Tanda-tanda awal Kucing anda ada masalah kencing

Apakah tanda-tanda awal kucing anda ada menghadapi masalah tidak boleh kencing?

Biasanya kucing akan kelihatan murung dan tidak bermaya serta tidak selesa.

Bagaimana perasaan anda apabila terpaksa tahan kencing/buang air kecil? pastinya sakit dan tidak selesa bukan? Sama jugalah seperti kucing, bezanya mereak tidak menahan untuk kencing tetapi mereka cuba kencing tapi saluran kencing tersumbat menyebabkan mereka tidak boleh kencing.

Kucing akan berasa lemah terutama lemah kaki belakang, ini kerana kucing cuba sedaya upaya mereka untuk meneran agar air kencing keluar tetapi tidak berjaya. Oleh kerana kucing meneran menggunakan kaki belakang maka kaki belakang mereka keletihan dan menjadi lemah, dalam sesetengah kes, kucing tidak lagi bermaya untuk berdiri.

So kepada #pemilikkucing terutama anda yang mempunyai kucing jantan please…please and please… jangan terlepas pandang tanda tanda awal kucing yg berpotensi untuk berhadapan dengan masalah batu karang / tak boleh kencing.

kucing anda mungkin berisiko apabila….
1. kerap masuk dan keluar “litter box” atau kerap ke tandas
2. suka menjilat penis/organ jantan/tempat keluar air kencing
3. kucing anda meneran setiap kali ingin membuang
4. kelihatan air kencing yang pekat dan kemerah-merahan
5. mengiau seperti kesakitan bila nak kencing

ingat lebih dari 3 hari kucing tidak kencing ia boleh membawa kepada kematian.

10542880_1493733064230865_8751415166304564373_n

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

6 Comments

  1. Assalamualaikum..sy ida nk tanya sy ade sekor ank kcg jantan umur dlm 4bln..perut dia mengeras dan membengkak. Kaki belakang dia jd lembik sblom nih dia kcg yg normal bleh berjalan. Tiba2 sy perasan dia jln mengesot sblom tu dia agak mengasingkn dri..jdi mungkin sy xperasan dia sdg sakit. Bla sy bwk jumpe vet di klinik krjn dia ckp ank kcg sy xbleh kencing..vet suspek btu krg tp dia msh kcl. Vet kuarkan air kencing dia dan agak byk jumlah air kcg yg disedut kuar.vet ckp jika msh berlarutan vet akn suntik utk mematikan utk tdk menyiksa dia. Tp sy lihat ank kcg sy tdklh xbertenaga..dia msh ceria tdk monyok. Ank kcg sy msh ade selera mkn,sy xsggp khilangan dia..sy harap dia akn sembuh walaupun tdk dpt bjln semula asalkan dia bleh kencing dgn normal.

  2. Hi kucing sye bru kne kncing berdarah mgkin sbb. Infection. Sbb dh check lab dr kte tkde batu. Cume saya risau die kurang mnm air. Berapakah jumlah liter air untuk kucing dalam satu hari ye

    1. Hi
      check lab tu maksudnya macam mana ?

      Anyway kucing patut minum ikut berat badan , formula nya …. 60ml setiap kg berat badan
      so kalau kucing 3 kg dia kena minum lebih kurang 180ml

  3. Assalamualaikum sis, sy Ada Bela sekor anak kucing Ni.. baby lagi x boleh buka Mata lg…sy jumpa dia Kat dlm semak. Dia kuat minum susu yg sy beli khas utk anak kucing.. masalahnya dia selalu terkencing bila setiap Kali sy tekan perut dia yg membulat tuh… Adalah itu tanda2 dia Ada penyakit atau ianya mmg Normal utk baby kucing.. risau juga sbb sy jaga dia nak masuk seminggu dah tp Cara dia merangkak tuh cam pelik skit… Harap dpt mbantu..

    1. waalaikumsalam

      anak kucing tak pandai berak dan kencing dengan sendiri, secara normal ibu mereka yang akan jilat kemaluan mereka sehingga kencing dan berak. Jadi jika awak dah start jaga dia , awak kena stimulate di kencing dengan menggunakan kapas atau tisu.
      Basahkan kapas/tisu kemudian usap di kemalauan anak kucing sehingga dia terkencing dan terberak.
      Selebihnya bawalah kucing anda untuk pemeriksaan kesihatan.

Leave a Reply to Nur atiqah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *