Bahaya mata kail kepada kucing

Ingat lagi tak pada hari Ahad yang lalu saya ada kongsikan gambar kucing memancing? Pasti ramai di antara anda yang gemar memancing betul tak?

Tapi sekarang orang banyak memancing kat kolam kan? Ker masih ada lagi yang pergi memancing di persekitaran luar? Sewaktu dibangku sekolah, saya sering ikut abang saya dan kawan-kawan dia pergi memancing… tapi kami memancing di longkang dan salir air je …… Saje suka suka

Kini peralatan untuk memancing pun dah hebat-hebat umpan pun dah ada macam-macam, maklumla kantarget tangkapan pun ikan besar besar … kami dulu pakai cacing je, so hasil tangkapan pun ikan kecik je , ikan puyu (belatuk) , ikan haruan (ni dah kira hebat lah kalau dapat).

Apapun memancing merupakan aktiviti riadah yang boleh dikongsikan bersama keluarga pada hujung minggu, atau masa lapang. Ada juga yang menjadikan aktiviti memancing sebagai sumber pendapat sampingan. Memancing memerlukan kesabaran dan aktiviti ini bolehlah dikatakan kurang berisiko kalau nak dibandingkan dengan hobi sukan lasak.

Peralatan memancing secara asas perlukan , joran (batang pancing ) , tali dan mata kail. Nampak macam tak merbahaya betul tak? Tapi adakalanya kecuaian dalam menyimpan peralatan memancing boleh boleh mengundang bahaya pada kucing anda.

Kucing sangat gemar dengan sesuatu yang bertali, mereka suka bermain dengan tali, apa-apa tali , benang atau reben, ini termasuklah tali pancing. Mungkin bau ikan yang masih melekat pada peralatan memancing sedikit sebanyak akan menarik perhatian kucing untuk mendekati, dan menghidu peralatan pancing tersebut. Dan yang lebih menarik perhatian apabila melihat umpan yang berbulu (Seperti rajah yang saya kongsikan sebelum ini).

umpan3

Apa yang bakal berlaku ?
Angin bertiup, menyebabkan tali pancing atau umpan terbuai atau bergoyang ….
mmm macam menarik je (minda kucing) …pada mulanya mereka akan hidu….sniff sniff…
kemudian dengan rasa ingin tahu kucing mula menyentuh dengan menguis-nguis dengan kaki umpan atau tali pancing….. bertambah goyang dan beralun….mmmm best ni (minda kucing) mula menguis dengan kaki di tambah dengan menerkam, menggigit. Tup mangsa dah termakan umpan , Cuma kali ni yang menjadi mangsa adalah kucing.
Tindakan spontan bila sakit adalah menghindarkan punca kesakitan, jadi sama ada kucing anda akan cuba menanggalkan mata kail tersebut , atau lari dari tempat tersebut. Dan ia mungkin akan lebih mencederakan kucing anda.

case mata kail kaki

Sekiranya anda ada ditempat kejadian, JANGAN PANIK!… cuba tenangkan kucing anda. Kalau kucing dah “menggila” kerana kesakitan, potong tali pancing dengan segera, ambil tuala dan tekup kucing anda dan masukkan ke dalam carrier atau sangkar. Segera bawa ke VET untuk menanggalkan mata kail tersebut. JANGAN CUBA tanggalkan sendiri kerana ia akan lebih mencederakan kucing anda.

Sekiranya keadaan memaksa, anda perlu potong hujung mata kail tersebut terlebih dahulu sebelum menariknya keluar. Ini kerana kebanyakkan mata kail mempunyai hujung yang tajam dan bercangkuk ke dalam, sekiranya anda menarik keluar ia akan menyebabkan daging/isi/tisu kucing anda terkoyak lebih teruk.

Kepada abg-abg kaki pancing jangan terasa hati atau tersinggung ye, bukan kata uols tak simpan barang ofcourse uols simpan perkakas uols baik-baik, ni mungkin kes terpencil.

Perkara ini bukan tertumpu pada kepada pancing ikan sahaja, malah apa sahaja objek yang boleh dianggap merbahaya kepada kucing. Menjaga kucing sama seperti menjaga anak kecil, mereka mudah tertarik dengan objek-objek seperti ini. Jadi kepada semua pemilik kucing sila ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan kepada kucing anda, bukan sahaja kucing anda tapi kepada mana-mana kucing diluar sana.

Berikut saya kongsikan salah satu gambar kucing yang berkunjung ke klinik saya di Shah Alam, untuk menanggalkan mata kail yang melekat pada kaki dan mulutnya. Kesian kan. Moga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar.

case mata kail mulut

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

2 Comments

  1. seram tengok gambar tu doktor,kucing sya semalam terpicak mata kail.nak cabut sakit pastu biar je la benda tu kat kaki dia.nanti nk bawa pergi hosputal.insya allah

    1. Hi Ana Aisyah

      erk harap kucing awak dah ok ….
      memang pun so kena simpan benda2 tajam di tempat yg selamat

      langkah bijak anda tidak cuba cabut mata kail tersebut , sbb hujung nye bercangkuk , takut memudaratkan si comel , sakit toksah cakap la ….

      🙂
      xoxo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *