BULU KUCING TABBY
Perkataan TABBY pastinya tidak asing bagi penggemar kucing. Malah ada sesetengah daripada pemilik kucing menamakan kucing mereka dengan panggilan “TABBY“.
Apakah yang dimaksudkan dengan TABBY?
Secara amnya, TABBY merujuk kepada warna atau corak bulu kucing yang berjalur. Warna TABBY sering dikaitkan dengan kucing terutamanya kucing domestik.
TABBY adalah warna atau corak bulu kucing, ia bukan merujuk atau mewakili baka kucing tersebut.
Sebagai contoh;
- kucing yang bercorak TABBY MACKERAL sering dirujuk sebagai Domestic Cat, Kucing Kampung, Kucing Biasa dan Kucing Jalanan.
KENAPA? ini kerana kebanyakkan kucing dijalan berwarna TABBY, malah ada laporan yang mengatakan lebih dari 50% kucing berwarna TABBY. - Kucing yang bercorak TABBY CLASSIC / MARBLE pula sering dilabel sebagai kucing hutan atau bengal. Tapi jangan terpedaya TIDAK semua kucing yang bercorak TABBY CLASSIC atau MARBLE adalah kucing BENGAL.
Tidak dinafikan Kucing Hutan atau Bengal sering mempunyai corak Classic Tabby, tapi tidak bermakna semua kucing Classic Tabby adalah kucing Hutan atau Bengal.
Di Malaysia, kucing TABBY dianggap biasa, tetapi tahukah anda sebenarnya di beberapa buah negara di eropah,
kucing tabby dianggap sebagai istimewa. Ini kerana warna dan coraknya, TABBY dikatakan sebagai warna asal kucing sejak turun temurun.
Apakah FAKTA yang menarik tentang TABBY?
Salah satu tanda yang unik pada kucing tabby adalah huruf
“M” yang terletk ditengah dahi kucing tersebut

pendapat mengenai huruf “M” yang menjadi trademark kucing tabby ,
antaranya ia dikatakan membawa maksud ;
- sempena
nama rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadikan kucing adalah
haiwan kesayangan baginda - “M” bererti “magnificent” , anggun , cantik dan menawan
- sempana
nama “mau”, nama yang dipanggil sebagai ganti diri kucing di zaman purba mesir
(seperti meow) - “meow”
panggilan manja atau ganti yang sering digunakan - Mariam
“Virgin Mary” bagi penganut kristian
Tak percaya?
kurang yakin? … mungkin anda beranggapan ini satu kebetulan.
Senang sahaja kalau anda ada kucing tabby cuba tengok dahi mereka
TABBYdiklasifikasikan kepada beberapa kategori mengikut
corak yang dihasilkan.
Terdapat 4 jenis TABBY iaitu
- Mackerel Tabby
- Classic Tabby
- Ticked Tabby
- Spotted Tabby
Mackerel Tabby
• Mempunyai jalur yang lurus dan menegak, dan biasanya agak
melengkung dibahagian badan
• Jaluran agak halus dan semakin mengecil dan putus putus
dibaghagian rusuk dan abdomen
• Selalunya mempunyai bentuk “M” di dahi
• Mempunyai batang hidung yang lebar dan berbintik hitam atau
gelap di bahagian bawah hidung
• Ada juga yang menggelarnya sebagai “fishbone tabby”
disebabkan jaluran seperti isi ikan tambahan pula dinamakan sempena ikan
tengiri (mackerel)
• Tabby jenis ini palaing banyak didapati
Classic Tabby
• Ia dipanggil “classics” kerana bentuknya yang klasik dan elegan
• Juga dikenali sebagai “marble” atau “blotched” . Kelihatan seperti corak marmar atau kek marble
• Ia cenderung mempunyai warna yang gelap dan hitam
• Juga mempunyai huruf “M” di dahi seperti mackerel tabby
• Bezanya , classic tabby mempunyai pusar dibadan, dan ia bercorak berpusar atau berputar
• Jalurannya lebih lebar berbanding mackerel
• Mempunyai corak seperti “butterfly di bahagian bahu” dan “bullseye” atau “oyster” di bahagian rusuk.

- Spotted tabby bukanlah corak yang sebenar ia tebentuk dari pecahan mackerel tabby
- Perubahan pada jalur mackerel yang berpecah menghasilkan corak berbintik dan tompok
- Ia kelihatan seperti berbintik-bintik atau bertompok-tompok dibahagian badan
- Terdapat juga yang mempunyai tompok besar yang dipercayai terhasil dari pecahan corak “classic tabby”
![]() |
Salah seekor kucing yang boarding di klinik saya, lupa namanya Baka : Bengal Corak Bulu : Spotted Tabby |
Ticked Tabby
- corak ini terhasil bukan disebakan oleh jaluranya , tetapi
terhasil kerana bulunya yang mempunyai warna berbeza. - Pemecahan warna pada bulu menyebakan warna kelihatan
seperti campuran taburan garam dan lada hitam - Kesan jaluran tabby yang masih teringgal boleh kelihatan di
bahagian muka, bawah kaki, perut dan hujung ekor
Torbie
• Kombinasi antara warna antara tabby dan tortoiseshell
sering dipanggil sebagai “torbie”