RINGWORM ….. CACING ATAU FUNGUS??

“RINGWORM” merupakan penyakit kulit yang sangat biasa (common) pada kucing tidak kira….
-USIA………..anak kucing atau kucing dewasa
-JANTINA…..jantan atau betina
-BAKA……….semua baka perisan, BSH, local, dan yg lain-lain
.
APAKAH PENYEBAB RINGWORM?

“RINGWORM” adalah penyakit yang disebabkan FUNGUS yang dikenali sebagai Microsporum Canis. Selain M.canis ada juga beberapa fungus lain. 
Umumnya dikenali sebagai RINGWORM 🙂

Maknanya RINGWORM adalah fungus BUKAN cacing?

Ye betul..
Ramai yang salah anggap RINGWORM adalah sejenis cacing.
TIDAK …. ia adalah penyakit kulit disebabkan FUNGUS dan bukan CACING.

dan perlu diingatkan RINGWORM adalah penyakit ZOONOTIK
mmmm apa maksud ZOONOTIK?

Penyakit ZOONOTIK bermaksud penyakit ini juga boleh menjangkiti manusia.
Ye maksudnya awak, saya dan kita semua boleh dijangkiti RINGWORM, 
jadi jangan lupa basuh tangan bersih-bersih selepas pegang kucing yang ada masalah fungus.

MACAM MANA IA DIJANGKITI atau MEREBAK?
RINGWORM adalah penyakit kulit yang berjangkit. Ini bererti kucing A boleh menjangkiti kucing B melalui sentuhan.

Seperti yang kita sedia maklum cara fungus merebak adalah dengan menyebarkan spora/spore mereka. Jadi spore ini boleh merebak kepada manusia, kucing atau objek lain melalui sentuhan. Kemudian ia akan kekal dipermukaan tersebut dalam tempoh agak lama hingga beberapa bulan.
Tidak semua individeu yang terkena atau dijangkiti spora fungus tadi akan berakhir dengan penyakit kulit. Kulit mepunyai pertahanan sendiri yang boleh menghalang dari kemasukkan spore. Tetapi apavila kulit luka spore tadi akan masuk kedalam kulit dan mula bercambah menjadi masalah.

jadi lebih kurang macam tu lah ceritanya 
ni lebih kurang macam benih la… jatuh kat tanah kadang tu tumbuh jadi pokok kadang tu tak jadi apa 
Jadi bila client tanya macam mana dapat fungus, kucing i tak pernah keluar … adakalanya susah juga nak explain, nanti kata environement takut salah faham ingat saya kata rumah dia tak berapa nak bersih.
Tapi hakikatnya itulah…sbb spore ni halus …boleh melekat sana sini

– mungkin kat seluar/kain baju kita … kat kedai tadi ada kucing liar gesel gesl kat kaki kita..pastu balik rumah kucing kita pulak sambut kita geselkan badan dia kat kaki kita

– dari brush , sikat dan yang sewaktu dengannya …. sebab tu penting lepas guna peralatan grooming basuh dan disinfect sebelum guna pada kucing seterusnya

– angin … tiup …

– dan banyak lagi lah yg boleh kita fikirkan … cage , pet taxi

PENGESAHAN RINGWORM MENGGUNAKAN KAEDAH WOODS LAMP

MACAM MANA NAK KENAL?

ni pun tricky juga …
ramai yang confuse antara KURAP (MANGE) dengan FUNGUS

KURAP sakit kulit disebabkan oleh EKTO PARASIT – sejenis hama 
TANDA- biasanya di telinga…tepi telinga biasanya mengerutu

FUNGUS sakit kulit yg disebabkan oleh PARASIT FUNGUS
TANDA – biasanya muka hujung kaki , tapi boleh naik keseluruh badan … biasanya dia berpatches, dan boleh kopek,cabut bulu tu…

ok 
dah kenal 
dah tahu
tahu macam mana merebak
tahu rupa dia macam mana 
next?
nak rawat

TENTUNYA saya akan kata pergilah bawa berkunjung ke VET BERTAULIAH yang berhampiran sebab takut nanti anda tersalah diagnos!!

salah diagnos — salah buat rawatan — keadaan melarat –sudahnya bil bertambah mahal

so jadilah pengguna bijak

TIADA injection/suntikan untuk merawat masalah ini

RAWATAN yang berkesan adalah kombinasi ubat makan, ubat sapu dan mandian syampu fungus

Nota : 
1- gambar dibawah perlu disorokkan muka untuk menjaga airmuka pesakit 
2- ini gambar kucing yang sama dalam post sebelumnya

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *