November 12

Flea Dirt – Tahi Kutu

fleadirt

Pernahkah anda melihat bintik-bintik atau serbuk hitam (seperti dalam gambar) pada bulu kucing anda?
– Ini bukan habuk
– Ini bukan kotoran akibat kucing anda berguling di atas jalan raya
– Ini bukan telur kutu

Habis apa benda ni?
Ini adalah kotoran dari kutu atau juga di kenali dengan istilah “FLEA DIRT” warna sebenarnya adalah merah atau dark brown.
Tak percaya, dapatkan kotoran ini anda cuba larutan pada air atau gosok kan pada kapas yang beralkohol (alcohol swab). Pasti air tadi bertukar menjadi merah atau coklat pekat, dan kapas atau swab tadi ada meninggalkan kesan merah.

FLEA DIRT ini adalah najis kutu/sengkenit/flea. Dah tu kenapa warna merah? Sebab kutu hisap darah, darah warna merah ….. sebab itulah najisnya berwarna merah
Like & Share dengan rakan-rakan

September 20

FLEA

10599297_1497790987158406_3638687807028895853_n

Situasi 1
Pemilik : Kucing saya dalam rumah sahaja tak keluar rumah
DrLynn: Ada tak contact dengan kucing luar?
Pemilik : Ada la sekor kucing tu suka masuk rumah, kadang dia main kat luar pintu rumah
====================
Situasi 2
Pemilik : Kucing saya duk dalam sangkar je…tak campur dengan kucing lain
DrLynn : Sangkar dalam rumah ke luar?
Pemilik : Kat luar.

Ketahuilah selagi kucing anda boleh berhubung atau ada contact dengan kucing luar
Kucing anda sentiasa terdedah untuk dijangkiti oleh FLEA
English kata FLEA
Bahasa Malaysia terjemah “SENGKENIT”
Orang awam mengistilahkannya sebagai “KUTU”

Boleh dilihat dengan mata kasar, bergerak pantas dan laju di badan kucing. Menghisap darah dan boleh membawa penyakit kepada kucing anda!

November 9

Bahaya mata kail kepada kucing

Ingat lagi tak pada hari Ahad yang lalu saya ada kongsikan gambar kucing memancing? Pasti ramai di antara anda yang gemar memancing betul tak?

Tapi sekarang orang banyak memancing kat kolam kan? Ker masih ada lagi yang pergi memancing di persekitaran luar? Sewaktu dibangku sekolah, saya sering ikut abang saya dan kawan-kawan dia pergi memancing… tapi kami memancing di longkang dan salir air je …… Saje suka suka

Kini peralatan untuk memancing pun dah hebat-hebat umpan pun dah ada macam-macam, maklumla kantarget tangkapan pun ikan besar besar … kami dulu pakai cacing je, so hasil tangkapan pun ikan kecik je , ikan puyu (belatuk) , ikan haruan (ni dah kira hebat lah kalau dapat).

Apapun memancing merupakan aktiviti riadah yang boleh dikongsikan bersama keluarga pada hujung minggu, atau masa lapang. Ada juga yang menjadikan aktiviti memancing sebagai sumber pendapat sampingan. Memancing memerlukan kesabaran dan aktiviti ini bolehlah dikatakan kurang berisiko kalau nak dibandingkan dengan hobi sukan lasak.

Peralatan memancing secara asas perlukan , joran (batang pancing ) , tali dan mata kail. Nampak macam tak merbahaya betul tak? Tapi adakalanya kecuaian dalam menyimpan peralatan memancing boleh boleh mengundang bahaya pada kucing anda.

Kucing sangat gemar dengan sesuatu yang bertali, mereka suka bermain dengan tali, apa-apa tali , benang atau reben, ini termasuklah tali pancing. Mungkin bau ikan yang masih melekat pada peralatan memancing sedikit sebanyak akan menarik perhatian kucing untuk mendekati, dan menghidu peralatan pancing tersebut. Dan yang lebih menarik perhatian apabila melihat umpan yang berbulu (Seperti rajah yang saya kongsikan sebelum ini).

umpan3

Apa yang bakal berlaku ?
Angin bertiup, menyebabkan tali pancing atau umpan terbuai atau bergoyang ….
mmm macam menarik je (minda kucing) …pada mulanya mereka akan hidu….sniff sniff…
kemudian dengan rasa ingin tahu kucing mula menyentuh dengan menguis-nguis dengan kaki umpan atau tali pancing….. bertambah goyang dan beralun….mmmm best ni (minda kucing) mula menguis dengan kaki di tambah dengan menerkam, menggigit. Tup mangsa dah termakan umpan , Cuma kali ni yang menjadi mangsa adalah kucing.
Tindakan spontan bila sakit adalah menghindarkan punca kesakitan, jadi sama ada kucing anda akan cuba menanggalkan mata kail tersebut , atau lari dari tempat tersebut. Dan ia mungkin akan lebih mencederakan kucing anda.

case mata kail kaki

Sekiranya anda ada ditempat kejadian, JANGAN PANIK!… cuba tenangkan kucing anda. Kalau kucing dah “menggila” kerana kesakitan, potong tali pancing dengan segera, ambil tuala dan tekup kucing anda dan masukkan ke dalam carrier atau sangkar. Segera bawa ke VET untuk menanggalkan mata kail tersebut. JANGAN CUBA tanggalkan sendiri kerana ia akan lebih mencederakan kucing anda.

Sekiranya keadaan memaksa, anda perlu potong hujung mata kail tersebut terlebih dahulu sebelum menariknya keluar. Ini kerana kebanyakkan mata kail mempunyai hujung yang tajam dan bercangkuk ke dalam, sekiranya anda menarik keluar ia akan menyebabkan daging/isi/tisu kucing anda terkoyak lebih teruk.

Kepada abg-abg kaki pancing jangan terasa hati atau tersinggung ye, bukan kata uols tak simpan barang ofcourse uols simpan perkakas uols baik-baik, ni mungkin kes terpencil.

Perkara ini bukan tertumpu pada kepada pancing ikan sahaja, malah apa sahaja objek yang boleh dianggap merbahaya kepada kucing. Menjaga kucing sama seperti menjaga anak kecil, mereka mudah tertarik dengan objek-objek seperti ini. Jadi kepada semua pemilik kucing sila ambil langkah keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan kepada kucing anda, bukan sahaja kucing anda tapi kepada mana-mana kucing diluar sana.

Berikut saya kongsikan salah satu gambar kucing yang berkunjung ke klinik saya di Shah Alam, untuk menanggalkan mata kail yang melekat pada kaki dan mulutnya. Kesian kan. Moga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar.

case mata kail mulut

Category: Kucing | LEAVE A COMMENT
November 2

Usia Kucing Anda

Semalam di FB pageDrLynnYamin saya menanyakan beberapa soalan berkaitan dengan umur kucing. Kesemunya 12 soalan, and semuanya berkaitan dengan umur kucing.  

Pelbagai jawapan yang saya terima, dalam hal ini tiada jawapan yang salah atau betul.

Macam mana tu? Macam ni, kucing adalah benda hidup dan ia sangat subjektif dan bersikap individual, jadi jawapan yang saya berikan adalah sebagai panduan sahaja. Jawapan yang anda berikan mungkin berdasarkan pengalaman anda masing-masing.
Berikut adalah soalan dan jawapannya ;


Q1 : Anak kucing atau kitten, sehingga umur berapakah kucing masih dianggap kitten?

Walaupun anak kucing mula “matang” (puberty atau akil baligh) lingkungan
umur 5-6 bulan.Anak kucing adalah kucing yang berumur 1 hari sehingga 1tahun.
Oleh itu selagi bagilah kucing anda makan makanan anak kucing sehingga kucing anda berumur 1tahun,

Q2: Pada umur berapakah kucing mula mengawan?

Anak kucing mula “matang” (puberty atau akil baligh) pada umur 5-6 bulan. Berdasakan
pengalaman saya kucing local (DSH) lebih cepat matang berbanding yang berbaka tulin. Biasanya kita boleh mengenali sama ada kucing tersebut sudah mula “matang” (puberty atau akil baligh) dengan 2 cara ; satu melalui gigi yang kedua kucing telah menunjukkan tanda-tanda  “gatal”
atau “biang”.

Melihat gigi lebih tepat kerana gigi taring bertukar kepada gigi kekal ketika kucing berumur 6bulan. Adakalanya kucing telah pun “matang” (puberty atau akil baligh), tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda biang atau “gatal”.

Q3: Pada usia / umur berpakah kucing dianggap sebagai “senior cat”?
Kucing yang telah mencapai umur 7 tahun ke atas di anggap sebagai “senior”. Dan anda dinasihatkan untuk memberi makanan “senior cat” kepada kucing anda.

Q4 : Pada umur berapakah anak kucing mula membuka mata?

Walaupun ada anak kucing yg mula membuka mata mereka seawal umur 3 hari, tetapi secara purata anak kucing membuka mata pada umur di antara 7-10 hari. Paling lewat mungkin 14hari (2minggu). Sekiranya lebih dari itu, anda seharusnya
berjumpa Vet untuk pemeriksaan.

Q6: Seawal umur berapakah, anak kucing sepatutnya mula di vaksin?

Anak kucing perlu divaksin seawal umur 6-8minggu dan berat mesti minima adalah 500gram. Mengapa 6minggu? Ini kerana pada usia 6 minggu anak kucing sepatutnya sudah mula cerai susu, oleh itu maternal antibodi yang diperolehi dari ibu akan mula menurun.  Bagi anak kucing yang tidak mempunyai ibu, 6 minggu adalah masa yang sesuai. Aminah Khalid boleh juga tapi the best adalah seawal umur 2bulan

Q9 : Pada usia berapa kah kita boleh menghantar kucing untuk
di buat proses pemandulan?

Umur yang ideal untuk menghantar kucing untuk membuat proses pemandulan adalah seawal usia 6 bulan. Ini kerana pada usia tersebut kucing mencapai usia matang.
Namun  tidak dinafikan sesetengah Vet and melakukannya pada usia yang lebih muda seawal 3bulan, bergantung kepada Vet tersebut.

Q10: Kucing betina
… apakah usia ideal untuk kucing betina mula bunting?

Umur ideal untuk kucing betina bunting (mengandung) adalah apabila kucing mencapai umur 1tahun dan berat minima adalah 2kg. Kenapa? Pada usia 1tahun pembentukan tulang telah lengkap, ini bagi mengelakkan komplikasi semasa melahirkan
(dystocia).

Q11 : Ibu Kucing, bagi ibu kucing yang baru melahirkan anak…. sekiranya kita nak hantar ibu kucing tersebut untuk dimandulkan, kita kena tunggu sampai anak kucing tersebut umur berapa?
Untuk hantar ibu kucing yang baru beranak, masa yang sesuai untuk menghantar si ibu untuk memandulan  adalah apabila usia anak kucing berumur 6-8minggu. Kerana pada usia anak kucing 6-8minggu anak kucing sedah mula cerai susu, dan mula belajar makan sendiri 

Soalan Q5,Q7 dan Q8  berkaitan dengan kucing yang paling tua.


Q5&Q7: Apakah umur kucing yang paling tua pernah anda jumpa, kenal, tahu atau miliki ?

jawapan yang saya terima;  Pn Sarah Alias ialah kucing berumur  20tahun dan Dr Dahlia Wee Muru…23tahun.

Secara peribadi saya pernah merawat kucing berumur 22tahun.
Saya tidak boleh lupa pengalaman semasa melakukan praktikal di UVTH,UGA (lebih kurang 10tahun dulu). Saya membantu membuat rawatan pada seekor yang kurus,menurut pelajar senior kucing tersebut datang ke hospital untuk drip (masuk air) dalam 3 minggu sekali. Kucing tersebut menghadapi masalah buah pinggang.

Saya membantu memgang kuicng tersebut, tiba-tiba kuicng tersebut terkulai di tangan saya. Punya lah saya panik, saya ingat saya salah pegang atau ada sesuatu yang saya buat hingga tiba-tiba kepala dia terlentok. Melihat keadaan saya pelajar senior tersenyum dan menerangkan kucing tu ok , dia cuma tertidur. Kucing tersebut mengangkat kepala dan sedar semula bila namanya dipanggil. Rupanya umur kucing tersebut adalah 22tahun!  22 tahun bersamaan 105 tahun umur manusia…

Q8 : Umur kucing tertua mengikut catatan Guinness World Records?

Mengikut Guiness World Records, kucing tertua yg direkodkan ialah kucing yang bernama “Creme Puff” yg lahir pada 3 Ogos 1967 dan menghembuskan nafas terakhir pada 6 Ogos 2005.
Mengikut perkiraan umur Creme Puff adalah 38tahun dan 3 hari
Creme Puff  merupakan kucing peliharaan Jake Perry, yang tinggal di 
Austin, Texas, USA

Apapun, seperti yang saya katakan tadi umur yang saya berikan adalah sebagai panduan dan ia merupakan umur yang paling “common” dan “standard” digunakan. Tetapi ia bukanlah mandatori , sebagai contoh anak kucing buka mata. Tapi kalau dah lebih dari jangkaan umur anda boleh lah berjumpa Vet untuk pemeriksaan.

Mengikut Guiness World Records, kucing tertua yang masih hidup (LIVING CAT) pada ketika ini berumur 24 tahun.
Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24, merupakan pemegang rekod “Kucing Tertua yang Masih Hidup”. Poppy dilahirkan pada 1990, dan tinggal di UK.

Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24
Poppy (DSH Tortoiseshell ) yang baru menyambut kelahirannya yang ke 24
November 1

BAHAYA Panadol kepada kucing

Tak percaya ada orang beri kucing panadol!?

Setuju tak kalau saya katakan hampir setiap rumah di Malaysia ada menyimpan Pandol yang digunakan ketika pening kepala atau demam. Malah saya sendiri ada menyimpannya di rumah, di klinik malah di dalam beg saya, untuk kegunaan masa kecemasan.

Sesungguhnya di kala kita tengah banyak kerja, atau sedang mengejar “due date” untuk menghantar tugasan, masa tu pulak kepala terasa pening dan badan rasa nak demam, tatkala itu kehadiran Panadol sangatlah bermakna. Seolah-olah Panadol penyelamat untuk kita berjuang menyiapkan tugasan tersebut.
Tapi berbeza pula halnya dengan KUCING, Panadol merupakan malapetaka kepada haiwan comel ini, malah ia boleh meragut nyawa kucing anda. Oleh itu jangan sesekali memberikan Panadol kepada kucing anda.

Saya sebagai seorang veterinar sering mendapat kes sebegini di klinik saya di Shah Alam. Baru-baru ini, saya menerima satu kes, di mana muka SiComel(bukan nama sebenar) kelihatan agak bengkak, kemudian air liur meleleh dengan banyak, SiComel kelihatan pucat dan lemah. Menurut pemiliknya, SiComel dikatakan sudah tidak sihat 2-3 hari. Selepas melakukan pemeriksaan, terdetik dihati macam termakan Panadol je. Belum pun sempat saya bertanya, pemiliknya telah memaklumkan bahawa beliau telah memberikan Panadol kepada SiComel pada hari sebelumnya.
Ketahuilah kucing sangat sensitif pada panadol sehingga boleh membawa kepada kematian. Ini kerana, hati kucing tidak mempunyai enzim yang bertanggungjawab untuk mencerna bahan yang dinamakan acetaminophen.

Acetaminophen adalah bahan yang terkandung dalam Panadol. Sebenarnya bukan sahaja Panadol, malah mana-mana ubat yang mengandungi bahan acetaminophen adalah merbahaya kepada kucing. Tahap keracunan kucing terhadap bahan ini adalah serendah 10mg/kg berat badan.

Sebagai contoh, sekiranya berat seekor kucing dewasa adalah 5kg, ini bererti kucing tersebut boleh bertolak ansur dengan bahan tersebut maksimum 50mg,sedangkan sebiji Panadol yang biasa adalah 500mg. Walaupun hanya 1/4biji (125mg) diberi kepada kucing, ia boleh membawa kematian! Apatah lagi kalau diberi 1biji.

Namun saya pasti, ada diantara anda akan berkata “saya bagi kucing saya Panadol, elok je sihat je.. takde apa-apa pun!”. Percayalah bukan anda sorang, malah saya sering dilontarkan persoalan itu. Saya tidak menafikan atau mengatakan anda tipu, namun saya tidak menjumpai mana-mana fakta atau penulisan yang mengatakan kini kucing selamat memakan Panadol.
Namun persoalan itu mungkin terjawab dalam penerangan yang diberikan oleh BPFK (Badan Pengawalan Farmaseutikel Kebangsaan). Suatu pagi, dalam perjalan ke tempat kerja, saya medengar siaran radio yang membincangkan perihal ubat tiruan. Terperanjat saya selepas mendengar penjelasan pegawai tersebut.

Saya menyangka ubat tiruan hanya dijual di kaki lima, dan menggunakan nama yang pelik dan sangat berbeza dengan produk asal. Tetapi sebenarnya ubat tiruan turut dijual dipremis, dan hampir menyerupai produk asal sehingga 90%. Tanpa penilitian kita hampir tidak boleh membezakannya.

Berbalik semula pada cerita Panadol dan Kucing, berkemungkinan Panadol yang diberikan bukan yang asli, kerana itulah ia tidak memberi kesan kepada kucing.
Walau apapun kemungkinannya, rasanya tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa kucing anda. Untuk berada di zon selamat adalah lebih baik untuk TIDAK memberi Panadol kepada kucing anda. Memberi kucing panadol seumpama memberi ubat batuk dewasa kepada bayi. Pastinya anda tidak akan melakukannya bukan?

Adakalanya niat yang baik, kalau tersalah langkah boleh membawa malapetaka. Kesian pada kucing anda, dari demam biasa yang boleh dirawat, anda bagi Panadol, tak fasal-fasal kucing anda diambang maut. Sebaiknya bawalah kucing anda berjumpa Vet yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Kongsikan bersama rakan-rakan anda yang memiliki kucing, jika anda tidak mampu merawat kucing mereka, sekurang-kurangnya anda mampu menyelamatkan nyawa kucing mereka. Mencegah lebih baik dari merawat.

Panadol Ubat atau Racun pada Kucing

October 27

NAMA KUCING ANDA

Salam sejahtera kepada peminat kucing terutamanya pemilik kucing

Pada 25 Oktober yang lalu saya mengajak rakan-rakan di  FB untuk berkongsikan nama kucing mereka.
Terima kasih kepada yang turut serta berkongsi nama kucing-kucing anda. Berikut adalah nama-nama yang sempat saya senaraikan

  • Angah , Opot , Bedol (Afieza Ariffin) 
  • Ban , Yaboo (Dorathy Ann Philia Daud)
  • Bilbo, Begins, Oyen (Noorazah Abdullah)
  • Chopper (Att Sharif)
  • Chiike (Nining Hayati)
  • Ciput (Zurida Mahmud)
  • Lola, Puss, Loki (Zaza Ghazali)
  • Lola (Fazilatul Rabaniah)
  • Miki, Meatloaf (Wani Mohd)
  • Mounty , Paulo (Azura Bajuri)
  • Markisah@kiss, Putih@teh (Diha Rauza)
  • Princess Embun (Maya Nate)
  • Putih (Suhaini Ahmad) 
  • Samy Vellu (CT Bahijah) 

Menarik bukan ….?

Kebiasaannya pemilik kucing menamakan kucing mereka berdasarkan beberapa faktor seperti berikut…

  1. Warna kucing tersebut sebagai contoh
    1. Warna asal – Putih, Hitam, Kelabu, Oyen
    2. Corak pada wara kucing — Tompok,Tabby, Stokin,
  2. Paras muka, bentuk muka, atau warna yg menyerupai sesuatu karakter atau sesuatu yg lain seperti 
    1. Garfield biasanya kucing persian yang berwarna oren
    2. Felix kucing hitam putih
    3. Zorro kucing yang matanya berwarna hitam 
    4. Salem kucing berwarna hitam
  3. Nama berdasarkan keadaan kucing tersebut
    1. Gebu , Gemok, Boyak
    2. Kurus, Kering, Kecik
  4. Nama panggilan kucing atau yang bermaksud kucing
    1. Panggilan — meow,comel, kitty
    2. Kucinh — cat , neko

Selain itu terdapat banyak lagi sebab atau faktor yang mempengaruhi pemilik kucing memberikan nama kepada si comel mereka.  Secara jujurnya, berdasarkan pemerhatian saya selama menjadi Vet, terdapat 101 sebab untuk pemilik kucing menamakan kucing mereka. Baru baru ini saya menerima pesakit yang diberi nama BAWANG RENTUNG! menarik bukan?

Di sini saya kongsikan beberapa faktor lain yang sering mempengaruhi pemberian nama kucing;

  • Nama panggilan manja 
    • Baby / Adik / Dik / Babe
    • Mama / Papa
    • Girl / Gegirl / Boy / Boboy / Abang / Kakak
  • Nama tempat mereka menjumpai kucing tersebut
    • Kiara (lebuhraya berhampiran bukit kiara)
    • KFC (jumpa dihadapan KFC)
  • Nama mengikut musim / trend 
    • Nama pemain bola semasa World Cup — Torres, Zidane
    • Nama character animasi yang terkini — Elsa , Anna
    • Nama karakter korea
  • Nama mengikut barang berjenama
    • Gucci
    • Prada
    • Nike
  • Nama manusia
    • Leman, Aleesya Sofia, Saloma, Salmah

Pendek kata macam macamlah ….

Walauapapun nama yang diberikan, dan apa pun sebab  diberikan nama kepada kucing anda, asalkan kucing anda tahu itu namanya, dan menyahut apabila dipanggil itu sudah memadai, betul tak?
Malah ada juga yang mempunyai nama yang panjang, dan juga nama singkatan …cool kan?

Saya sendiri memberikan nama Felix kepada kucing saya kerana warnanya yang mirip karakter kartun Felix The Cat, selepas menyedari dia adalah betina, saya cuba meng”gegirl”kan nama Felix maka jadi la nama penuhnya Felix Felicia, hehe tapi nama manjanya  Tatam sebab felix berwarna hitam.

Anda dijemput berkongsi, cerita nama kucing anda diruangan komen
Feel free to share about your cats name.

25102014iamfelix