ASAL USUL KETURUNAN KUCING

ASAL USUL KETURUNAN KUCING ANDA

Percayakah anda kucing anda yang manja, jinak dan mesra itu sebenarnya mempunyai susur galur yang sama dengan haiwan liar, ganas dan membunuh seperti harimau dan singa?

Kucing dipercayai berasal dari keturunan yang sama dengan kucing liar yang dikenali sebagai “wildcat” atau “bigcat”

Oleh itu pemahaman yang mengatakan kucing adalah sama dengan anjing adalah sama sekali tidak benar, jauh sekali untuk menyamakan anjing kecil dengan kucing.
Mungkin kerana itulah adanya peribahasa yang mengatakan “seperti anjing dengan kucing” yang membawa maksud sering bertengkar kerana tidak persefahaman.

Di dalam bidang perubatan veterinar pula, pelajar akan sering diingatkan ” Cat is NOT small dog” yang bermaksud kucing bukan anjing kecil. Ternyata kucing dan anjing adalah berbeza.

Kucing dikatakan berasal berasal dari Felis silvestris, dan dianggap sebagai karnivor yang paling tinggi dalam kewujudan haiwan karnivor di Eropah, Afrika dan Asia.

Ini menyangkal bahawa kucing makan nasi!
Ini kerana haiwan karnivor adalah haiwan pedaging, iaitu haiwan yang hanya memakan daging.

Walaupun kucing telah dijinakkan sejak beribu tahun, tetapi kucing domestik ini masih mempunyai ciri fizikal yang sama dan serupa dengan kucing liar keturunan asalnya.

Felis silvestris adalah dari Famili Felidae. Famili Felidae ini mempunyai 37 spesis dibawahnya.
Cheetah tidak termasuk didalam keluarga ini, kerana kuku Cheetah tidak boleh disentut (retractile).
Semua spesis kucing dibawah Famili Felidae mempunyai badan yang fleksibel, rahang pendek dengan gigi khusus, mempunyai deria pancaindera yang tajam, pembentukan otak yang sempurna, mempunyai kaki digitigrad, dan kuku yang boleh disentut.

Kucing juga mempunyai kelebihan istimewa iaitu kemampuan untuk menghasilkan bunyi getaran yang dikenali sebagai “purr”, tetapi bagi kucing besar seperti harimau,singa,jaguar dan jaguar salji (snow leopard) mereka mengaum (“roar”).

Kucing yang telah dijinakan dikenali sebagai “domesticated cat” atau nama saintifiknya Felis catus atau Felis silvestris catus .

Kini kucing lebih dikenali sebagai “house cat” kerana ia merupakan haiwan kesayangan yang paling popular dan dibela sepenuhnya didalam rumah.

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *