December 15

Tanda-tanda awal Kucing anda ada masalah kencing

Apakah tanda-tanda awal kucing anda ada menghadapi masalah tidak boleh kencing?

Biasanya kucing akan kelihatan murung dan tidak bermaya serta tidak selesa.

Bagaimana perasaan anda apabila terpaksa tahan kencing/buang air kecil? pastinya sakit dan tidak selesa bukan? Sama jugalah seperti kucing, bezanya mereak tidak menahan untuk kencing tetapi mereka cuba kencing tapi saluran kencing tersumbat menyebabkan mereka tidak boleh kencing.

Kucing akan berasa lemah terutama lemah kaki belakang, ini kerana kucing cuba sedaya upaya mereka untuk meneran agar air kencing keluar tetapi tidak berjaya. Oleh kerana kucing meneran menggunakan kaki belakang maka kaki belakang mereka keletihan dan menjadi lemah, dalam sesetengah kes, kucing tidak lagi bermaya untuk berdiri.

So kepada #pemilikkucing terutama anda yang mempunyai kucing jantan please…please and please… jangan terlepas pandang tanda tanda awal kucing yg berpotensi untuk berhadapan dengan masalah batu karang / tak boleh kencing.

kucing anda mungkin berisiko apabila….
1. kerap masuk dan keluar “litter box” atau kerap ke tandas
2. suka menjilat penis/organ jantan/tempat keluar air kencing
3. kucing anda meneran setiap kali ingin membuang
4. kelihatan air kencing yang pekat dan kemerah-merahan
5. mengiau seperti kesakitan bila nak kencing

ingat lebih dari 3 hari kucing tidak kencing ia boleh membawa kepada kematian.

10542880_1493733064230865_8751415166304564373_n

August 29

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Cacing Kucing – Cacing Pita (Tape Worm)

Ingat lagi tak pada cerita kutu atau flea yang ada pada badan kucing?
Mengawal kutu atau memasatikan kucing anda BEBAS KUTU adalah sangat penting.

Selain daripada untuk memastikan kesihatan bulu kucing, tahukah anda kutu/flea kucing boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain?

Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.

Selain itu kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu. Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.

Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing. Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

10385391_1497866013817570_1499354778243184563_n

August 17

Vaksinasi & Vaksin Kucing

APAKAH ITU YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VAKSINASI?
Vaksin adalah sejenis sediaan cecair yang disuntik ke dalam badan kucing untuk menghasilkan pertahanan imuniti melawan penyakit.
Supaya badan kucing mendapat imuniti melawat penyakit yang biasanya melemahkan atau mengancam nyawa kucing, dan kebanyakkan penyakit ini boleh dan mudah berjangkit.
Mengikut kamus dewan edisi ke empat;
  • Vaksin sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm tubuh badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu
  • Pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi.
  • Memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit
  • Vaksinasi proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg langkah perlindungan men­cegah sesuatu penyakit, pemvaksinan.
BAGAIMANA VAKSIN BERFUNGSI?
Vaksin adalah cecair yang mengandungi kuman (bacteria atau virus) yang akan menyebabkan badan kucing menghasilkan antibodi terhadap
kuman tersebut. Sekiranya kucing dijangkiti oleh kuman tersebut, antibodi bersedia untuk melawan jangkitan tersebut. Ini dipanggil tindak balas imuniti badan.

Terdapat dua jenis penyedian vaksin, iaitu sama ada dengan mematikan kuman tersebut atau melemahkan kuman tersebut.
Perbezaan diantara killed vaccine ( kuman yang dimatikan ) dengan modifie live vaccine ( kuman yang dilemahkan).
  • Killed vaccine ( kuman yang dimatikan) lebih selamat digunakan kerana ia kurang mendatangkan komplikasi atau penyakit
  • Modifie live vaccine ( kuman yang dilemahkan) lebih berkesan dan menghasilkan daya tahan yang lebih berbanding killed vaccine
MENGAPA KUCING ANDA PERLU DI VAKSIN?

Kenapa KucingPerlu Di Vaksinasi??
Tujuan vaksin diberikan kepada kucing adalah untuk
melindunginya daripada dijangkiti penyakit-penyakit yang boleh membawa maut.  Vaksin mengandungi virus-virus yang telah dilemahkan supaya badan kucing akan membina daya tahan terhadap
penyakit-penyakit tersebut, kerana itulah vaksinasi hanya dilakukan pada kucing yang sihat.  Selepas vaksinansi, elakkan dariapada memandikan kucinganda selama seminggu






PADA UMUR BILAKAH KUCING SEPATUTNYA DI VAKSIN?

Kucing perlu divaksin seawal umur 6 minggu atau 2 bulan(8minggu). Seandainya anak kucing anda mempunyai ibu yang menyusukannya pada usia 2 bulan anda boleh menghantarnya mendapatkan suntikan vaksinasi. Bagi anak kucing yang tidak mempunyai ibu, yang dibesarkan oleh manusia, anak kucing ini boleh di vaksin seawall umur 6minggu, dengan syarat berat badan anak kucing itu tidak kurang dari 500gram.
Mengapa 6minggu? Ini kerana anak kucing mula cerai susu pada umur 6 minggu. Semasa masih menyusu, anak kucing mendapat perlindungan “maternal antibody” dari pada ibunya. Selepas cerai susu, kandungan atau kadar peratus “maternal antibody” dalam badan anak kucing mula menurun, pada ketika itulah anak kucing patut divaksin. Dengan itu, kuman tidak mempunyai ruang untuk menyerang anak kucing.




APAKAH JENIS PENYAKIT YANG PERLU DI VAKSIN?
Pada ketika ini (2014) di negara kita, vaksin yang boleh diperolehi adalah vaksin yang mencegah penyakit seperti berikut;
  • Feline Panleukopenia Virus ( juga di kenali sebagai Feline Parvo virus)
  • Feline Rhinotracheitis Virus (juga dikenali sebagai Feline Herpes Virus)
  • Feline Calici Virus
  • Chlamydophilia felis
  • Feline leukaemia virus
  • Feline Immunodeficiency virus
  • Rabies