As salam & Salam sejahtera , topik kita pada hari ini ialah 
November 2

Usia Kucing Anda

Semalam di FB pageDrLynnYamin saya menanyakan beberapa soalan berkaitan dengan umur kucing. Kesemunya 12 soalan, and semuanya berkaitan dengan umur kucing.  

Pelbagai jawapan yang saya terima, dalam hal ini tiada jawapan yang salah atau betul.

Macam mana tu? Macam ni, kucing adalah benda hidup dan ia sangat subjektif dan bersikap individual, jadi jawapan yang saya berikan adalah sebagai panduan sahaja. Jawapan yang anda berikan mungkin berdasarkan pengalaman anda masing-masing.
Berikut adalah soalan dan jawapannya ;


Q1 : Anak kucing atau kitten, sehingga umur berapakah kucing masih dianggap kitten?

Walaupun anak kucing mula “matang” (puberty atau akil baligh) lingkungan
umur 5-6 bulan.Anak kucing adalah kucing yang berumur 1 hari sehingga 1tahun.
Oleh itu selagi bagilah kucing anda makan makanan anak kucing sehingga kucing anda berumur 1tahun,

Q2: Pada umur berapakah kucing mula mengawan?

Anak kucing mula “matang” (puberty atau akil baligh) pada umur 5-6 bulan. Berdasakan
pengalaman saya kucing local (DSH) lebih cepat matang berbanding yang berbaka tulin. Biasanya kita boleh mengenali sama ada kucing tersebut sudah mula “matang” (puberty atau akil baligh) dengan 2 cara ; satu melalui gigi yang kedua kucing telah menunjukkan tanda-tanda  “gatal”
atau “biang”.

Melihat gigi lebih tepat kerana gigi taring bertukar kepada gigi kekal ketika kucing berumur 6bulan. Adakalanya kucing telah pun “matang” (puberty atau akil baligh), tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda biang atau “gatal”.

Q3: Pada usia / umur berpakah kucing dianggap sebagai “senior cat”?
Kucing yang telah mencapai umur 7 tahun ke atas di anggap sebagai “senior”. Dan anda dinasihatkan untuk memberi makanan “senior cat” kepada kucing anda.

Q4 : Pada umur berapakah anak kucing mula membuka mata?

Walaupun ada anak kucing yg mula membuka mata mereka seawal umur 3 hari, tetapi secara purata anak kucing membuka mata pada umur di antara 7-10 hari. Paling lewat mungkin 14hari (2minggu). Sekiranya lebih dari itu, anda seharusnya
berjumpa Vet untuk pemeriksaan.

Q6: Seawal umur berapakah, anak kucing sepatutnya mula di vaksin?

Anak kucing perlu divaksin seawal umur 6-8minggu dan berat mesti minima adalah 500gram. Mengapa 6minggu? Ini kerana pada usia 6 minggu anak kucing sepatutnya sudah mula cerai susu, oleh itu maternal antibodi yang diperolehi dari ibu akan mula menurun.  Bagi anak kucing yang tidak mempunyai ibu, 6 minggu adalah masa yang sesuai. Aminah Khalid boleh juga tapi the best adalah seawal umur 2bulan

Q9 : Pada usia berapa kah kita boleh menghantar kucing untuk
di buat proses pemandulan?

Umur yang ideal untuk menghantar kucing untuk membuat proses pemandulan adalah seawal usia 6 bulan. Ini kerana pada usia tersebut kucing mencapai usia matang.
Namun  tidak dinafikan sesetengah Vet and melakukannya pada usia yang lebih muda seawal 3bulan, bergantung kepada Vet tersebut.

Q10: Kucing betina
… apakah usia ideal untuk kucing betina mula bunting?

Umur ideal untuk kucing betina bunting (mengandung) adalah apabila kucing mencapai umur 1tahun dan berat minima adalah 2kg. Kenapa? Pada usia 1tahun pembentukan tulang telah lengkap, ini bagi mengelakkan komplikasi semasa melahirkan
(dystocia).

Q11 : Ibu Kucing, bagi ibu kucing yang baru melahirkan anak…. sekiranya kita nak hantar ibu kucing tersebut untuk dimandulkan, kita kena tunggu sampai anak kucing tersebut umur berapa?
Untuk hantar ibu kucing yang baru beranak, masa yang sesuai untuk menghantar si ibu untuk memandulan  adalah apabila usia anak kucing berumur 6-8minggu. Kerana pada usia anak kucing 6-8minggu anak kucing sedah mula cerai susu, dan mula belajar makan sendiri 

Soalan Q5,Q7 dan Q8  berkaitan dengan kucing yang paling tua.


Q5&Q7: Apakah umur kucing yang paling tua pernah anda jumpa, kenal, tahu atau miliki ?

jawapan yang saya terima;  Pn Sarah Alias ialah kucing berumur  20tahun dan Dr Dahlia Wee Muru…23tahun.

Secara peribadi saya pernah merawat kucing berumur 22tahun.
Saya tidak boleh lupa pengalaman semasa melakukan praktikal di UVTH,UGA (lebih kurang 10tahun dulu). Saya membantu membuat rawatan pada seekor yang kurus,menurut pelajar senior kucing tersebut datang ke hospital untuk drip (masuk air) dalam 3 minggu sekali. Kucing tersebut menghadapi masalah buah pinggang.

Saya membantu memgang kuicng tersebut, tiba-tiba kuicng tersebut terkulai di tangan saya. Punya lah saya panik, saya ingat saya salah pegang atau ada sesuatu yang saya buat hingga tiba-tiba kepala dia terlentok. Melihat keadaan saya pelajar senior tersenyum dan menerangkan kucing tu ok , dia cuma tertidur. Kucing tersebut mengangkat kepala dan sedar semula bila namanya dipanggil. Rupanya umur kucing tersebut adalah 22tahun!  22 tahun bersamaan 105 tahun umur manusia…

Q8 : Umur kucing tertua mengikut catatan Guinness World Records?

Mengikut Guiness World Records, kucing tertua yg direkodkan ialah kucing yang bernama “Creme Puff” yg lahir pada 3 Ogos 1967 dan menghembuskan nafas terakhir pada 6 Ogos 2005.
Mengikut perkiraan umur Creme Puff adalah 38tahun dan 3 hari
Creme Puff  merupakan kucing peliharaan Jake Perry, yang tinggal di 
Austin, Texas, USA

Apapun, seperti yang saya katakan tadi umur yang saya berikan adalah sebagai panduan dan ia merupakan umur yang paling “common” dan “standard” digunakan. Tetapi ia bukanlah mandatori , sebagai contoh anak kucing buka mata. Tapi kalau dah lebih dari jangkaan umur anda boleh lah berjumpa Vet untuk pemeriksaan.

Mengikut Guiness World Records, kucing tertua yang masih hidup (LIVING CAT) pada ketika ini berumur 24 tahun.
Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24, merupakan pemegang rekod “Kucing Tertua yang Masih Hidup”. Poppy dilahirkan pada 1990, dan tinggal di UK.

Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24
Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24

Tags: , , , , , , , , , , ,
Panduan dan tips dalam artikel saya adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini. ia sekadar panduan bukan jawapan dan penyelesaian kepada semua persoalan. Sekiranya kucing anda mengalami masalah sila bawa berjumpa Vet yg bertauliah secepat mungkin. Copyright DrLynnYamin© 2014. All rights reserved.

Posted November 2, 2014 by DrLynnYamin in category "Fakta", "Kenali Kucing Anda", "Kucing
Sekian, perkongsian untuk hari ini
Dr Lynn Yamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *