8 June 2014

MENGENALI BAKA KUCING

MENGENALI BAKA KUCING

Kalau semalam saya bercerita tentang perbezaan di antara spesis dan baka, harini saya akan fokuskan pada baka sahaja.
Pastinya anda pernah dengar perkataan seperti “baka tulen/pure breed”, “baka kacukan/cross breed” atau mungkin “pedigree”.
Bagaimana pula dengan perkataan “mongrel”? Saya yakin hanya segelintir sahaja diantara kita yang pernah dengar atau gunakan perkataan “mongrel” kerana kita lebih selesa dengan istilah kucing domestik atau kucing kampung.

Sebenatnya terdapat berpuluh-puluh mungkin ratus jenis baka kucing di seluruh dunia, tetapi tidak semua baka-baka ini berdaftar dan diiktiraf.

Secara amnya baka kucing terbahagi kepada 2 pecahan, iaitu baka MONGREL dan baka TULEN.

PENTING KE UNTUK MENGETAHUI BAKA KUCING?

Seperti yang saya jelaskan semalam, mengenali baka kucing membantu anda untuk mengenali kucing anda dengan lebih rapat, ini kerana ada baka tetrtentu yang mempunyai ciri dan sifat individu yang berbeza dengan baka lain.


Selain itu, dengan mengetahu sedikit sabanyak mengenai baka kucing membantu anda untuk memilih kucing yang sesuai dengan kehidupan dan keperluan anda. Dengan ini hubungan diantara pemilik dan haiwan kesayangan menjadi lebih harmoni

Sebagai contoh; 

  • Sekiranya anda suka atau ingin memiliki kucing yang boleh dipegang dan manja, kucing Persian antara baka yang sesuai, jangan pula memilih baka seperti Siammese atau Bengal keran inidividu ini tidak suka dipegang atau digomol (cuddle).
  • Dan sekiranya anda seorang yang sibuk dan mempunyai masa yang terhad, kucing berbulu pendek adalah lebih sesuai dengan anda berbanding kucing berbulu panjang, ini kerana kucing yang berbulu panjang perlu penjagaan bulu yang rapi. Dan untuk merapi bulu kucing, anda perlu memperuntukkan masa untuk kucing anda.

BAKA TEMPATAN/MOGREL
 

Kucing mongrel adalah kucing berbaka tempatan yang bukan terdiri daripada baka tulen atau kacukannya. Ia merupakan kumpulan baka terbesar di serata dunia. Kebanyakkan  kucing yang dibela dihampir setiap rumah terdiri daripada kucing mongrel

Di Malaysia istilah yang sering digunakan adalah “kucing kampung”. Walaupun kucing ini bukan berbaka tulen dan sering dipanggil sebagai “kucing kampung” tetapi ia juga memiliki ciri kucing yang sama malah ada diantara mereka yang begitu cantik, comel, manja dan aktif. 

Kucing mongrel lebih mudah untuk dimiliki kerana ia tidak mempunyai penjagaan specific seperti kucing yang berbaka tulen.Namun tidak bererti kucing mongrel tidak memerlukan vaksinasi atau penjagaan kesihatan yang lain.

Kucing mongrel ini terdiri dari baka tempatan dan kacukannya. Terdapat pelbagai jenis warna dan corak ini kerana pembiakannya  tidak dikawal. 
Saya akan bercerita lebih lanjut tentang kucing mongrel dalam entri seterusnya.




BAKA TULEN (PEDIGREE)
 

Kucing berbaka tulen atau dikenali sebagai “PEDIGREE breed” merupakan kucing yang mempunyai ciri-ciri tertentu berdasarkan genetik keturunannya. Dan setiasp ciri gentik keturunan baka tersebut telah didaftarkan dan diiktiraf diseluruh dunia. 

Kucing berbaka tulen/ PEDIGREE ini pembiakannya dikawal dan diatur bagi menghasilkan baka tulen yang baik. Kucing-kucing ini memerlukan penjagaan yang specific bergantung kepada baka tertentu. Biasanya anak kucing PEDIGREE  hadir bersama dengan sijil, di dalam sijil tersebut akan tercatat sejarah induk anak kucing tersebut.
Saya akan menerangkan lebih lanjut tentang baka
PEDIGREE dalam entri yang akan datang beserta dengan contoh-contoh baka PEDIGREE.