Dari Fail Kes- Buli Kucing Getah di Pergelangan Kaki Kucing

Kucing membuli? Mungkin juga kot…..
Tapi yang lebih teruk apabila manusia membuli haiwan….
Dalam konteks ni perkataan yang lebih sesuai adalah “penganiayaan haiwan”.

Kadang2 perbuatan ini dilakukan oleh segelintir kanak-kanak nakal yang tidak berfikir panjang akan kesan dan akibat perbuatan mereka. Oleh itu sebagai orang dewasa kita perlu mendidik dan menerangkan kepada mereka agar mereka jelas dan faham.

Sepanjang bertugas sebagai Vet hampir 10 tahun, ini kali ke 2 saya menerima kes yang serupa. Pada 20 Okt yang lalu, kucing yang kemudiannya diberi nama “Kechik” di bawa ke klinik atas alasan kaki bengkak.

Menurut yang membawanya, kucing ini berkeliaran di kawasan kejirannya, dan diberi makan oleh jiran tetangga di kawasan tersebut. Beliau yang pulang hujung minggu pada ketika itu, di minta oleh jirannya untuk melihat keadaan kucing tersebut.

Dengan rasa tanggungjawab, walaupun kucing tersebut bukan kucing beliau, Kechik di bawa ke klinik saya di Shah Alam. Selepas melihat luka saya memaklumkan kepada beliau luka di kaki tersebut sudah pun ada ulat maggot.

Semasa cuba membersihkan luka di kaki Kechik, saya sangat terperanjat bila mendapati “getah pengikat barang” (rubberband) terlilit di celah luka tersebut. astaghfirullah…..Tidak dapat bayangkan kesakitan yang di alami oleh Kechik,

Pemeriksaan lanjut dijalankan,bahagian hujung kaki Kechik sudah tidak memberi respon kepada ujian saraf yang dijalankan. Patutlah semasa menanggalkan getah tersebut Kechik sangat bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Kechik bernasib baik kerana ada insan yang bertanggungjawab dan bersetuju untuk membiayai kos rawatan serta mengambilnya sebagai haiwan peliharaannya. Sewaktu datang untuk rawatan susulan, pemilik Kechik memaklumkan kepada saya, kucing jiran beliau hampir lemas kerana ada orang yang tidak bertanggung jawab mengikat plastik di kepala kucing jirannya.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni, sudah hilangkah perikemanusiaan dan rasa ihsan dalam diri?
Kepada pemilik di luar sana jangan abaikan keselamatan kucing anda. Mereka adalah amanah kita, sebaik sahaja kita bersetuju untuk menjaga mereka. Ia adalah satu amanah.
10385491_1497853517152153_3509259138440778081_n

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

1 Comment

Leave a Reply to Loliou Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *