Penyebaran kucing ke benua Eropah, Afrika dan Asia sangat meluas

Penyebaran kucing ke benua Eropah, Afrika dan Asia sangat meluas

Kucing dipercayai mula wujud atau berinteraksi dengan kehidupan manusia seawal 3000 atau 4000 Sebelum Masihi

Sewaktu zaman purba Mesir, kucing dianggap sebagai haiwan suci. Mereka menganggap kucing ini mewakili tuhan mereka. Semasa kehadiran Kristian ke Mesir, kucing tidak lagi dianggap sebagai haiwan suci. Pada ketika itu, kucing dipercayai digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada dimakan oleh tikus. Ini dibuktikan dengan peninggalan hasil lukisan di zaman Purba Mesir.

Walaupun penyebaran kucing ke benua Asia dan Eropah tidak diketahui, tetapi ia dikatakan bermula semasa tentera Mesir menakluki bumi Persia (yang kini dikenali sebagai Iran). Ia dikatakan tentera mesir memasuki Pelusia, dan dicatatkan kehadiran kucing di daerah tersebut.

Kehadiran kucing di tanah Arab berjaya menembusi kepopularan kuda sebagai haiwan kesayangan. Orang Islam juga mempercayai bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Direkodkan bahawa Rasulullah (SAW) mempunyai seekor kucing betina yang diberi nama Muezza. Kasihnya baginda kepada Muezza,sehingga baginda sanggup memotong jubah yang dipakainya kerana tidak mahu mengejutkan Muezza yang sedang tidur diatas jubahnya itu.

Kekuatan dan kehebatan empayar Rom dikatakan mendorong kepada penyebaran kucing ke benua Eropah dan Britain. Manakala hubungan dan perdagangan antara Eropah dan Asia terutama negara China dan India mendorong kepada penyebaran mamalia tersebut ke Benua Asia.

Pada awalnya, kucing dihargai kerana kecekapannya dalam memburu haiwan perosak. Dipercayai pada awalnya, kucing digunakan sebagai penjaga hasil tanaman terutamanya bijirin dari dimakan oleh haiwan perosak seperti tikus.

Kemudian kucing mula dijinakkan dan dijadikan haiwan peliharaan

Kajian arkeologi membuktikan bahawa Felis sylvestris lybica atau lebih dikenali sebagai Kucing Liar Afrika (Africa Wild Cat ) sebagai moyang utama kucing domestik. Kucing ini masih lagi ditemui sehingga ke hari ini.

Selain itu Felis sylvestris sylvestris atau dikenali sebagai Kucing Liar Eropah menyumbang kepada perkembangan kucing sebagai haiwan kesayangan yang diminati.

Kini, kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat popular dan menjadi penghuni di hampir setiap rumah di seluruh dunia, tidak kira bangsa dan agama.

Menarik bukan apabila kita mengetahui perihal SiComel? Siapa sangka bahawa pada zaman dahulu SiComel dipelihara untuk menjaga hasil bijirin

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *