December 15

Tanda-tanda awal Kucing anda ada masalah kencing

Apakah tanda-tanda awal kucing anda ada menghadapi masalah tidak boleh kencing?

Biasanya kucing akan kelihatan murung dan tidak bermaya serta tidak selesa.

Bagaimana perasaan anda apabila terpaksa tahan kencing/buang air kecil? pastinya sakit dan tidak selesa bukan? Sama jugalah seperti kucing, bezanya mereak tidak menahan untuk kencing tetapi mereka cuba kencing tapi saluran kencing tersumbat menyebabkan mereka tidak boleh kencing.

Kucing akan berasa lemah terutama lemah kaki belakang, ini kerana kucing cuba sedaya upaya mereka untuk meneran agar air kencing keluar tetapi tidak berjaya. Oleh kerana kucing meneran menggunakan kaki belakang maka kaki belakang mereka keletihan dan menjadi lemah, dalam sesetengah kes, kucing tidak lagi bermaya untuk berdiri.

So kepada #pemilikkucing terutama anda yang mempunyai kucing jantan please…please and please… jangan terlepas pandang tanda tanda awal kucing yg berpotensi untuk berhadapan dengan masalah batu karang / tak boleh kencing.

kucing anda mungkin berisiko apabila….
1. kerap masuk dan keluar “litter box” atau kerap ke tandas
2. suka menjilat penis/organ jantan/tempat keluar air kencing
3. kucing anda meneran setiap kali ingin membuang
4. kelihatan air kencing yang pekat dan kemerah-merahan
5. mengiau seperti kesakitan bila nak kencing

ingat lebih dari 3 hari kucing tidak kencing ia boleh membawa kepada kematian.

10542880_1493733064230865_8751415166304564373_n

October 31

Kaitan antara Halloween – Kucing Hitam dan Ahli Sihir

Kaitan antara Halloween – Kucing Hitam dan Ahli Sihir

Sana sini orang update fasal halloween – tentunya sy takla merayakan sambutan tersebut

Tapi bila bercakap fasal halloween… pasti akan dikaitkan dengan “witch” atau magic tul tak?
Pastu bila cakap fasal witch atau magic terkait la dengan kucing hitam!

Hinggakan ada segelintir orang yang percaya bahawa kucing hitam adalah kucing yang jahat, malah lebih teruk ada yang beranggapan kucing hitam membawa s**l, atau nasib yg malang.

Sejauh mana kebenaran kepercayaan tersebut saya tidak pasti, bagi saya ia semua karut. Anggapan ini mungkin disebabkan kucing hitam sering dikaitkan dengan cerita ahli sihir. Ini kerana boleh kebanyakkan cerita berkaitan ahli sihir, melibatkan kucing bewarna hitam.

Sebagai contoh, ingat tak cerita “Sabrina the teenage witch”?
Dalam cerita tu kan kucing dia Salem tu warna hitam. Malah ramai juga pemilik kucing yang berwarna hitam menamakan kucing mereka dengan nama “Salem”

Tadi sewaktu membuat sedikit tugasan diinternet, saya trnampak gambar ni …
Comel sangat sbb tu saya save dan share kan di sini.
Apapun walaupun comel, tapi harapan sy moga Felix tidak bertukar menjadi si comel ini haha…mintak jauh
10343037_1492035304400641_1092846313407419971_n

October 22

Susu Punca Kucing Cirit Birit!

Susu Punca Kucing Cirit Birit! Betulke?
=======================================

Kucing sering dikaitkan dengan susu..
Seolah-olah kucing suka minum susu? Betulke?

Pendapat saya, kucing domestik(belaan) sahaja yg suka susu mungkin pada awalnya susu diberikan sebagai sumber protein (mungkin juga kalsium) tambahan pada kucing, ini kerana sifat semulajadinya sebagai haiwan karnivor (haiwan pedaging).

Sebab kalau ikut logik kalau kucing liar atau kucing terbiar, mana pulak dia nak dapat susu betul tak? Tapi untuk “big cat” atau “wild cat” di luar sana mereka dapat sumber protein tambahan dari tulang temulang mangsa mereka, tambahan pula mereka memang makan daging sahaja.

Tapi katakan lah sebagai pemilik kucing anda tetap ingin memberikan susu kepada kucing anda. Tak menjadi masalah tetapi anda perlu tahu bahawa pemilihan susu kucing yang betul amat penting!

JANGAN berikan susu full cream , susu pekat dan yang sewaktu denganya (yang manusia punya) kepada kucing anda
JANGAN berikan susu kucing dewasa kepada anak kucing yang baru lahir (sekurang kurangnya yang berumur kurang dari 6 minggu)
Kenapa? Nanti saya akan terangakan.

Jika anda ingin memberikan susu kepada kucing anda pastikan ia adalah khas untuk kucing atau yang tertulis (atau dilebelkan) “free lactose” ini kerana kucing (sama seperti manusia) kadang-kadang mempunyai masalah “lactose intolerance”.

Apa maknanya tu?
Macamni, “lactose intolerance” ni maksudnya kucing tidak boleh bertolak ansur atau tidak boleh menerima kandungan lactose. Ini disebabkan ketidakhadiran (tiada) enzim untuk mencernakan lactose dalam badan kucing. Akibatnya kucing akan cirit birit!

Sama juga dengan manusia, saya pasti ada di antara anda yang tidak boleh minum susu, di mana kalau anda minum susu anda akan mengalami cirit birit, dan Doktor menasihatkan agar anda tidak “consume any dairy product”.

Tidak dinafikan ada di antara anda akan berkata, kucing saya minum “Full Cream” ok je … tak cirit pun dah bertahun.. Betul tak dinafikan. Alhamdulillah lah kalau kucing anda tidak sensitif. Kerana ini bersifat individu. Tapi tidak mustahil ia akan meninggalkan kesan sampingan di masa akan datang.

Sebab tu di dalam bilik konsultasi saya, saya tidak menggalakkan pemilik memberi susu kepada anak kucing atau kucing yang sedang sakit, kerana ini mungkin memudaratkan lagi keadaan kucing yang sedang sakit.

Bagi anak kucing terutama yang kematian ibu atau ditinggalkan ibunya, berikan susu khas untuk anak kucing. Lebik baik kalau di beri susu yang mengandungi kolustrum ibu. Biasanya akan dilabel sebagai “Milk Replacer”. Kalau saya, saya sering menggunakan susu “Milkodog”.

Memberi susu kucing dewasa kepada nak kucing, samalah juga seperti anda memberi susu yang anda minum kepada bayi anda. Tentulah ia tidak sesuai dan memudaratkan bayi anda bukan? Sama juga dalam kes kucing.

Jadi berhati-hatilah dalam memberi susu kepada kucing anda.

Di sini saya sharekan gambar susu whiskas ni …. cool kan packaging nye ? Saya pun tak sure sama ada di Malaysia dah ada ke tidak susu ni. Gambar ni diambil semasa di London

10422320_1502017010069137_4517453228363347017_n

August 29

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Ingat lagi tak pada cerita kutu atau flea yang ada pada badan kucing?
Mengawal kutu atau memasatikan kucing anda BEBAS KUTU adalah sangat penting.

Selain daripada untuk memastikan kesihatan bulu kucing, tahukah anda kutu/flea kucing boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain?

Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.

Selain itu kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu. Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.

Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing. Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

10385391_1497866013817570_1499354778243184563_n

June 24

Exotic Shorthair

Exotic Shorthair

Exotic Shorthair, adalah kucing berbaka tulen yang berbulu pendek. Baka ini terhasil dari beberapa generasi baka
Persian, yang mengalami anomali bulu pendek, ada juga info yang mengatakan ia terhasil apabila baka Persian dikacukkan dengan American Shorthair. Disebabkan itu dia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Persian.
Exotic

Ciri-ciri Exotic Short Hair yang lain…..

Kepala: 
Muka yang bulat dan kecil dengan telinga yang kecil dan jauh dari satu sama lain. Matanya bulat dan ke dalam. Warna mata mengikut spesifikasi warna kot.
Bulu: 
Pendek dan tebal.
Badan: 
Mempunyai badan yang kecil tetapi gebu. Ekornya pendek.

Exotic

Exotic kittens