July 1 2018

Keperluan memberi ubat cacing kepada kucing anda

Ubat Cacing ….. Perlu ke ?

Jawapanya PERLU

Selagi kucing anda masih bernafas, tak kisah sama ada kucing anda sepenuhnya di dalam rumah ataupun bermain diluar, kucing anda masih perlu makan ubat cacing. Sama macam manusia lah….macam kita.
Errk ke uol pun dah lama tak makan ubat cacing ?
eh eh malu nak ngaku pulak…. ok bila last anda makan ubat cacing?
haha garu kepala …
takpe takpe pas ni boleh makan k

ok berbalik semula cerita pada anak berbulus kita
Sudah menjadi kebiasaan saya untuk menanyakan “Bila last bagi ubat cacing kat kucing ni” sekiranya saya memeriksa kucing yg jarang ke klinik.

dan antara jawapan popular yg saya terima
“owh dah besar kena bagi ubat cacing juga ke”
“kucing saya dalam rumah je”
“kucing saya tak makan daging mentah”

actually apa pun jawapannya, yang pasti kucing anda perlu diberi ubat cacing sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Nak tahu kenapa?

sebab kucing anda boleh dapat/memperoleh cacing dengan cara……
1~ sifat semulajadi memburu (chewah macam buru apa je )
merujuk kepada yang suka tangkap tikus
2~ tertelan/makan “flea” (kutu) semasa grooming /jilat bulu badan
aaaa sebab tu kawal kutu tu sangat penting!!
3~ termakan/terjilat telur (terutama roundworm dari tanah)
eerrrrk Dr kucing saya tak makan tanah
memang kucing tak makan or jilat tanah, tapi dia org ni kalau kat luar ada
tanah lapang suka berguling guling kat situ, so nanti melekat kat bulu,
pastu dia jilat bulu/badan dia maka masukla dalam perut 🙂
4~menyusu ni bagi yang masih kecil la

kesimpulannya
memang penting bagi ubat cacing kepada kucing anda

dan yang PALING PENTING bagi ubat cacing yang betul!

sebagai pengguna dan mama/papa kepada anak berbulus anda perlu tahu …
1- TIDAK semua ubat cacing boleh membunuh semua cacing
2- UBAT CACING perlu di beri mengikut berat badan

MAKA…….
Jadilah PENGGUNA dan MAMA/PAPA yang bijak, rujuk kepada Vet yg berhampiran untuk mengetahui ubat cacing yang sesuai dan berkesan JANGAN main beli sebarangan ok…..

untuk baca lebih tentang kutu boleh baca disini

jangan lupa share, sebab sharing is caring :)
August 29 2014

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Ingat lagi tak pada cerita kutu atau flea yang ada pada badan kucing?
Mengawal kutu atau memasatikan kucing anda BEBAS KUTU adalah sangat penting.

Selain daripada untuk memastikan kesihatan bulu kucing, tahukah anda kutu/flea kucing boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain?

Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.

Selain itu kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu. Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.

Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing. Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

10385391_1497866013817570_1499354778243184563_n

jangan lupa share, sebab sharing is caring :)