Betulke kos rawatan kucing di klinik vet MAHAL?

semalam sy berwhatsapp dgn seseorg, kebetulan sy kat dobi layan diri so bolehlah whatsapp panjang2 sementara tunggu dobi selesai
melalui perbualan tersebut…sy difahamkan sekarang ni ada one food company ni sedang buat kempen kesedaran membawa kucing ke klinik, kerana mengikut kajian mereka almost 40% pemilik kucing di Malaysia tidak pernah membawa kucing mereka ke klinik haiwan.

anda nak tahu apakah jawapan fofular (popular) kenapa pemilik kucing tidak membawa kucing ke klinik?

mmm rasanya some of you pun dah jawab …”sebab mahal” atau “kos tinggi”

bila dengar jawapan ni and berbual dengan beliau , saya terpanggil untuk menulis entry ni.

Persoalannya…. Betulkan kos rawatan kucing lebih mahal?
Jawapan ringkas saya … YA dan TIDAK 

Macam mana tu ?

Secara amnya 
MAHAL adalah sangat subjektif 
bagi sesetengah individu RM50 masih boleh diterima
bagi sesetengah individu RM50 sudah dianggap mahal

Secara khususnya 
YA, adakalanya kos rawatan sakit demam (sakit yang biasa2) adalah mahal kalau nak dibandingkan dengan kos rawatan kita. 
kenapa mahal … dia kan kucing / haiwan..
antara penyebab kenapa mahal adalah KOS UBATAN itu sendiri dah mahal…
Di Malaysia sesetengah ubat untuk perubatan manusia telah pun dihasilkan di dalam negara, dan juga ada subsidi dari kerajaan yang mendorong kepada kos ubatan yang rendah. 
Tatapi senario yang sama tidak berlaku dalam perubatan veterinar, oleh iti boleh dikatakan hampir semua ubat-ubatan untuk haiwan (terutama untuk haiwan kesayangan) diimport dari luar negara. So kos untuk membeli ubat tersebut je dah mahal

TIDAK sekiranya anda berkunjung ke Vet untuk tujuan mencegah penyakit.
Seperti yang sya maklumkan tadi tidak dinafikan kos rawatan kucing adalah agak mahal, tapi kebenyakkan penyakit boleh dicegah dari peringkat awal. Sebab tu ada pepatah “Mencegah adalah lebih baik dari merawat”
Kos rawatan mencegah biasanya jauh lebih murah berbanding kos rawatan sebab bila anda membawa kucing untuk tujuan pencegahan penyakit, kos adalah satu, tapi bila kucing sakit kos tu dah bertambah.
Faham ke? cam pening je takpe abaikan dulu.

kalau saya senaraikan semula jawapan saya kepada persoalan yg saya timbulkan …..
1- Ya & Tidak sebab MAHAL adalah subjecktif
2- Ya sebab KOS UBATAN mahal 
3- Tidak JIKA anda mencegah penyakit dari merawat

Jadi dari ketiga-tiga jawapan di atas ni, yang dalam bidang kuasa anda, dan yang mampu anda kawal adalah yang ke tiga … iaitu mencegah sebelum merawat.

Kebanyakkan kes , kos rawatan menjadi mahal sebab anda bawa kucing anda bila keadaan dah jadi teruk. Bila kucing dah ada 2-3 masalah tak kan dengan satu injection atau ubat semua boleh sembuh?
pastilah tidak.
sudah tentulah kos dari RM 50 boleh menjadi sehingga RM 500

kenapa saya katakan mencegah penyakit dari merawat penyakit lebih murah kos …. 
C=cegah
R=rawat

Anda datang klinik untuk……..

C= vaksin kucing – kos rawatan vaksin shj
R= rawatan kucing dijangkiti virus – kos rwatan ubat2 yg berkaitan + kos hospitalisation keran perlu admitted + Infusion drip sbb tak makan perlu masukkan air + kos test virus 

C=dapatkan rawatan kutu kucing – kos rawatan ubat kutu shj
R=dapatkan rawatan untuk masalah kulit/bulu (Flea Allergic Dermatitis) – kos rawatan ubat kutu + kos ubat kegatalan + kos ubat bulu/kulit + kos cream/spray ….itu tidak termasuk kos shampu dan ntah apa apa spray atau cream yang telah anda gunakan 

C=dapatkan rawatan luka di kaki kucing anda – kos rawatan ubat + cuci luka + cream dan kos pembedahan kecil jika perlu
R=dapatkan rawatan luka di kaki kucing yang telah dijangkiti ulat maggot — kebiasaannya kos rawatan adalah 2 kali ganda dari kos luka biasa.

banyak lagi contoh-contoh lain, nanti muak pulak anda baca.
innshaAllah akan dikongsikan lagi 

🙂
tapi hakikatnya itulah mencegah lebih baik dari merawat…

Kalau kos untuk mencegah adalah RM50
dan kos rawatan untuk masalah yang timbul akibat tidak mencegah adalah RM500.. mana murah mana mahal? anda boleh jawab sendiri 

🙂

jadi kalau anda ke Klinik Vet untuk mencegah penyakit, kos ke klinik tak lah mahal seperti yang anda sangkakan.
tapi kalau anda ke Klinik Vet untuk merawat penyakit, kos ke klinik memang mahal 
jadi kalau anda diberi pilihan, yang mana anda pilih?
kalau saya tentulah nak yang tak mahal…
apatah lagi dengan ekonomi sekarang ni 
semuanya barang naik harga, kalau boleh nak minimum kan perbelanjaan.

Jadilah pengguna bijak, jangan tunggu keadaan dah teruk baru nak bawa ke klinik veterinar dan yang paling penting bawa vet berjumpa ke Vet yang bertauliah & berlesen, sekarang banyak “fake Vet” nanti bertambah2 la kos rawatan kucing anda….

sila share jika anda setuju dengan kenyataan “Mencegah lebih baik dari merawat”
bukan itu saja, malah #mencegah dapat mengurangkan kos rawatan kucing.

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *