Saya Dr Lynn Yamin, seorang VET & blogger yang menulis tentang penjagaan dan kesihatan kucing
1 June 2014

ASAL USUL KETURUNAN KUCING

As Salam & Salam sejahtera kepada anda si pemilik & penggemar kucing;

ASAL USUL KETURUNAN KUCING ANDA

Percayakah anda kucing anda yang manja, jinak dan mesra itu sebenarnya mempunyai susur galur yang sama dengan haiwan liar, ganas dan membunuh seperti harimau dan singa?

Kucing dipercayai berasal dari keturunan yang sama dengan kucing liar yang dikenali sebagai “wildcat” atau “bigcat”

Oleh itu pemahaman yang mengatakan kucing adalah sama dengan anjing adalah sama sekali tidak benar, jauh sekali untuk menyamakan anjing kecil dengan kucing.
Mungkin kerana itulah adanya peribahasa yang mengatakan “seperti anjing dengan kucing” yang membawa maksud sering bertengkar kerana tidak persefahaman.

Di dalam bidang perubatan veterinar pula, pelajar akan sering diingatkan ” Cat is NOT small dog” yang bermaksud kucing bukan anjing kecil. Ternyata kucing dan anjing adalah berbeza.

Kucing dikatakan berasal berasal dari Felis silvestris, dan dianggap sebagai karnivor yang paling tinggi dalam kewujudan haiwan karnivor di Eropah, Afrika dan Asia.

Ini menyangkal bahawa kucing makan nasi!
Ini kerana haiwan karnivor adalah haiwan pedaging, iaitu haiwan yang hanya memakan daging.

Walaupun kucing telah dijinakkan sejak beribu tahun, tetapi kucing domestik ini masih mempunyai ciri fizikal yang sama dan serupa dengan kucing liar keturunan asalnya.

Felis silvestris adalah dari Famili Felidae. Famili Felidae ini mempunyai 37 spesis dibawahnya.
Cheetah tidak termasuk didalam keluarga ini, kerana kuku Cheetah tidak boleh disentut (retractile).
Semua spesis kucing dibawah Famili Felidae mempunyai badan yang fleksibel, rahang pendek dengan gigi khusus, mempunyai deria pancaindera yang tajam, pembentukan otak yang sempurna, mempunyai kaki digitigrad, dan kuku yang boleh disentut.

Kucing juga mempunyai kelebihan istimewa iaitu kemampuan untuk menghasilkan bunyi getaran yang dikenali sebagai “purr”, tetapi bagi kucing besar seperti harimau,singa,jaguar dan jaguar salji (snow leopard) mereka mengaum (“roar”).

Kucing yang telah dijinakan dikenali sebagai “domesticated cat” atau nama saintifiknya Felis catus atau Felis silvestris catus .

Kini kucing lebih dikenali sebagai “house cat” kerana ia merupakan haiwan kesayangan yang paling popular dan dibela sepenuhnya didalam rumah.

Jika anda rasa post ini bermanfaat, harap dapat share kepada rakan-rakan penggemar dan pemilik kucing yg lain.

Tags: , , ,
Copyright 2017. All rights reserved.

Posted June 1, 2014 by DrLynnYamin in category "Asal usul kucing", "Kenali Kucing Anda
PENAFIAN : Saya bukan PAKAR KUCING, penulisan di blog ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai VET yg merawat kucing lebih 10 tahun, untuk rawatan sila terus ke Klinik Veterinar berhampiran anda. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *