June 25

Russian Blue

Russian Blue

Russian Blue , namanya sendiri telah menerangkan asal usul kucing ini iaitu dari negara Rusia, dan ia berrwarna “blue”, tapi jangan konfius “blue” di sini bukan bermaksud biru tetapi bermaksud kelabu.  
Ciri -ciri kucing Russian Blue adalah pendiam, pemalu, penyayang dan lembut. Mereka kurang gemar bunyi bising tetapi sukakan muzik. Mereka selesa duduk di dalam rumah jika ditemani oleh orang yang mereka suka. Bila dibandingkan dengan baka lain yang mempunyai warna kot blue seperti
British Shorthair, Burmese dan Korat, bulu Russian Blue berbeza dari segi tekstur dan warna.
Russian Blue Cat Eros
Kepala: 
Mukanya rata dari dahi ke hidung dan mempunyai whisker pad yang menonjol. Telinganya besar, tegak dan virus. Matanya bujur dan jauh dari satu sama lain.
Bulu: 
Mempunyai bulu yang pendek tetapi dua kali ganda tebal dari kucing biasa.
Badan: 
Mempunyai badan dan kaki yang panjang dan kurus. Ekornya panjang dan kurus.
Sejarah:
Baka ini berasal dari Archangel, Rusia. Ia dibawa ke serata Eropah oleh kelasi dan kapal.
June 18

Korat

Korat

Kepala:
  • Dikatakan mempunyai muka yang berbentuk seperti hati (heart / love)
  • Mempunyai dahi yang lebar dan rata. 
  • Telinganya bersaiz
    sederhana, tinggi dan kembang di pangkalnya. 
  • Matanya terbuka luas dan sangat besar
    bila dibandingkan dengan mukanya.

Bulu:
  • mempunyai bulu yang pendek dan licin
  • Warna bula yang khusus iaitu bewarna silver-blue yang sekata pada seluruh badan.

Badan: 
  • Mempunyai badan bersaiz sederhana
    tetapi tegap. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan hujung yang bulat.

korat_cat_lilou