June 24

Exotic Shorthair

Exotic Shorthair

Exotic Shorthair, adalah kucing berbaka tulen yang berbulu pendek. Baka ini terhasil dari beberapa generasi baka
Persian, yang mengalami anomali bulu pendek, ada juga info yang mengatakan ia terhasil apabila baka Persian dikacukkan dengan American Shorthair. Disebabkan itu dia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Persian.
Exotic

Ciri-ciri Exotic Short Hair yang lain…..

Kepala: 
Muka yang bulat dan kecil dengan telinga yang kecil dan jauh dari satu sama lain. Matanya bulat dan ke dalam. Warna mata mengikut spesifikasi warna kot.
Bulu: 
Pendek dan tebal.
Badan: 
Mempunyai badan yang kecil tetapi gebu. Ekornya pendek.

Exotic

Exotic kittens
June 20

Balinese

Balinese

Baka Balinese  adalah baka kucing
Siamese yang terdapat penambahan gen bulu panjang. Disebabkan mereka mempunyai
bulu panjang yang diingini ramai pemilik kucing, mereka menjadi sangat popular
di barat.
Kucing ini mempunyai ciri-ciri, yang kurang bising dan nakal
bila dibandingkan dengan saudara terdekat mereka iaitu baka Siamese. 
Mesmereyes Exit 

Kepala: 
Mempunyai muka yang panjang dan tirus seperti segi tiga dengan leher yang jinjang. Hidungnya lurus ke bawah. Baka ini mempunyai telinga besar, tirus dan jauh dari satu sama lain. Bentuk matanya bujur dan bewarna biru nilam.
Bulu:
Panjang, licin dan halus. Kot di muka, telinga, ekor dan kaki mempunyai warna yang gelap.
Badan: 
Badannya kurus dan panjang dengan kaki yang panjang dan elegan. Ekornya panjang, lurus dan tirus di hujungnya.