July 4

KUCING MONGREL BERBULU PENDEK atau DSH

KUCING DOMESTIC SHORT HAIR 

Kucing Domestic Short Hair atau lebih dikenali dengan singkatannya DSH, merujuk kepada kucing MONGREL yang berbulu pendek.

DSH merupakan populasi terbesar di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua kucing yang ada diluar sana atau juga yang berada dirumah anda adalah kucing DSH.

Ia hadir dalam pelbagai warna  Tabby, Ginger, Solid Black, Solid White , Blue, Colour Point, Calico dan banyak lagi.

                                          CHOKE , mongrel DSH yang berwarna Tabby


    KITTY , mongrel DSH betina

 Ciri-ciri  kucing DSH;

  • Berbulu pendek
  • Hadir dalam pelbagai
    warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif
  • Berbadan sederhana
Kalau sesetengah pemilik kucing berbangga mereka memilik British Short Hair atau American Short Hair, anda sepatutnya tidak perlu rasa rendah kerana anda memiliki kucing DSH. Ini kerana DSH bermakna Domestic Short Hair…… nampak tak persamaan “Short Hair” ?
Jadi hentikanlah sikap menyisihkan kucing DSH anda 
Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
July 3

KUCING MONGREL BERBULU PANJANG atau DLH

DOMESTIC LONG HAIR
Kucing Mongrel (baka tempatan) di kenali sebagai Domestic Long Hair atau singkatannya DLH.

Kucing DLH sering dianggap sebagai baka Parsi kacukan (Persian Cross) oleh catlover atau pemilik kucing di Malaysia, ini kerana kucing DLH mempunyai bulu yang sederhan panjang.

Bulu  kucing DLH adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan kucing yang berbulu pendek, tetapi lebih penderk dari kucing berbaka Persian.

Tidak dinafikan, kucing DLH ini mungkin mempunyai kacukan baka kucing Persian, namun saya tidak dapat memastikan perkara itu.

Oleh itu mereka dikategorikan sebagai kucing Mongrel atau DLH

  • BABY merupakan mongrel DLH yang terhasil dari kacukan antara kucing jantan yang mempunyai campuran antara Siamese x Perisna dan betina campuran Perian x Mongrel
  • BABY mempunyai warna Colour Point.
Ciri-ciri  kucing DLH;

  • Berbulu panjang berbanding DSH, tetapi tidak kembang seperti baka Parsi
  • Bentuk kepala seperti kucing domestic, dab vberbadan sederhana.
  • Hadir dalam pelbagai warna  biasanya Tabby, Calico dan  Tortoieshell
  • Aktif 

  • TIGER , merupakan mongrel DSH , Ginger Tabby
  • TIGER merupakan kucing jalanan yang di ambil oleh Puan Norliza, kini umur TIGER hampir 8 tahun sama dengan usia klinik saya 
  • walaupun Tiger merupakan kucing yang dikutip di tepi jalan, dan pada ketika itu keadaannya agak teruk dan comot, namun kini Tiger merupakan kucing yang comel dan “semangat”. Ini membuktikan kucing baka apapun kalau dijaga dengan baik pasti ia akan kelihatan cantik, sihat dan comel.

Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female
Baby Blue, DLH, Solid Blue, Female

         

June 17

American Short Hair

American Shorthair    

Baka ini berasal dari Britain dan dibawa ke Amerika apabila orang British belayar ke sana
Pada ketika itu, ia dibela di rumah dan di kapal untuk menangkap tikus. 
Baka ini sekarang dianggap sebagai baka tempatan Amerika.
American Shorthair lebih besar dan mempunyai badan yang lebih panjang berbanding British Shorthair. Mereka juga mempunyai warna bulu yang lebih vatiasi 

Ciri-ciri:

  • Walaupun saiz baka ini besar
  • Sungguh jinak. 
  • Bersifat penyayang dan manja.
  • Mempunyai personaliti yang senyap, berdiam dan suka memerhati.
  • Tidak
    memerlukan perhatian yang banyak dari pemilik. 

Mereka sesuai untuk dibela di
dalam apartment kerana mereka kurang merayau.

 American Shorthair silver tabby cat

Kepala: 

  • Muka yang lebar dan pipi yang tembam. 
  • Hidungnya sedikit mancung kerana mempunyai ‘stop’
  • Telinga baka ini kecil dan jauh dari satu sama lain. 
  • Matanya besar, bulat dan jauh dari satu sama lain.

Cute cat equals head asplode

Bulu: 

  • Mempunyai bulu yang pendek tetapi tebal.
Badan: 

  • Mempunyai badan yang pendek dan gebu. 
  • Ekornya sederhana panjang dengan pangkal ekor yang lebih tebal dari hujungnya.