Tak percaya ada orang beri kucing panadol!?
Setuju tak kalau saya katakan hampir setiap rumah di Malaysia ada menyimpan Pandol yang digunakan ketika pening kepala atau demam. Malah saya sendiri ada menyimpannya di rumah, di klinik malah di dalam beg saya, untuk kegunaan masa kecemasan.
Sesungguhnya di kala kita tengah banyak kerja, atau sedang mengejar “due date” untuk menghantar tugasan, masa tu pulak kepala terasa pening dan badan rasa nak demam, tatkala itu kehadiran Panadol sangatlah bermakna. Seolah-olah Panadol penyelamat untuk kita berjuang menyiapkan tugasan tersebut.
Tapi berbeza pula halnya dengan KUCING, Panadol merupakan malapetaka kepada haiwan comel ini, malah ia boleh meragut nyawa kucing anda. Oleh itu jangan sesekali memberikan Panadol kepada kucing anda.
Saya sebagai seorang veterinar sering mendapat kes sebegini di klinik saya di Shah Alam. Baru-baru ini, saya menerima satu kes, di mana muka SiComel(bukan nama sebenar) kelihatan agak bengkak, kemudian air liur meleleh dengan banyak, SiComel kelihatan pucat dan lemah. Menurut pemiliknya, SiComel dikatakan sudah tidak sihat 2-3 hari. Selepas melakukan pemeriksaan, terdetik dihati macam termakan Panadol je. Belum pun sempat saya bertanya, pemiliknya telah memaklumkan bahawa beliau telah memberikan Panadol kepada SiComel pada hari sebelumnya.
Ketahuilah kucing sangat sensitif pada panadol sehingga boleh membawa kepada kematian. Ini kerana, hati kucing tidak mempunyai enzim yang bertanggungjawab untuk mencerna bahan yang dinamakan acetaminophen.
Acetaminophen adalah bahan yang terkandung dalam Panadol. Sebenarnya bukan sahaja Panadol, malah mana-mana ubat yang mengandungi bahan acetaminophen adalah merbahaya kepada kucing. Tahap keracunan kucing terhadap bahan ini adalah serendah 10mg/kg berat badan.
Sebagai contoh, sekiranya berat seekor kucing dewasa adalah 5kg, ini bererti kucing tersebut boleh bertolak ansur dengan bahan tersebut maksimum 50mg,sedangkan sebiji Panadol yang biasa adalah 500mg. Walaupun hanya 1/4biji (125mg) diberi kepada kucing, ia boleh membawa kematian! Apatah lagi kalau diberi 1biji.
Namun saya pasti, ada diantara anda akan berkata “saya bagi kucing saya Panadol, elok je sihat je.. takde apa-apa pun!”. Percayalah bukan anda sorang, malah saya sering dilontarkan persoalan itu. Saya tidak menafikan atau mengatakan anda tipu, namun saya tidak menjumpai mana-mana fakta atau penulisan yang mengatakan kini kucing selamat memakan Panadol.
Namun persoalan itu mungkin terjawab dalam penerangan yang diberikan oleh BPFK (Badan Pengawalan Farmaseutikel Kebangsaan). Suatu pagi, dalam perjalan ke tempat kerja, saya medengar siaran radio yang membincangkan perihal ubat tiruan. Terperanjat saya selepas mendengar penjelasan pegawai tersebut.
Saya menyangka ubat tiruan hanya dijual di kaki lima, dan menggunakan nama yang pelik dan sangat berbeza dengan produk asal. Tetapi sebenarnya ubat tiruan turut dijual dipremis, dan hampir menyerupai produk asal sehingga 90%. Tanpa penilitian kita hampir tidak boleh membezakannya.
Berbalik semula pada cerita Panadol dan Kucing, berkemungkinan Panadol yang diberikan bukan yang asli, kerana itulah ia tidak memberi kesan kepada kucing.
Walau apapun kemungkinannya, rasanya tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa kucing anda. Untuk berada di zon selamat adalah lebih baik untuk TIDAK memberi Panadol kepada kucing anda. Memberi kucing panadol seumpama memberi ubat batuk dewasa kepada bayi. Pastinya anda tidak akan melakukannya bukan?
Adakalanya niat yang baik, kalau tersalah langkah boleh membawa malapetaka. Kesian pada kucing anda, dari demam biasa yang boleh dirawat, anda bagi Panadol, tak fasal-fasal kucing anda diambang maut. Sebaiknya bawalah kucing anda berjumpa Vet yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Kongsikan bersama rakan-rakan anda yang memiliki kucing, jika anda tidak mampu merawat kucing mereka, sekurang-kurangnya anda mampu menyelamatkan nyawa kucing mereka. Mencegah lebih baik dari merawat.
salam…apa kesan kalau bagi ubat batuk manusia kepada kucing..
Salam
sebaiknya jangan lah….saya pun tak pasti apa kesannya …
mungkin tengok jenis ubat juga, walaupun sama tapi dossage berbeza.
Salah dos boleh bahaya.
Doktor, apa kesan kalau bagi kucing selesema makan ubat selsema kanak2? Boleh ke?
Hi Tim & Na
sebaiknya jangan, ini kerana…..
1- anda tidak pasti sama ada ubat “selsema manusia” yang awak gunakan adalah
selamat untuk kucing
2- anda tidak tahu dos yang sesuai untuk kucing anda
kalau tak jadi apa2 tak apa
tapi kalau memudaratkan bagaiman ?
lebih teruk kalau membawa kematian
so sebaiknya jangan
melainkan diberikan oleh VET yg bertauliah
Boleh ke saya bagi kucing saya yg selesema ubat selesema manusia
?
Hi Mohamad Nurhafiz
sebaiknya jangan, ini kerana…..
1- anda tidak pasti sama ada ubat “selsema manusia” yang awak gunakan adalah
selamat untuk kucing
2- anda tidak tahu dos yang sesuai untuk kucing anda
kalau tak jadi apa2 tak apa
tapi kalau memudaratkan bagaiman ?
lebih teruk kalau membawa kematian
so sebaiknya jangan
melainkan diberikan oleh VET yg bertauliah
saya dah bagi ubat panadol kepada kucing saya,beberapa jam kemudian muka kucing makin membengkak.so,apa yang patut saya lakukan secepat mungkin selain daripada membawanya ke klinik Vet?
Hi Nurul
ERK !!!
hurmmm saya baca mesej awak ni dah agak lambat
tak pasti apa yg berlaku pada kucing awak
muka bengkak adalah tanda awal kucing keracunan panadol
apa yg perlu anda lakukan – bawa ke klinik dgn segera untuk dapatkan antidot untuk panadol toxicity.
Anak Kucing saya tiba2 menggeletar serta suhu badan pun meningkat.x aktif Sperti biasa.macam mana hendak tangani kes saya ni?klinik haiwan pun jauh.tolong respond,mngkin respond anda dpat mnyelamatkan nyawa anak kucing saya.
hi stephanie
maaf tiada apa yg mampu saya lakukan
maaf juga sya tidak dapat memberikan respond segera kepada anda
biasanya akan memberikan keselesaan dan mengurangkan kesakitan kepada kucing
untuk rawatan – memang perlu diperiksa terlebih dahulu dan perlu diberikan rawatan secara fizikal
maaf sekali lagi ye
Assalamualaikum doc Sy nk tnya mcmane Sy nk wat Kalo kucing sy mngalami cirit birit yg berterusan sehingga hilang berat badan dan kucing tu dah tak Ada tenaga untuk berjalan?sy nk bawa ke klinik vet tapi dekat sini xde klinik untuk vet.apa yg perlu sy lakukan ye doc?
Waalaikumsalam
sebaiknya bawa berjumpa dengan vet
tapi kalau memang betul kawasan awak tiada VET
buat permulaan mungkin kena kenal pasti makanan apa yang anda berikan pada kucing anda.
nanti awak reply semula ye
untuk mudah mungkin boleh mesej saya di FBPage saya : https://www.facebook.com/drlynnyamin/
assalamualaikum doc, boleh ke kalau saya beri ubat demam kidz PCM ke kucing saya. sbb sya comfirm dia mmg demam. tak dapat bawa pi jumpa vet.. vet tutup dan saya takut dia x dapat bertahan sehingga hari saya boleh bawa pi jumpa vet.
Waalaikumsalam
terima kasih kerana bertanya.
maaf lambat jawab soalan rara , harap kucing rara dalam keadaan baik.
Tak boleh.
1- sebab itu ubat untuk manusia
2- ubat tersebut mungkin mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk kucing anda
sebaiknya cuba untuk kurangkan panas badan kucing dengan cara lain , dari memberi ubat yang mungkin membawa lebih penyakit kapada si comel