4 July 2014

KUCING MONGREL BERBULU PENDEK atau DSH

KUCING DOMESTIC SHORT HAIR 

Kucing Domestic Short Hair atau lebih dikenali dengan singkatannya DSH, merujuk kepada kucing MONGREL yang berbulu pendek.

DSH merupakan populasi terbesar di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua kucing yang ada diluar sana atau juga yang berada dirumah anda adalah kucing DSH.

Ia hadir dalam pelbagai warna  Tabby, Ginger, Solid Black, Solid White , Blue, Colour Point, Calico dan banyak lagi.

                                          CHOKE , mongrel DSH yang berwarna Tabby


    KITTY , mongrel DSH betina

 Ciri-ciri  kucing DSH;

  • Berbulu pendek
  • Hadir dalam pelbagai
    warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif
  • Berbadan sederhana
Kalau sesetengah pemilik kucing berbangga mereka memilik British Short Hair atau American Short Hair, anda sepatutnya tidak perlu rasa rendah kerana anda memiliki kucing DSH. Ini kerana DSH bermakna Domestic Short Hair…… nampak tak persamaan “Short Hair” ?
Jadi hentikanlah sikap menyisihkan kucing DSH anda 
Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
3 July 2014

KUCING MONGREL BERBULU PANJANG atau DLH

DOMESTIC LONG HAIR
Kucing Mongrel (baka tempatan) di kenali sebagai Domestic Long Hair atau singkatannya DLH.

Kucing DLH sering dianggap sebagai baka Parsi kacukan (Persian Cross) oleh catlover atau pemilik kucing di Malaysia, ini kerana kucing DLH mempunyai bulu yang sederhan panjang.

Bulu  kucing DLH adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan kucing yang berbulu pendek, tetapi lebih penderk dari kucing berbaka Persian.

Tidak dinafikan, kucing DLH ini mungkin mempunyai kacukan baka kucing Persian, namun saya tidak dapat memastikan perkara itu.

Oleh itu mereka dikategorikan sebagai kucing Mongrel atau DLH

  • BABY merupakan mongrel DLH yang terhasil dari kacukan antara kucing jantan yang mempunyai campuran antara Siamese x Perisna dan betina campuran Perian x Mongrel
  • BABY mempunyai warna Colour Point.
Ciri-ciri  kucing DLH;

  • Berbulu panjang berbanding DSH, tetapi tidak kembang seperti baka Parsi
  • Bentuk kepala seperti kucing domestic, dab vberbadan sederhana.
  • Hadir dalam pelbagai warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif 

  • TIGER , merupakan mongrel DSH , Ginger Tabby
  • TIGER merupakan kucing jalanan yang di ambil oleh Puan Norliza, kini umur TIGER hampir 8 tahun sama dengan usia klinik saya 
  • walaupun Tiger merupakan kucing yang dikutip di tepi jalan, dan pada ketika itu keadaannya agak teruk dan comot, namun kini Tiger merupakan kucing yang comel dan “semangat”. Ini membuktikan kucing baka apapun kalau dijaga dengan baik pasti ia akan kelihatan cantik, sihat dan comel.

Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female
Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female

         

12 June 2014

BAKA TULEN BERBULU SEDERHANA PANJANG

BAKA BERBULU SEDERHANA PANJANG

Kucing berbulu sederhana panjang sebenarnya adalah kucing berbulu panjang, cuma bulunya tidak sepanjang dan sekembang kucing yang dikategorikan sebagai bulu panjang. Baka kucing berbulu sederhana panjang ini biasanya terhasil dari kacukkan  dua baka asal, yang kemudiannya telah di daftarkan sebagai baka baru.

Dan kedua dua baka ini kadangkala boleh juga dijumpai dalam keadaan berbulu pendek.

Kedua-dua baka tulen ini diberi nama sempana keunikkan bentuk telinga mereka iaitu;

  • Cuping telinga berlipat bagi Scottish Fold
  • Cuping telinga melengkung bagi American Curl

 

11 June 2014

BAKA TULEN BERBULU PANJANG

BAKA TULEN BERBULU PANJANG
Sejarah:

  • Ia mula dilihat di Eropah seawall abad ke 16
  • Antara baka yang terawal adalah Turkish Angora yang dinamakan senmpena sebah bandar di turki (Bandar Ankhara).
  • Kucing Parsi berasal dari negara Parsi, ia mulanya di import ke Itali pada tahun 1620an, kemudian dibawa dari Turki ke Perancis dan seterusnya ke Britain
  • Fakta
  • Kucing berbulu panjang mewarisi bulu panjang melalui gen resesif , ini bermakna kedua ibu dan bapa kucing tersebut perlu berbulu panjang untung menghasilkan anak kucing berbulu panjang.
  • Kelebihan:
  • Mempunyai sikap yang baik, manja dan tidak lasak.
  • Mudah dibelai dan disentuh
  • Sesuai untuk mereka yang inginkan kucing didalam rumah.
  • Kekurangan:
  • Bulu perlu disikat setiap hari bagi memastikan ia tidak bergumpal.
  • Perlu penjagaan bulu yang rapi
  • Tidak sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja
BERIKUT ADALAH  SENARAI NAMA 
BAKA TULEN YANG BERBULU PANJANG
untuk mengetahui  lebih lanjut klik pada nama baka 

Maine Coon

Norweigen Forest Cat

Himalayan

Birman

Ragdoll

Turkish Angora
sekiranya BAKA TULEN yang anda minati tidak tersenarai 
sila tinggalkan COMMENT 
saya akan cuba memasukan entri untuk baka tersebut 
7 June 2014

PERBEZAAN ANTARA SPESIS DAN BAKA

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIS?
 DAN APA PULA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAKA?
PERBEZAAN DI ANTARA SPESIS DAN BAKA

SPESIS? BAKA? pastinya anda sering bertembung dengan perkataan-perkataan ini.
Berdasarkan pengalaman saya, masih ramai di luar sana yang keliru dengan istilah “SPESIS” dan “BAKA“, sering kali saya di tanya ” Apa spesis kucing saya ni Doktor? 
Soalan yang sepatutnya adalah ” Apa baka kucing saya ni Doktor? “

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, adalah lebih baik saya jelaskan apakah yang dimaksudkan tentang SPESIS dan BAKA. 

Untuk makluman anda;

Spesis (Species)  merujuk kepada jenis, dan secara saintifiknya specis mewakili pecahan yang lebih kecil dari kumpulan genus yang sama.

Dalam perubatan veterinar kumpulan haiwan di bahagikan mengikut spesis sebagai contoh;

    • Kuda                        Equine 
    • Lembu                      Bovine 
    • Kambing Biri-biri      Ovine
    • Kambing                  Caprine
    • Anjing                      Canine
    • Kucing                     Feline
    • Arnab                      Laprine

Baka ( breed ) pula merjuk kepada spesifik kumpulan haiwan (atau tumbuhan) dari spesis yang sama dan mempunyai persamaan homogenes dari segi fizikal, bentuk, rupa , warna, tingkah laku, dan ciri-ciri tertentu yang sama.

Sebagai contoh;

    • Baka Parsian (Parsi)  berbulu panjang dan bemuka pesek
    • Baka American Curl mempunyai ciri telinga yang bergulung 
    • Baka Sphnx mempunyai bulu yang sangat halus hampir tidak nampak

Saya harap kini anda dapat nampak perbezaan antara spesis dan baka.
**Bagi yang kurang jelas,  saya bagi contoh kenderaan, anda boleh anggap jenis kenderaan seperti lori, kereta atau van sebagai spesis dan model setiap kenderaan tersebut adalah baka. 

Kini penggemar kucing di Malaysia mula didedahkan dengan pelbagai baka kucing, berbanding 10 tahun dahulu. Kalau dahulu kita sering mendengar nama baka seperti Persian dan Siamese, kini masyarakat mula familiar dengan baka-baka seperti British Short Hair, Maine Coone, dan Bengal.

 Walaupun telah dijelaskan baka merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai persamaan dari segi fizikal, bentuk, rupa dan warna, namun tidak bererti penentuan baka di tentukan dari segi warna atau ciri fizikal semata-mata.
Penentuan baka ditentukan oleh genetik yang di pindahkan daripada induk kepada anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan dari induk dari baka yang sama di kenali baka tulen.

Berdasarkan pengalaman saya, ramai pemilik kucing yang masih keliru dalam penentuan baka. Mereka menentukan baka kucing mereka berdasarakan ciri fizikal semata-mata.
Secara mudahnya tidak semua kucing berbulu panjang adalah “Persian” dan tidak semua yang berbulu pendek itu “kucing kampung atau domestik”.
Yang lebih menyedihkan apabila ada di antara penggemar kucing terutama yang baru ingin membela haiwan berbulu ini menjadi mangsa penipuan. Seringkali saya berhadapan dengan situasi begini, pemilik begitu teruja menceritakan baka kucing yang baru dibeli, tetapi apabila saya memeriksa ia bukanlah dari baka yang dimaksudkan .

Sebagai contoh;

    • Kucing bewarna Blue (Kelabu) 
      • Walaupun ciri-ciri kucing berbaka Korat  adalah Solid Blue tetapi ini TIDAK bererti semua kucing bewarna Solid Blue adalah Korat. Perlu dipertimbangkan ciri-ciri lain, bentuk muka, bulu mata dan sebagainya.
    • Kucing berbulu panjang 
      • Walaupun kucing Persian adalah kucing yang berbulu panjang, tetapi tidak bererti semua kucing yang berbulu panjang adalah persian, mereka mungkin Domesting Long Hair, Birman, Ragdoll

Harapnya kini anda lebih jelas, apakah yang dimaksudkan dengan baka dan penentuan baka.
**Bagi yang kurang jelas,  saya bagi contoh kenderaan, kalau tadi saya katakan spesis merujuk kepada kereta, dan model kereta merujuk kepada baka. Perumpamaanya seperti  2 kereta nampak sama dari segi warna, bentuk dan saiz tidak semestinya dari model yang sama.

TIPS & NASIHAT Sebagai penggemar haiwan berbulu ini, sama ada anda adalah pemilik atau bakal pemilik, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengetahui baka kucing anda.

Bagi yang telah menjadi pemilik, mengetahui baka kucing anda membantu anda lebih memahami keperluan serta kehendak kucing anda. Anda akan memahami sifat dan sikap peribadi kucing anda ini kerana setiap baka mempunyai ciri dan sifat tersendiri.
Sebagai contoh kucing Persian lebih suka dipegang dan dibelai berbanding kucing Bengal.

Bagi mereka yang baru ingin membeli kucing, mengetahui baka kucing membantu anda membuat pilihan baka apakah yang sesuai dengan anda. Bukan itu sahaja ia mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan.

Saya menegaskan hal ini kerana, saya sedih apabila melihat sesetengah penjual kucing atau “breeder” yang tidak bertanggungjawab, dengan mudah mengambil kesempatan di atas kekeliruan ini. Mereka dengan mudah meletakkan harga tinggi dengan alasan kononnya kucing tersebut berbaka “A” sedangkan kucing tersebut berbaka biasa atau yang telah dikacukkan.

5 June 2014

Felidae –

Felidae merujuk kepada keluarga biologi kucing; ahli keluarga ini dipanggil felid.

Kucing domestik merupakan felid yang paling banyak, dan mempunyai kaitan dengan manusia sejak kira-kira 10,000 tahun yang lalu. Selain kucing domestik, felidae terdiri dari keluarga lain, termasuk semua kucing liar lain dan kucing besar.

original source : http://naroclie.deviantart.com/art/Felidae-154416277
original source : http://naroclie.deviantart.com/art/Felidae-154416277
3 June 2014

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU bahg 1

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU

Apakah yang menjadikan kucing Pemburu Professional?
1. Sebagai haiwan karnivor yang makan daging, memburu merupakan ciri semulajadi haiwan karnivor untuk mendapatkan sumber makanan.
2. Sebagai haiwan pemangsa yang mencari mangsa, kucing struktur badan yang istemewa membolehkan mereka menjadi pemburu yang cekap.

Antara ciri-cirinya yanga ada pada kucing yang menjadikan mereka pemburu ideal;
1. Tindakan reflex yang cepat dan tangkas
2. Kuku yang tajam dan mencengkam
3. Gigi yang tajam
4. Mempunyai pendengaran yang hebat -Kucing boleh mendengar bunyi yang dihasilkan dari nada frekuensi yang rendah dan tinggi berbanding tahap pendengaran manusia
5. Mempunyai penglihatan yang tajam – Mereka boleh melihat dildalam keadaan yang gelap atau malap
6. Mereka mempunyai deria bau yang agak tajam

Walaupun kini kucing telah dijinakkan dan diberikan makanan yang sewajarnya, namun sifat semulajadi sebagai pemburu masih tebal dalam diri mereka.

Sifat dan kebolehan memburu ini diajar dan dilatih, oleh ibu kucing kepada anaknya secara tidak langsung.
Anak-anak kucing belajar melalui pemerhatian dan tingkah laku ibu mereka. Dan berlatih ketika bermain dan bergurau sesama mereka. Kerana itulah anda sering melihat kucing akan menerkam dan mengigit adik-beradiknya yang lain.

Jadi tidak hairanlah jika si comel anda yang bermain di luar kawasan rumah sering membawa pulang hasil tangkapan mereka seperti burung atau juga tikus.Bagi kucing yang dibela sepenuhnya di dalam rumah, senario si comel cuba menangkap cicak dan lipas adalah perkara biasa.

Disebabkan sifat semulajadi inilah barang permainan si comel juga direka bersesuaian dengan sifat memburu si comel.