka makan wet food. Sebelum ni saya bagi wet food 2x seminggu je dan hari lain2 dry food. Tp sejak kebelakangan ni kucing saya xnak makan dry food dan sanggup tahan lapar selagi xbagi wet food. Elok ke kalau bagi wet food hari2?

    1. Hi Wati ,
      Bagi makan wet food setiap hari tidak mendatangkan masalah.
      Cuma nasihat saya….
      1- Pastikan dulu kenapa kucing anda tidak mahu makan dry food, adakah kerana dia memang nak makan wet food sahaja atau sebab mulut dia sakit, sebab ada sesetengah kucing tak makan dry food sebab mulut/gusi/gigi dia sakit.
      2- Still kena pastikan dia makan dry food juga , sebab jika hanya bergantung pada wet food takut kucing anda tak dapat cukup tenaga

      Harap jawapan saya membantu
      Tq
      DrLynnYamin

    2. Sy nk tny, kucing sy outdoor, perlu ke sy mandikan/bersihkan kucing sy sblm bawa ke vet clinic utk dikasi?

  2. assalamualaikum nk tanya, kucing saya nie, suka makan ikan rebus, dlm sehari bagi dlm 4-6 ekor 2 kali makan, kan ikan nie bau kuat sikit, lepas dia habis makan, dia suka jilat bulu dia, and sampaikan bulu dia pon bau cam ikan sikit, kalau camnie, kena mandi selalu ke eh? sebab kalau lama2 x mandi bau ikan, busuk jugak. ke kena beli something utk cuci mulut dia?

    1. waalaikumsalam
      Hi Syaf, terima kasih kerana bertanya.
      ye betul juga tu kucing kalau makan ikan mmg berbau sikit mulutnya tapi sepatutnya takla teruk sangat.
      Apa yang saya boleh cadangkan adalah buat pemeriksaan mulut di vet, takut ada masalah mulut dan gigi yang lain.
      kalau sememangnya mulut & gigi memang takde masalah, boleh belikan something untuk cuci mulut. ada banyak jenis ada yang jenis kunyah ada yang campur pada minuman.

      Harap jawapan saya ni membantu Syaf 🙂

  3. salam doc
    nak tanya sikit…kucing saya kerap sangat bersin…dah bagi ubat selesma…dan vitamin dh…ubat imexa juga ada bagi…dan sekarang cuba bagi vitamin utk kuatkn imune badan dia…kucing saya baru nak masuk 4 bulan…tp dia sangat aktif..cuma risau dia kuat bersin

  4. Assalamualaikum..Dr kucing saya akan buang air besar dn kecil kt tandas pasir yg kmi sediakan..lps dia lpskn hajat dia adakah kaki dia akan trkena najis dn perlukah saya mncuci..sbb sy selalu rasa was was tentang najis yg ada pd kaki kucing dn dia berjln satu rmh..sy jd was2 tentang sah ka solat bila pikir lantai ada najis ka..jd solution dia saya selalu cuci kaki dia lps dia tunaikan hajat dia..boleh ka mcm tu ada kesan sampingan ka pd kucing..tq Dr..Assalamualaikum..

    1. waalaikum salam
      Terima kasih atas soalan yang diajukan.

      Pertama sekali ini soalan Cik ni melibatkan hukum, jadi saya tidak pasti sama ada saya cukup alim untuk menjawab persoalan Cik.
      Apapun sy cuba raikan soalan ini, mengikut apa yang saya tahu, walaubagaimanapun saya masih menyarankan Cik untuk memanjangkan hal ini kepada ustaz/ustazah yg lebih arif bab hukum.

      Secara lazimnya, kucing adalah sejenis haiwan yang pembersih, jadi kebiasaannya selepas mereka membuang najis baik kecil atau besar, mereka akan bersihkan dan cuba untuk tidak memijak najis tersebut. Sebab tu kita akan nampak dia akan duduk dan mula jilat tapak kaki mereka.
      Dan secara fitrahnya najis tidak berjangkit, maksudnya kalau najis tu terkena di tapak kaki, dan kucing itu telah membersihkan nakis di kaki tadi, maka sekiranya kucing tadi berjalan, kawasan yg dipijak tidak akan dijangkiti najis tersebut.
      Dalam Islam apabila sesuatu itu ada najis perlu ada salah satu daripada ciri berikut iaitu nampak(zahir), ada rasa atau ada bau, kalau ke tiga tiga tiada maksudnya bersihlah.
      Sbgi cth kalau kaki kucing terkena najis , nampak najis tu melekat dan dia jalan kesana kemari meninggalkan kesan, maka perlu dibersihkan , atau tiada kesan tadi berbau najis, masih perlu dibersihkan.

      Hal yg cik tanya, samalah isu nya ..perlukah kita samak jalan sebab ada anjing liar berkeliaran.

      Tapi kalau dengan menyucikan kaki kucing Cik dapat menghilangkan rasa was was, terpulang, setahu saya takde la kesan sampingan cuma mungkin kucing rasa tak selesa la.

      Apapun nasihat saya cuba dapatkan pandangan dari pada ustaz&ustazah, sebaiknya kita menjauhi rasa was was kerana macam yg kita maklum was was ini adalah bisikan. Maaf klu saya terlebih. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

      Harap penjelasan sya dapat membantu.

  5. Hi nak tanya ,kucing saya 4 bulan ,pertama kali bawak grooming ,lepas grooming dia tido spnjg hari dan tak aktif ,asik goyang2 telinga dia je..kenapa ya ?adakah itu normal bagi kucing yang pertama kali grooming ?
    Terima kasih doctor.

    1. Hi
      nak kata normal pun tak
      tak normal pun tak

      kalau awak baca post kat “perlukah untuk mandikan kucing?” awak akan faham kenapa dia tidur sepanjang hari

  6. Assalamualaikum Dr. Saya nak tanya.

    Boleh tak kita mandikan kucing betina selepas di-matingkan? Sebab melekat bau hamis kucing jantan dekat dia. Kucing betina saya jenis indoor dan tidak berkurung. Jadi bila dia nak bermanja, nak tidur sama dengan saya, saya jadi tak selesa sebab bau hamis kucing jantan ada pada dia.

    Mohon penjelasan, terima kasih Dr.

    1. Kucing demam tak perlu mandi.

      Kotor dia tu kotor macam mana?
      kalau kotor yg boleh menyebabkan maut boleh la mandikan

      maksud saya …
      mandikan kucing yg demam mungkin akan memudaratkan kesihatan kucing anda..
      tapi kalau anda rasa “kotor” di kucing anda tu lebih memudaratkan kesihatan kucing anda, serta membahayakan nyawa kucing anda maka boleh la kot rasanya mandikan kucing anda.

  7. Assalamualaikum dr…saya selalu mandikan kucing saya…kucing saya memang tido kat luar…aktif sangat sampai kadang suka masuk reban ayam…tu yang saya mandikan…ada kesan yang teruk x kalau saya kerap mandi kan seminggu sekali…

    1. waalaikumsalam

      bergantung kepada penerimaan dan daya tahan kucing anda, serta sejauh mana kucing anda mengadaptasi dengan rutin mandi setiap minggu

      tiada jawapan hitam putih untuk soalan anda

  8. Macam mana klu kucing terdedah dgn serangan ulat bulu dan bila kita pegang dia kita gatal akibat bulu ulat bulu yg melekat di badan kucing..kucing pon tekeruk keruk juga..

  9. Hi doc.. I nk tanya. Kucing I baru lepas keguguran n demam da sikit kebah. I nk mandi kan kucing I boleh ke? N I bagi kucing I makan vitamin b bukan untuk kucing. Adakah selamat untuk kucing demam I?

    1. I bagi kucing I makan vitamin b bukan untuk kucing. Adakah selamat untuk kucing demam I?
      — saya tak tahu sepatutnya awak lebih tahu, sebab awak yg buat keputusan di atas.
      saya tak tahu sbb saya tak tahu keadaan kucing awak, dan saya tak tahu vitamin b apa yg awak berikan.

      —- Kucing sakit tak perlu mandi.
      apa apalasan awak nak mandikan dia?
      sbb kotor / berbau?

      Kotor/berbau dia tu macam mana?
      kalau kotor/berbau yg boleh menyebabkan maut boleh la mandikan

      maksud saya …
      mandikan kucing yg sakit mungkin akan memudaratkan kesihatan kucing anda..
      tapi kalau anda rasa “kotor/berbau” di kucing anda tu lebih memudaratkan kesihatan dia, serta membahayakan nyawa dia, maka boleh la kot rasanya mandikan kucing anda.

  10. Assalamualaikum dr. Kucing saya semalam tiba-tiba hidung berdarah tapi sikit je. Pastu saya perasan jugak selalu dengan dia mcm berhingus. Ada benda dalam hidung dia ke doc?

  11. Assalamualaikun Dr., anak kucing yang baru lahir kalau x dapat susu ibunya boleh meninggal ke?

    1. Waalaikumsalam

      Boleh dan tak…

      Boleh meninggal kalau…
      — dah memang sakit
      — dah ajal dia
      — x dapat susu ibu dan langsung tak dapat susu gantian… maksudnya biar je berlapar .. maka boleh lah meninngal

      Tidak meninggal jika
      — ajal masih panjang
      — dia sihat dan diberikan susu gantian dan tidak berlapar

  12. Dr…kucing sy sakit dia x dpt nk uruskn bdn dia,blh ke? Dlm keadaan sakit sy mandikn dia sbb bebau busuk,sy dh bw jumpat vet

    1. Kucing demam tak perlu mandi.

      bau busuk tu busuk yg macam mana?
      kalau busuk tu boleh memudaratkan nyawa dan keselesaan dia boleh lah mandikan

      maksud saya …
      mandikan kucing yg demam mungkin akan memudaratkan kesihatan kucing anda..
      tapi kalau anda rasa “bau busuk” di kucing anda tu lebih memudaratkan kesihatan kucing anda, serta membahayakan nyawa kucing anda seperti di hurung semuat atau lalat maka boleh la kot rasanya mandikan kucing anda.

      atau pun alternative lain , lap lah badan dia ~ tak perlu mandi

  13. assalamualaikum doktor,, seawal umur berapa boleh mandikan kucing? sbb anak2 kucing yg umur sebulan tu dh busuk bau air kencing dia je.. mohon penjelasan, terima kasih

    1. waalaikumsalam
      dalam 2 bulan dah boleh mandi jika keadaan mendesak dan kritikal untuk di mandikan.
      jika tidak tak perlu.

      Haha dia main air kencing dia la tu .. sediakan bekas kencing and ajar dia org guna toilet pasir,selesai masalah … kalau tak dia kencing kat bekas makanan atau kat mana mana pastu dia main kat situ juga

  14. Encik, kucing saya sakit tapi dah pi check vet dan dia kata ada masalah ulser.. Sebelum ni kucing saya selalu tido ja, makan taknak minum taknak, grooming pun tak so badan dia dah start berbau busuk.. Tpi sekrang kucing saya dah boleh jalan merata pstu dah start grooming.. Tapi makan still tak lalu.. Dh mcm2 jenis makanan saya bagi tpi dia still taknak.. Kalau bagi pun dia makan sikit Sgt laa.. Adakah kucing saya still sakit ulser atau ada penyakit lain? Dan satu lagi boleh tak kalau saya mandi kan kucing saya yg sedang sakit??

    1. Adakah kucing saya still sakit ulser atau ada penyakit lain?
      —- saya tiada jawapan, sila bawa ke vet untuk pemeriksaaan susulan

      Dan satu lagi boleh tak kalau saya mandi kan kucing saya yg sedang sakit?
      —- Kucing sakit tak perlu mandi.
      apa apalasan awak nak mandikan dia?
      sbb kotor / berbau?

      Kotor/berbau dia tu macam mana?
      kalau kotor/berbau yg boleh menyebabkan maut boleh la mandikan

      maksud saya …
      mandikan kucing yg sakit mungkin akan memudaratkan kesihatan kucing anda..
      tapi kalau anda rasa “kotor/berbau” di kucing anda tu lebih memudaratkan kesihatan dia, serta membahayakan nyawa dia, maka boleh la kot rasanya mandikan kucing anda.

  15. hi doktor kucing, kucing ni liar, kucing saya jenis dduk di luar rumah and selalu tangkap mende yang x elok macam,cicak,belalang dan sebagainya, bukan sekadar tangkap but dia makan, apa patut saya buat?

    1. Hi ….
      terima kasih kerana singgah di sini.

      mmm maksud awak kucing awak ni jenis liar duduk di luar rumah ?
      actually takde apa yg awak boleh buat ttg habit dia tu dah nature dia, yang awak boleh buat adalah sentiasa pantau kesihatan dia,kalau ada yg tak normal bawa ke vet untuk pemeriksaan. Pastikan awak mengamalkan pemberian ubat cacing kepada kucing anda.

Leave a Reply to syaf Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *