As salam & Salam sejahtera , topik kita pada hari ini ialah 
June 6 2014

SIFAT SEMULAJADI KUCING SEBAGAI PEMBURU bahg 2

Kalau di dalam entri sebelum ini saya telah menerangkan perihal sifat semulajadi kucing sebagai pemburu.

Di dalam entri ini pula, saya akan memperlihatkan sifat mereka sebagi pemburu.

Gambar di sebelah kanan, kelihatan APOK yang sedang memerhati mangsa.
Kucing akan memerhati gerak geri serta mempelajari mangsanya sebelum mengambil langkah seterusnya. Pada ketika ini difahamkan mereka sedang merangka strategi bagaimana untuk menumpaskan mangsanya. Menarik bukan.

Apabila mereka berasa yakin, mereka akan mula mengorak langkah.

APOK mula bergerak, sambil merendahkan badannya seperti ingin membuat serang hendap.

Perhatikan juga matanya, yang fokus terhadap objek atau mangsa yang sedang di tuju.

Seterusnya mereka akan menerkam mangsa mereka.

Dalam gambar di sebelah kiri kelihatan ALENG telah berjaya menerkam mangsanya.

Biasanya mereka akan memegang mangsa dengan kaki hadapan, dan menggigit mangsa di bahagian tengkuk. Mereka akan memegang dalam tempoh yang agak lama bagi melemahkan mangsa.

Setelah pasti mangsa telah tewas, barulah mereka memindahkan mangsa seperti dalam gambar di bawah.

Kelihatan GIN sedang memindahkan hasil tangkapannya

Mereka akan memindahlan mangsa

    • sekiranya merasakan di situ tidak selamat untuk menikmati hidangan tersebut
    • sebagai hidangan buat anak-anak yang masih kecil
    • sebagai bukti yang mereka telah berjaya menangkap tikus
    • sebagai cenderahati kepada pemilik, hehe
      Pernah tak SiComel anda membawa balik hasil tangkapan mereka? Tentu anda tertanya mengapa? haa SiComel ingin memaklumkan pada anda “Saya pemburu hebat

jangan lupa share, sebab sharing is caring :)
Sekian untuk perkongsian harini InnshaAllah di kelapangan yang lain saya berkongsi lagi ye. Salam ikhlas dari saya Dr Lynn Yamin.

Tags: , , ,
Copyright DrLynnYamin© 2014. All rights reserved.

Posted 06/06/2014 by DrLynnYamin in category "Fakta", "Kenali Kucing Anda", "Sifat & Sikap Kucing
Penafian : Panduan dan tips dalam blog ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang ini. Info dan maklumat adalah sekadar panduan BUKAN jawapan dan penyelesaian kepada semua persoalan. Sekiranya kucing anda mengalami masalah kesihatan sila bawa berjumpa Vet yg bertauliah secepat mungkin.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *