December 15

Tanda-tanda awal Kucing anda ada masalah kencing

Apakah tanda-tanda awal kucing anda ada menghadapi masalah tidak boleh kencing?

Biasanya kucing akan kelihatan murung dan tidak bermaya serta tidak selesa.

Bagaimana perasaan anda apabila terpaksa tahan kencing/buang air kecil? pastinya sakit dan tidak selesa bukan? Sama jugalah seperti kucing, bezanya mereak tidak menahan untuk kencing tetapi mereka cuba kencing tapi saluran kencing tersumbat menyebabkan mereka tidak boleh kencing.

Kucing akan berasa lemah terutama lemah kaki belakang, ini kerana kucing cuba sedaya upaya mereka untuk meneran agar air kencing keluar tetapi tidak berjaya. Oleh kerana kucing meneran menggunakan kaki belakang maka kaki belakang mereka keletihan dan menjadi lemah, dalam sesetengah kes, kucing tidak lagi bermaya untuk berdiri.

So kepada #pemilikkucing terutama anda yang mempunyai kucing jantan please…please and please… jangan terlepas pandang tanda tanda awal kucing yg berpotensi untuk berhadapan dengan masalah batu karang / tak boleh kencing.

kucing anda mungkin berisiko apabila….
1. kerap masuk dan keluar “litter box” atau kerap ke tandas
2. suka menjilat penis/organ jantan/tempat keluar air kencing
3. kucing anda meneran setiap kali ingin membuang
4. kelihatan air kencing yang pekat dan kemerah-merahan
5. mengiau seperti kesakitan bila nak kencing

ingat lebih dari 3 hari kucing tidak kencing ia boleh membawa kepada kematian.

10542880_1493733064230865_8751415166304564373_n

October 26

Dari Fail Kes- Buli Kucing Getah di Pergelangan Kaki Kucing

Kucing membuli? Mungkin juga kot…..
Tapi yang lebih teruk apabila manusia membuli haiwan….
Dalam konteks ni perkataan yang lebih sesuai adalah “penganiayaan haiwan”.

Kadang2 perbuatan ini dilakukan oleh segelintir kanak-kanak nakal yang tidak berfikir panjang akan kesan dan akibat perbuatan mereka. Oleh itu sebagai orang dewasa kita perlu mendidik dan menerangkan kepada mereka agar mereka jelas dan faham.

Sepanjang bertugas sebagai Vet hampir 10 tahun, ini kali ke 2 saya menerima kes yang serupa. Pada 20 Okt yang lalu, kucing yang kemudiannya diberi nama “Kechik” di bawa ke klinik atas alasan kaki bengkak.

Menurut yang membawanya, kucing ini berkeliaran di kawasan kejirannya, dan diberi makan oleh jiran tetangga di kawasan tersebut. Beliau yang pulang hujung minggu pada ketika itu, di minta oleh jirannya untuk melihat keadaan kucing tersebut.

Dengan rasa tanggungjawab, walaupun kucing tersebut bukan kucing beliau, Kechik di bawa ke klinik saya di Shah Alam. Selepas melihat luka saya memaklumkan kepada beliau luka di kaki tersebut sudah pun ada ulat maggot.

Semasa cuba membersihkan luka di kaki Kechik, saya sangat terperanjat bila mendapati “getah pengikat barang” (rubberband) terlilit di celah luka tersebut. astaghfirullah…..Tidak dapat bayangkan kesakitan yang di alami oleh Kechik,

Pemeriksaan lanjut dijalankan,bahagian hujung kaki Kechik sudah tidak memberi respon kepada ujian saraf yang dijalankan. Patutlah semasa menanggalkan getah tersebut Kechik sangat bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kechik bernasib baik kerana ada insan yang bertanggungjawab dan bersetuju untuk membiayai kos rawatan serta mengambilnya sebagai haiwan peliharaannya. Sewaktu datang untuk rawatan susulan, pemilik Kechik memaklumkan kepada saya, kucing jiran beliau hampir lemas kerana ada orang yang tidak bertanggung jawab mengikat plastik di kepala kucing jirannya.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni, sudah hilangkah perikemanusiaan dan rasa ihsan dalam diri?
Kepada pemilik di luar sana jangan abaikan keselamatan kucing anda. Mereka adalah amanah kita, sebaik sahaja kita bersetuju untuk menjaga mereka. Ia adalah satu amanah.
10385491_1497853517152153_3509259138440778081_n

August 29

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Ingat lagi tak pada cerita kutu atau flea yang ada pada badan kucing?
Mengawal kutu atau memasatikan kucing anda BEBAS KUTU adalah sangat penting.

Selain daripada untuk memastikan kesihatan bulu kucing, tahukah anda kutu/flea kucing boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain?

Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.

Selain itu kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu. Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.

Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing. Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

10385391_1497866013817570_1499354778243184563_n