Dr Lynn Yamin

Dr Lynn Yamin , DVM

Dr Lynn Yamin atau nama sebenar beliau Yaslynn Binti Yamin,
seorang Doktor Veterinar yang bertauliah dan berdaftar di Malaysia.
Beliau memperoleh ijazah Doktor Perubatan Veterinar
dari Fakulti Perubatan Veterinar, UPM pada tahun 2004.

Selepas menamatkan pengajian beliau memulakan kerjaya
sebagai “Farm Veterinaraian” di sebuah ladang ayam di Melaka.
Namun disebabkan minat terhadap “small animal practice”,
beliau mencuba nasib bekerja sebagai Doktor Veterinar di Shah Alam.

Pada 2006, berbekalkan minat dan sokongan keluarga,
beliau memberanikan diri untuk membuka klinik haiwan kesayangan sendiri.
Klinik yang diberi nama Klinik Haiwan Lynn terletak di Shah Alam.
Pada awalnya, klinik ini dibuka untuk memberi pekhidmatan veterinar kepada semua jenis haiwan kesayangan, namun disebabkan lokasi klinik akhirnya klinik ini memberi fokus kepada kesihatan dan penjagaan kucing.