July 4

KUCING MONGREL BERBULU PENDEK atau DSH

KUCING DOMESTIC SHORT HAIR 

Kucing Domestic Short Hair atau lebih dikenali dengan singkatannya DSH, merujuk kepada kucing MONGREL yang berbulu pendek.

DSH merupakan populasi terbesar di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua kucing yang ada diluar sana atau juga yang berada dirumah anda adalah kucing DSH.

Ia hadir dalam pelbagai warna  Tabby, Ginger, Solid Black, Solid White , Blue, Colour Point, Calico dan banyak lagi.

                                          CHOKE , mongrel DSH yang berwarna Tabby


    KITTY , mongrel DSH betina

 Ciri-ciri  kucing DSH;

  • Berbulu pendek
  • Hadir dalam pelbagai
    warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif
  • Berbadan sederhana
Kalau sesetengah pemilik kucing berbangga mereka memilik British Short Hair atau American Short Hair, anda sepatutnya tidak perlu rasa rendah kerana anda memiliki kucing DSH. Ini kerana DSH bermakna Domestic Short Hair…… nampak tak persamaan “Short Hair” ?
Jadi hentikanlah sikap menyisihkan kucing DSH anda 
Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
July 3

KUCING MONGREL BERBULU PANJANG atau DLH

DOMESTIC LONG HAIR
Kucing Mongrel (baka tempatan) di kenali sebagai Domestic Long Hair atau singkatannya DLH.

Kucing DLH sering dianggap sebagai baka Parsi kacukan (Persian Cross) oleh catlover atau pemilik kucing di Malaysia, ini kerana kucing DLH mempunyai bulu yang sederhan panjang.

Bulu  kucing DLH adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan kucing yang berbulu pendek, tetapi lebih penderk dari kucing berbaka Persian.

Tidak dinafikan, kucing DLH ini mungkin mempunyai kacukan baka kucing Persian, namun saya tidak dapat memastikan perkara itu.

Oleh itu mereka dikategorikan sebagai kucing Mongrel atau DLH

  • BABY merupakan mongrel DLH yang terhasil dari kacukan antara kucing jantan yang mempunyai campuran antara Siamese x Perisna dan betina campuran Perian x Mongrel
  • BABY mempunyai warna Colour Point.
Ciri-ciri  kucing DLH;

  • Berbulu panjang berbanding DSH, tetapi tidak kembang seperti baka Parsi
  • Bentuk kepala seperti kucing domestic, dab vberbadan sederhana.
  • Hadir dalam pelbagai warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif 

  • TIGER , merupakan mongrel DSH , Ginger Tabby
  • TIGER merupakan kucing jalanan yang di ambil oleh Puan Norliza, kini umur TIGER hampir 8 tahun sama dengan usia klinik saya 
  • walaupun Tiger merupakan kucing yang dikutip di tepi jalan, dan pada ketika itu keadaannya agak teruk dan comot, namun kini Tiger merupakan kucing yang comel dan “semangat”. Ini membuktikan kucing baka apapun kalau dijaga dengan baik pasti ia akan kelihatan cantik, sihat dan comel.

Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female
Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female

         

June 25

Russian Blue

Russian Blue

Russian Blue , namanya sendiri telah menerangkan asal usul kucing ini iaitu dari negara Rusia, dan ia berrwarna “blue”, tapi jangan konfius “blue” di sini bukan bermaksud biru tetapi bermaksud kelabu.  
Ciri -ciri kucing Russian Blue adalah pendiam, pemalu, penyayang dan lembut. Mereka kurang gemar bunyi bising tetapi sukakan muzik. Mereka selesa duduk di dalam rumah jika ditemani oleh orang yang mereka suka. Bila dibandingkan dengan baka lain yang mempunyai warna kot blue seperti
British Shorthair, Burmese dan Korat, bulu Russian Blue berbeza dari segi tekstur dan warna.
Russian Blue Cat Eros
Kepala: 
Mukanya rata dari dahi ke hidung dan mempunyai whisker pad yang menonjol. Telinganya besar, tegak dan virus. Matanya bujur dan jauh dari satu sama lain.
Bulu: 
Mempunyai bulu yang pendek tetapi dua kali ganda tebal dari kucing biasa.
Badan: 
Mempunyai badan dan kaki yang panjang dan kurus. Ekornya panjang dan kurus.
Sejarah:
Baka ini berasal dari Archangel, Rusia. Ia dibawa ke serata Eropah oleh kelasi dan kapal.
June 19

Bengal

Bengal
Baka ini adalah campuran kucing domestik dan kucing batu asia. Pakar genetik menghasilkan baka ini kerana ingin mendapatkan kucing domestik yang bebas dari jangkitan Feline Leukemia.
Kucing jenis ini bergerak aktif, tidak suka di belai dan dipegang sentiasa

Bengal Kittens
Kepala: 
  • Mukanya lebar dan panjang
  • Mempunayi whisker pad yang menonjol. 
  • Telinganya pendek dengan pangkal yang lebar dan hujung yang bulat.

Bulu: 
  • Warna dan corak bulunya menyerupai kucing batu
  • Bertompok gelap dan bulunya sedikit kasar.

Badan: 
  • Mempunyai badan bersaiz besar dan tegap. 
  • Kaki belakangnya lebih panjang dar kaki depannya.
Bengal kitties
June 18

Korat

Korat

Kepala:
  • Dikatakan mempunyai muka yang berbentuk seperti hati (heart / love)
  • Mempunyai dahi yang lebar dan rata. 
  • Telinganya bersaiz
    sederhana, tinggi dan kembang di pangkalnya. 
  • Matanya terbuka luas dan sangat besar
    bila dibandingkan dengan mukanya.

Bulu:
  • mempunyai bulu yang pendek dan licin
  • Warna bula yang khusus iaitu bewarna silver-blue yang sekata pada seluruh badan.

Badan: 
  • Mempunyai badan bersaiz sederhana
    tetapi tegap. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan hujung yang bulat.

korat_cat_lilou

June 17

American Short Hair

American Shorthair    

Baka ini berasal dari Britain dan dibawa ke Amerika apabila orang British belayar ke sana
Pada ketika itu, ia dibela di rumah dan di kapal untuk menangkap tikus. 
Baka ini sekarang dianggap sebagai baka tempatan Amerika.
American Shorthair lebih besar dan mempunyai badan yang lebih panjang berbanding British Shorthair. Mereka juga mempunyai warna bulu yang lebih vatiasi 

Ciri-ciri:

  • Walaupun saiz baka ini besar
  • Sungguh jinak. 
  • Bersifat penyayang dan manja.
  • Mempunyai personaliti yang senyap, berdiam dan suka memerhati.
  • Tidak
    memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik. 

Mereka sesuai untuk dibela di
dalam apartment kerana mereka kurang merayau.

 American Shorthair silver tabby cat

Kepala: 

  • Muka yang lebar dan pipi yang tembam. 
  • Hidungnya sedikit mancung kerana mempunyai ‘stop’
  • Telinga baka ini kecil dan jauh dari satu sama lain. 
  • Matanya besar, bulat dan jauh dari satu sama lain.

Cute cat equals head asplode

Bulu: 

  • Mempunyai bulu yang pendek tetapi tebal.
Badan: 

  • Mempunyai badan yang pendek dan gebu. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan pangkal ekor yang lebih tebal dari hujungnya.

June 16

Burmese

Burmese
Pada tahun 1930, kucing yang seakan-akan Burmese sekarang bernama Wong Mau dibawa dari Asia Timur ke Amerika untuk dikahwinkan dengan seekor Siamese yang seiras dengannya.
Anak-anak Wong
Mau dianggap sebagai kucing baka Burmese pertama.

Ciri-ciri:

  • Baka ini sungguh mesra dan sangat setia terhadap pemilik mereka. 
  • Mereka tidak gemar bersendirian
  • Suka bila ditemani oleh manusia atau haiwan lain yang boleh bermain dengan mereka.

Burmese cat love

Kepala:
  • Muka yang pendek, sedikit tirus dan pipi yang lebar. 
  • Mempunyai “nose break” yang membuatkan hidungnya kelihatan mancung. 
  • Matanya bulat, besar dan bewarna kuning atau kuning-hijau.

Bulu:
  • Bulu yang pendek dan warna bulunya sekata dari akar ke hujung. 
  • Kadang kala warna dibahagian muka, telinga, ekor dan kaki lebih gelap.

Badan:
  • badan bersaiz sederhana dan tegap. 
  • Kakinya kurus dan panjang dengan kaki belakangnya lebih panjang dari kaki depan. 
  • Baka ini mempunyai ekor sederhana panjang dan tanpa sebarang bengkok

Cooper: Burmese Cat

June 15

British Short Hair

British Short hair           

Baka ini berasal dari Britain. Suatu ketika dahulu baka ini dibela di rumah untuk menangkap tikus. Kini baka ini dianggap baka tempatan Britain.
Ciri-ciri:

  • Walaupun saiz baka ini besar, ia sungguh jinak.
  • Bersikap sungguh penyayang dan manja.
  • Suka berdiam dan tidak memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik. 
  • Sesuai untuk dibela di dalam apartmen kerana mereka kurang merayau.

Info: 

  • British Shorthair lebih kecil 
  • Mempunyai badan yang lebih pendek berbanding American Shorthair. 
  • Mereka juga mempunyai warna bulu yang kurang berbanding American Shorthair.



049.

Kepala: 

  • Mempunyai muka yang lebar dan pipi yang tembam. 
  • Hidungnya sedikit mancung kerana mempunyai ‘stop’. 
  • Telinga kecil dan jauh dari satu sama lain. 
  • Matanya besar dan bulat
Bulu:

  • Mmempunyai bulu yang pendek tetapi tebal.
  • Warna yang biasa blue (keseluruhan berwarna kelabu) atau silver tabby

Badan:
  • Mempunyai badan yang pendek dan gebu. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan pangkal ekor yang lebih tebal dari hujungnya.

039

June 9

Mongrel atau Kucing Tempatan

Seperti yang dijanjikan hari ini saya akan menulis tentang kucing tempatan atau istilah tepatnya MONGREL , jadi hentikanlah memanggil kucing anda kucing kampung hehe

BAKA MONGREL 

Apa itu MONGREL  mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apatah lagi kalau ini adalah kali pertama anda mendengar perkataan MONGREL. 

MONGREL bermaksud kacukan atau campuran baka yang tidak dapat dikenalpasti (MONGREL)
Kucing MONGREL sebenarnya merujuk kepada kucing “local” atau kucing “domestic” atau lebih dikenali di kalangan oleh orang kita di Malaysia sebagai “KUCING KAMPUNG“.

Walaupun kucing ini bukan berbaka tulen dan sering dipanggil sebagai “kucing kampung”, ini tidak bererti penjagaan kucing Mongrelboleh dipandang ringan. Mereka juga perlu dijaga, dan mempunyai keperluan yang sama seperti kucing berbaka tulen dan berbaka kacukan,

Tapi sayangnya, masyarakat kita sering mengabaikan mereka, sering kedengaran ayat seperti;
Soalan : Kucing ni pernah vaksin?
Jawapan : Alah kucing saya kucing kampung je tidak perlu vaksin
Soalan: Bagi kucing makan apa ye?
Jawapan: “Yang ni (merujuk pada kucing persian) saya bagi dia makan Royal Canin, yang tu (merujuk pada kucing Mongrel ) saya bagi ikan dengan nasi je)
Soalan: Hantar Boarding seekor je ke ?
Jawapan: Ya, yang lagi satu kucing kampung je.

Hurmm…. sedih bukan?? Betapa manusia sering “double standard” dalam kehidupan seharian mereka.

Tahukah anda?

Kucing Mongrel, jika dijaga dengan baik mereka juga boleh kelihatan cantik, comel, manja dan aktif.
Hakikatnya kucing Mongrel lebih mudah untuk dijaga. Kenapa? Ini keran kucing Mongrel adalah baka tempatan, ini bererti genetiknya telah mengadaptasi dengan persekitaran di negara kita. Ini termasuklah cuaca, pemakanan dan
imuniti terhadap penyakit.
Tidak semua kucing Mongrel berbulu pendek, ada juga yang berbulu panjang

Tabby Cat – Koleksi dari Lynn Veterinary Cinic

Gambar di ambil dari iPhone Apps

Category: Baka Kucing, Fakta, Kenali Kucing Anda | Comments Off on Mongrel atau Kucing Tempatan