Selamat Tahun Baru 2019

As salam dan salam sejahtera buat semua,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Tahun Baru buat semua pembaca blog ini.

Harapan saya moga 2019 akan membawa kebahagian dan lebih rahmat buat kita semua berbanding 2018.

Pastinya 2018 meninggalkan 1001 satu kenangan buat kita semua, terutama apabila azam yang telah disetkan pada awal tahun berjaya dicapai.

Begitu juga dengan saya, walaupun ada yang bertangguh dan ada yang saya tidak mampu selesaikan namun ada beberapa perkara indah yang berlaku di dalam hidup saya.

Syukur kepada Allah, pada 2018 saya berjaya menyiapkan sebuah eBook yang berjudul 99 FAKTA KUCING YANG ANDA PERLU TAHU. Lega sangat-sangat apabila impian terlaksana, walaupun ini eBook ini bukanlah perancangan yang sebenar, namun saya beranggapan sebelum saya menulis eBook yang lebih serius lebih baik mulakan dengan yang ringan ringan. InshaAllah akan ada eBook yang bakal menyusul.

Mungkin ada yang tertanya kenapa eBook. Sebenarnya lebih kurang 9-8 tahun yang lalu tak silap saya dalam 2010 sbb time tu saya ingin mengerjakan umrah. Saya telah dihubungi oleh penulis dari sebuah syarikat penerbitan yang tersohor di negara kita. Saya ditawarkan untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan kucing. Ketika itu seolah-olah “orang mengantuk disuakan bantal”. Sebab saya memang suka menulis sejak kecil lagi.

Namun disebabkan kekangan masa dan masalah2 dalaman ianya tidak menjadi. Saya memang cerewet dalam menghasilkan sesuatu benda, kalau nak tulis saja saja – merapu macam post ni saya boleh tulis bila bila masa dengan panjang lebar. Tapi kalau nak tulis hal ilmiah, saya akan ambil masa yg lama kerana perlu membuat rujukan, sbb tidak mahu nanti ilmu yang disampaikan tidak tepat.

Pada ketika itu saya akur, mungkin bukan rezeki saya untuk menulis buku. Lagipun siapa saya ilmu pun belum penuh di dada. Buku itu kemudiannya ditulis oleh lecturer2 saya di fakulti tak silap sbb abg sy yg kebetulan juga aktif buat design cover buku dapat info hal tersebut. ok apa pun lupakan bab tu.

2013 sesuatu berlaku, menyebabkan saya akur untuk tidak meneruskan hajat menyambung kursus di luar negara. Namun mungkin sikap semulajadi yang suka nak belajar benda baru, saya telah mengikuti kursus ProDISM dari situ saya mendapat idea dan didedahkan tentang penghasilan eBook. Semasa pengajian tersebut dalam salah satu topik kursus, setiap pelajar perlu menghasilkan produk, dan saya telah memilih eBook sbgi produk saya. Namun sekali lagi saya tidak sempat untuk menyiapkannya sewaktu saya bergraduat. 2016 penuh liku – 2017 saya ditimpa musibah — jadi 2018 saya nekad untuk siapkan.
namun untuk saya siapkan semua adalah mustahil. Jadi say hasilkan dulu Part 1 dari original ebook saya dan saya olah hinggalah menjadi sebuah eBook.

Syukur ia akhirnya berjaya disiapkan walaupun pada awal perancangan adalah sebuah naskah bercetak kemudian berubah menjadi pecahan ebook.InnshaAllah akan ada lagi eBook seterusnya.

Sedikit berkaitan eBook ini ,
eBook ini mengandungi 9 Topik asas dalam Penjagaan Kucing dan dalam setiap topik saya bincangkan 9 fakta asas yang perlu pemilik kucing tahu. Dan di akhir eBook ini saya selitkan;
9 LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMILIKI KUCING
9 TIPS KESIHATAN KUCING

Jadi 9 x9 = 81 + 9 + 9 = Total 99

sekiranya berminat anda boleh order dengan mengisi borang di sini.

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *