Video Klip Tips & Cara Penggunaan Ubat Kutu Kucing

Tahukah anda ubat kutu kucing boleh di beli di kaunter, dan anda boleh mengaplikasikan atau menggunakannya sendiri di rumah.

Mungkin ada di antara anda yang kurang jelas, atau tidak tahu cara menggunakan ubat kutu jenis “spot on”. Ia amat mudah semudah 1,2 dan 3

Apa yang perlu anda buat adalah,
– baca label atau kotak bungkusan ubat kutu kucing yang anda beli
– pastikan ia selamat digunakan pada kucing anda
– pastikan anda membelinya dari penjual yang sah dan di akui seperti klinik haiwan. Saya tidak pasti berkaitan kedai haiwan, ini kerana ada sesetengah ubat kutu hanya boleh di jual oleh Veterinar Berlesen sahaja.
– pastikan tarikh luput

Syaratnya agak mudah , pastikan kucing anda tidak dimandikan 3 hari sebelum atau selepas penggunaan ubat kutu. Macam mana tu?
Maksudnya katakanlah anda baru mandikan kucing anda semalam iaitu hari AHAD 9/11/2014, jadi anda kena tunggu 3 hari iaitu pada hari RABU 12/11/2014 untuk meletakkan ubat kutu.
Atau sekiranya anda telah letak ubat kutu pada hari Ahad, so sekiranya anda ingin mandikan kucing anda (tidak wajib mandi, hanya jika anda ingin mandikan), anda boleh mandikan kucing anda pada hari RABU 12/11/2014

Apply ubat kutu dibelakang badan , di bahagian bahu. Untuk lebih tepat di “shoulder blade”.
Huh? jangan risau , mudah je …. bila anda usap belakang kucing anda, anda dapat rasakan ada lekuk di antara tulang bahu kanan dan kiri, di situ tempatnya.

Kalau kurang jelas, saksikan video klip ini…..

You May Also Like

About the Author: DrLynnYamin

4 Comments

  1. salam, dr lynn, im hairina, can u give me afew tips, how to take care stray cat?, i found him in canteen last week, then bring himback bcoz he was soo carming, not so skinny but had skin probs, im already bring him to vet and get vaccinated, but in noticed he was refused to eat cat food (dry/wet food) both of them he was refused, he just like karipap or sampah..it is becoz of the vaccine affect (loss of appetite) or his behaviour previously, what should i do to train him for proper diet, btw his age was 1years old (told by vet previously). thank you for your time replying this. sukran

  2. salam…..klau utk anak kucing ubat kutu tu kna hbiskan satu tiub jg k? anak kucing tu dah bsr kira x menyusu

    1. Salam,
      Please check label pada kotak ubat kutu yang anda beli.
      Sukar untuk saya kata perlu habiskan atau tidak sebab saya tak pasti anda beli ubat kutu jenis apa.

      Harap anda boleh sertakan nama ubat kutu tersebut
      Tq
      DrLynnYamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *