Kenali apa itu Sporothricosis
Dewasa ini sering kita dengar dan membaca hal berkaitan dengan “SPORO”, malah perkataan “SPORO” juga kini semakin popular dikalangan pencinta dan pemilik kucing. Membuat saya terpanggil untuk membuat entry berkaitan SPORO.
Persoalannya apa itu sporo? Sama ke dengan SAPPORO? Haha bukan ye tak sama langsung! Takde kena mengena langsung dengan Sapporo yang terletak di Hokkaido Jepun tu walaupun hujung dia ro – ro jugak. Huhu nak jugak.
Jadi apa itu sporo?
Sebenarnya perkataan sporo ini diambil dan disingkatkan dari perkataan asal yang berbunyi SPOROTRICHOSIS (SPO – RO -TRAI – KO – SIS) haa kan letih nak sebut, jadi dipendekkan jadi la SPORO.
Persoalan seterusnya apa itu SPOROTRICHOSIS?
Secara amnya, Sporotrichosis adalah penyakit yang berpunca dari Sporothrix schenckii.
Sporothrix schenckii adalah sejenis kulat (fungus) yang berpotensi untuk menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan kadang-kadang otak.
Kulat (fungus) ini dijumpai secara amnya di persekitaran semulajadi dan biasanya dijumpai pada tumbuh-tumbuhan yang mereput, jerami, lumut sphagnum (spaghnum moss) dan tanah.
Info ringkas: Apa itu lumut sphagnum?
Saya pun tak mahir sangat tapi dari pembacaan saya lumut sphagnum mempunyai sifat yang mampu menyerap dan menyimpan air, ini menyebabkan ia mampu mengekalkan kelembapan. Maka ia digunakan secara meluas di dalam sektor perladangan (tanaman) serta penjagaan haiwan reptilia (untuk buat layer dalam akuarium tu).
Hurmmm kalau macam tu macam mana kucing saya boleh dapat Sporo?
Soalan ni kita simpan kejap ye, kita kenali dulu apa itu sporothricosis, tapi kalau tak sabar boleh terus baca boleh scroll laju laju ke bawah hahaha.
Secara amnya seseorang individu boleh dijangkiti sporo melalui inokulasi terus atau melalui pernafasan. Melalui pernafasan rasanya semua tahukan, maksudnya bila bernafas ada kemungkinan kita tersedut spora fungus tersebut.
“Inokulasi terus” pula bermaksud, spora fungus tu masuk terus ke badan kita, maksudnya dia berjaya menembusi kulit kita.
Macam mana dia boleh masuk/tembus kulit?
Ada macam-macam cara , tapi dalam konteks ni ia merujuk kepada situasi seperti;
- Tengah berkebun tiba-tiba tangan tercucuk duri atau selumbar yang telah dicemari spora fungus tersebut.
- Kebetulan ada luka dianggota badan yang tidak dibalut rapi, dan pemindahan spora berlaku dari sumber kepada anggota badan, kemudian masuklah melalui bukaan luka tadi.
Sebab itu secara klasiknya, kebiasaannya individu yang berpotensi untuk mendapat penyakit sporo ini adalah mereka yang bekerja di kebun, tapak semaian, petani dan mana-mana individu yang bekerja dengan lumut spaghnum, jerami, atau tanah.
Namun zaman berubah indvidu yang dinyatakan di atas semakin kurang dilaporkan dijangkiti penyakit sporo. Hal ini berkemungkinan disebabkan kesedaran dan langkah keselamatan yang diambil oleh mereka semasa bekerja. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti memakai sarung tangan (glove) , topeng muka (mask) dan kasut tebal yang bersesuaian (seperti boots).
Sebabtu juga jika anda suka bercucuk tanam, anda juga dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan yang sama.
Di negara kita saya tak pasti statistik, tapi pada firasat saya individu yang dijangkiti sporo kebanyakkan mereka dijangkiti oleh kucing yang telah dijangkiti sporo.
Chup!!
Konpius jap sporo ke spora ni? tadi “sporo” ni “spora” plak.
“Dr ni typo ke apa ni?”
haha …. Releks…. Tarik nafas
Tak typo pun 2 benda yang berbeza;
- SPORO – adalah singkatan bagi nampa penyakit SPOROTHRICOSIS yang disebabkan oleh fungus.
- SPORA – atau dalam bahasa English “SPORE” pula merujuk kepada mekanisma untuk tumbuhan fungus membiak – kan kalau tumbuhan lain ada debunga tapi untuk fungus ia membiak melalui spora(spore).
ok? Kita teruskan.
Jadi persoalannya tadi “Bagaimana kucing boleh dijangkiti?”
Jawapannya :
Sama jugalah macam mana manusia dijangkiti,
- sama ada melalui pernafasan
- atau melalui inokulasi terus.
“Tapikan Dr……. Kucing saya tak bercucuk tanam.”
Haha….ya betul kucing anda tidak bercucuk tanam.
Tapi jangan lupa perangai kucing kita ni kalau dapat keluar macam mana. Dia punya seronok berguling sana berguling sini, cakar tanah, main kat rumput. g masuk semak sana, masuk semak sini. Main tanah gali tanah ntah apa dia cari kita pun tak tahu. Nak kata cari cacing jauh sekali kan… Jadi tak mustahil kalau semasa proses rekreasi kucing ni tadi spora fungus sporo (ha da konpius balik , scroll up baca sporo tu fungus spora tu benih dia) melekat pada kuku, bulu dan anggota badan.
Selain itu kucing juga suka menghidu … sniff sniff … jadi habit mereka ini boleh mengakibatkan mereka tersedut spora fungus tersebut.
Memburukan lagi keadaan sekiranya…..
Kucing anda tadi mempunyai luka luka (akibat bergaduh manja atau tidak manja) yang masih belum sembuh sepenuhnya. Keadaan ini, memudahkan proses inokulasi spora ke kulit kucing anda.
Begitu juga dengan luka yang tebuka pada badan kucing yang belum sembuh.
haaaaa sebab tu VET selalu pesan kalau kucing ada luka “cage” kan. Kita orang ni bukan saja-saja nak susahkan uols pemilik kucing. Tapi risau perkara-perkara yang diluar jangkaan seperti ini berlaku.
Biasanya luka-luka seperti ini jika dijangkiti dengan sporo, ia akan menjadi sangat sukar dirawat dan memakan masa yang lama untuk sembuh.
Sebab itu juga sekiranya kucing anda mempunyai luka yang lambat sembuh atau tak sembuh-sembuh VET akan mencadangkan untuk membuat ujian lanjut kerana dikhuatiri dijangkiti sporo. Saya masih ingat semasa student dan waktu baru grad salah satu ciri kucing yang dijangkiti oleh sporo adalah “unhealing wound” iaitu luka yang tidak sembuh.
so kalau ada kucing anda yang lukanya lama sangat tak sembuh sembuh silalah bawanya ke VET ye… tapi ofcourse la luka yang dirawat. Kalau kucing dah luka seminggu awak pun tak buat apa-apa biar je tu takle lah nak amik kira.
Penyakit Sporo ini boleh di kalasifikasikan kepada 3 jenis jangkitan.
Jangkitan pada kulit (Cutaneous Sporothrichosis).
- Berlaku dengan cara inokulasi terus, di mana spora fungus berjaya menembusi kulit dan bercambah.
- Jangkitan jenis ini adalah yang paling biasa dilaporkan sama ada pada manusia mahupun haiwan terutamanya kucing.
Jangkitan pada paru-paru (Pulmunary Sporothricosis)
- Jangkitan sporo pada paru-paru diperolehi melalui pernafasan, di mana individu secara tidak sengaja menyedut spora semasa bernafas.
- Tanda-tanda jangkitan Sporo pada paru-paru termasuklah batuk, sesak nafas, sakit dada dan demam.
- Individu yang mengalami jangkitan di paru-paru boleh mengalami radang paru-paru dan ini akan merumitkan lagi keadaan dan agak sukar dirawat.
Jangkitan yang merebak pada organ lain (Disseminated Sporothricosis)
- Jangkitan sporo jenis ini berlaku apabila fungus ini mula merebak ke organ dalaman yang lain.
- Kebiasaannya ini berlaku kepada individu yang mempunyai daya tahan yang lemah (sistem pertahanan badan yang lemah).
- sekiranya ini beraku ia akan merumitkan keadaan dan sangan sukar dirawat.
So itulah dia SPOROTHRICOSIS atau lebih dikenali fofular dipanggil SPORO
“Tapi apa kepentingan nak tahu SPORO tu apa?
Saya bukan nak tahu siapa SPORO, sy nak tahu camne dia merebak, camne tanda-tanda sporo, camne nak rawat, camne nak atasi….bla bla bal”
Ya saya faham….
Tapi kenallah faham dulu apa itu SPORO baru lah boleh faham macam mana dia merebak dan macam mana nak cegah.
Macam orang nak bawak kereta, kenalah kenal mana stering, mana break mana gear kan. Sabar pengetahuan tu penting, perlu tahu baru boleh kenal, dah kenal baru boleh faham, dah faham baru boleh bertindak.
Macam mana nak kenal tanda , macam mana dia merebak , macam mana nak cegah
saya akan huraikan dalam next entri “SPOROTHRICOSIS: Part 2”
Macam mana nak rawat?
yang ni serahkan pada yang arif dan alim
maksunya kalau manusia pergila jumpa pakar kulit
kalau kucing bawalah ke Vet yang bertauliah ye bukan yg fake
Dah panjang sangat entry ni , saya berhenti dulu di sini.
InnshaAllah kita sambung lagi perkongsian di lain masa.
Seperti biasa, akhir kata dari saya
- Saya menulis berdasarkan pengetahuan, pembacaan dan pengalaman saya dalam bidang ni yang dah nak masuk hampir 15 tahun.
- Penulisan ini sekadar panduan dan info tambahan untuk pembaca, BUKAN panduan untuk membuat rawatan sendiri dirumah.
- Penulisan ini juga TIDAK ADA NIAT atau TIDAK BERTUJUAN untuk mempromosi diri atau mana mana pihak, ia sekadar untuk berkongsi info dan usaha saya dalam memberi PUBLIC AWARENESS kepada pemilik dan pencinta kucing diluar sana.
1 Comment