Vaksinasi & Vaksin Kucing

APAKAH ITU YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VAKSINASI?
Vaksin adalah sejenis sediaan cecair yang disuntik ke dalam badan kucing untuk menghasilkan pertahanan imuniti melawan penyakit.
Supaya badan kucing mendapat imuniti melawat penyakit yang biasanya melemahkan atau mengancam nyawa kucing, dan kebanyakkan penyakit ini boleh dan mudah berjangkit.
Mengikut kamus dewan edisi ke empat;
  • Vaksin sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm tubuh badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu
  • Pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi.
  • Memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit
  • Vaksinasi proses menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang sbg langkah perlindungan men­cegah sesuatu penyakit, pemvaksinan.
BAGAIMANA VAKSIN BERFUNGSI?
Vaksin adalah cecair yang mengandungi kuman (bacteria atau virus) yang akan menyebabkan badan kucing menghasilkan antibodi terhadap
kuman tersebut. Sekiranya kucing dijangkiti oleh kuman tersebut, antibodi bersedia untuk melawan jangkitan tersebut. Ini dipanggil tindak balas imuniti badan.

Terdapat dua jenis penyedian vaksin, iaitu sama ada dengan mematikan kuman tersebut atau melemahkan kuman tersebut.
Perbezaan diantara killed vaccine ( kuman yang dimatikan ) dengan modifie live vaccine ( kuman yang dilemahkan).
  • Killed vaccine ( kuman yang dimatikan) lebih selamat digunakan kerana ia kurang mendatangkan komplikasi atau penyakit
  • Modifie live vaccine ( kuman yang dilemahkan) lebih berkesan dan menghasilkan daya tahan yang lebih berbanding killed vaccine
MENGAPA KUCING ANDA PERLU DI VAKSIN?

Kenapa KucingPerlu Di Vaksinasi??
Tujuan vaksin diberikan kepada kucing adalah untuk
melindunginya daripada dijangkiti penyakit-penyakit yang boleh membawa maut.  Vaksin mengandungi virus-virus yang telah dilemahkan supaya badan kucing akan membina daya tahan terhadap
penyakit-penyakit tersebut, kerana itulah vaksinasi hanya dilakukan pada kucing yang sihat.  Selepas vaksinansi, elakkan dariapada memandikan kucinganda selama seminggu






PADA UMUR BILAKAH KUCING SEPATUTNYA DI VAKSIN?

Kucing perlu divaksin seawal umur 6 minggu atau 2 bulan(8minggu). Seandainya anak kucing anda mempunyai ibu yang menyusukannya pada usia 2 bulan anda boleh menghantarnya mendapatkan suntikan vaksinasi. Bagi anak kucing yang tidak mempunyai ibu, yang dibesarkan oleh manusia, anak kucing ini boleh di vaksin seawall umur 6minggu, dengan syarat berat badan anak kucing itu tidak kurang dari 500gram.
Mengapa 6minggu? Ini kerana anak kucing mula cerai susu pada umur 6 minggu. Semasa masih menyusu, anak kucing mendapat perlindungan “maternal antibody” dari pada ibunya. Selepas cerai susu, kandungan atau kadar peratus “maternal antibody” dalam badan anak kucing mula menurun, pada ketika itulah anak kucing patut divaksin. Dengan itu, kuman tidak mempunyai ruang untuk menyerang anak kucing.




APAKAH JENIS PENYAKIT YANG PERLU DI VAKSIN?
Pada ketika ini (2014) di negara kita, vaksin yang boleh diperolehi adalah vaksin yang mencegah penyakit seperti berikut;
  • Feline Panleukopenia Virus ( juga di kenali sebagai Feline Parvo virus)
  • Feline Rhinotracheitis Virus (juga dikenali sebagai Feline Herpes Virus)
  • Feline Calici Virus
  • Chlamydophilia felis
  • Feline leukaemia virus
  • Feline Immunodeficiency virus
  • Rabies

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

4 Comments

  1. Assalamualaikum sye nak tanya boleh ke ibu kucing divaksin ke kalau dia masih menyusukan anak??

    1. Waalaikumsalam
      Terima kasih kerana bertanya

      Boleh atau tidak ibu kucing di vaksin bergantung kepada peringkat atau tempoh bunting kucing tersebut dan jenis vaksin yang digunakan.
      sebaiknya buat pemeriksaan di Klini Vet yg berhampiran dan dapatkan nasihat dari Dr Vet yg bertugas

  2. Assalamualaikum.. maaf menganggu.. tadi mak saya baru hantar anak kucing pergi vaksin.. dan doktor kata dia sihat.. so bagilah vaksin including ubat cacing.. tapi skrg mulut anak kucing saya macam terkumat kamit.. takde selera makan.. badan dia lemah je.. ni kesan sampingan ke? brapa hari kesan sampingan ni 😢 saya takut

    1. Waalaikumsalam
      Macam mana keaddan kucing awak ?

      in future , kalau awak baru je balik berjumpa dengan vet , dan berlaku sesuatu luar jangkaan sebaiknya hubungi semula klinik / vet tersebut, terangkan apa yg berlaku jangan google dan tanya di blog. Sebab walaupun saya Vet tapi saya tidak tahu situasi sebenar kucing awak. InnshaAllah vet akan cuba bantu dan terangkan kepada awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *