June 18

Korat

Korat

Kepala:
  • Dikatakan mempunyai muka yang berbentuk seperti hati (heart / love)
  • Mempunyai dahi yang lebar dan rata. 
  • Telinganya bersaiz
    sederhana, tinggi dan kembang di pangkalnya. 
  • Matanya terbuka luas dan sangat besar
    bila dibandingkan dengan mukanya.

Bulu:
  • mempunyai bulu yang pendek dan licin
  • Warna bula yang khusus iaitu bewarna silver-blue yang sekata pada seluruh badan.

Badan: 
  • Mempunyai badan bersaiz sederhana
    tetapi tegap. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan hujung yang bulat.

korat_cat_lilou

June 14

Persian – Baka Tulen berbulu panjang

Persian

Baka ini bermula di Parsi pada masa dahulu dan menjadi lebih popular dari baka bulu panjang lain kerana bulunya lebih tebal.
Persian juga merupakan baka yang paling popular di Malaysia. Ini kerana perwatakan mereka yang manja dan keadaan fizikal yang gebu keran bulu panjang.  Kucing Persian mempunyai perwatakan pendiam dan lembut. Di sebabkan ciri fizikal mereka yang berbulu panjang, baka ini perlu kerap disikat bulunya agar kelihat kemas dan rapi. Kucing ini tidak berapa sesuai bagi mereka yang sangat sibuk.

Grey Persian Cat - Chilerito

Kepala: 
Muka yang bulat dan kecil dengan telinga yang kecil dan jauh dari satu sama lain. Matanya bulat dan ke dalam. Warna mata mengikut spesifikasi warna kot.
Bulu: 
panjang, tebal dan mewah.
Badan: 
mempunyai badan yang kecil tetapi gebu. Ekornya pendek dan seperti berus pelukis.
Persian Cat - Sylvester
June 6

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU bahg 2

Kalau di dalam entri sebelum ini saya telah menerangkan perihal sifat semulajadi kucing sebagai pemburu.

Di dalam entri ini pula, saya akan memperlihatkan sifat mereka sebagi pemburu.

Gambar di sebelah kanan, kelihatan APOK yang sedang memerhati mangsa.
Kucing akan memerhati gerak geri serta mempelajari mangsanya sebelum mengambil langkah seterusnya. Pada ketika ini difahamkan mereka sedang merangka strategi bagaimana untuk menumpaskan mangsanya. Menarik bukan.

Apabila mereka berasa yakin, mereka akan mula mengorak langkah.

APOK mula bergerak, sambil merendahkan badannya seperti ingin membuat serang hendap.

Perhatikan juga matanya, yang fokus terhadap objek atau mangsa yang sedang di tuju.

Seterusnya mereka akan menerkam mangsa mereka.

Dalam gambar di sebelah kiri kelihatan ALENG telah berjaya menerkam mangsanya.

Biasanya mereka akan memegang mangsa dengan kaki hadapan, dan menggigit mangsa di bahagian tengkuk. Mereka akan memegang dalam tempoh yang agak lama bagi melemahkan mangsa.

Setelah pasti mangsa telah tewas, barulah mereka memindahkan mangsa seperti dalam gambar di bawah.

Kelihatan GIN sedang memindahkan hasil tangkapannya

Mereka akan memindahlan mangsa

    • sekiranya merasakan di situ tidak selamat untuk menikmati hidangan tersebut
    • sebagai hidangan buat anak-anak yang masih kecil
    • sebagai bukti yang mereka telah berjaya menangkap tikus
    • sebagai cenderahati kepada pemilik, hehe
      Pernah tak SiComel anda membawa balik hasil tangkapan mereka? Tentu anda tertanya mengapa? haa SiComel ingin memaklumkan pada anda “Saya pemburu hebat

June 3

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU bahg 1

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU

Apakah yang menjadikan kucing Pemburu Professional?
1. Sebagai haiwan karnivor yang makan daging, memburu merupakan ciri semulajadi haiwan karnivor untuk mendapatkan sumber makanan.
2. Sebagai haiwan pemangsa yang mencari mangsa, kucing struktur badan yang istemewa membolehkan mereka menjadi pemburu yang cekap.

Antara ciri-cirinya yanga ada pada kucing yang menjadikan mereka pemburu ideal;
1. Tindakan reflex yang cepat dan tangkas
2. Kuku yang tajam dan mencengkam
3. Gigi yang tajam
4. Mempunyai pendengaran yang hebat -Kucing boleh mendengar bunyi yang dihasilkan dari nada frekuensi yang rendah dan tinggi berbanding tahap pendengaran manusia
5. Mempunyai penglihatan yang tajam – Mereka boleh melihat dildalam keadaan yang gelap atau malap
6. Mereka mempunyai deria bau yang agak tajam

Walaupun kini kucing telah dijinakkan dan diberikan makanan yang sewajarnya, namun sifat semulajadi sebagai pemburu masih tebal dalam diri mereka.

Sifat dan kebolehan memburu ini diajar dan dilatih, oleh ibu kucing kepada anaknya secara tidak langsung.
Anak-anak kucing belajar melalui pemerhatian dan tingkah laku ibu mereka. Dan berlatih ketika bermain dan bergurau sesama mereka. Kerana itulah anda sering melihat kucing akan menerkam dan mengigit adik-beradiknya yang lain.

Jadi tidak hairanlah jika si comel anda yang bermain di luar kawasan rumah sering membawa pulang hasil tangkapan mereka seperti burung atau juga tikus.Bagi kucing yang dibela sepenuhnya di dalam rumah, senario si comel cuba menangkap cicak dan lipas adalah perkara biasa.

Disebabkan sifat semulajadi inilah barang permainan si comel juga direka bersesuaian dengan sifat memburu si comel.